19 December 2019

Family: Water Theme Park GCR

Taman Tema Air-Gold Coast Resort 💦
6hb Dis 2019
VLog: 2019/016
#MandiManda
#TamanTemaAir
#CutiSekolah2019
#MasaBersamaAnakAnak

🖱 File//FB.com: GCR Water Theme Park

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Musim cuti sekolah telah tiba, hujung tahun pulak tu. Nak ke air terjun musim hujan saja. Iklan kat tv pulak tak mau kalah! Asyik keluar "legoland" saja. Makkkk aiiii si adik dah ngajak ke sana 🤦🏻‍♀ Kalau la tepi rumah tak pe la gak. Kos nak kesana lagi, tiket masuk lagi, jajan kat RnR lagi. Rabak mamaya. Lagi nak bukak sekolah kan, mampu pujuk je la.

Skrol fb, member ada yang dah  bawak family dorang ke taman tema sekitar Selangor. Just nice la yang dorang g, janji dapat riadah ngan anak-anak kan~

Asalye memang nak ke Legoland tu tapi tiket dia and kos ye tu, hmmm try cari dalam Selangor sudahlah 💁🏻‍♀

Kedua- Desa Water Park. Siyesly tak tau pulak taman tema ni da ditutup and tanah tu dah dijual 🤔 Taman tema tu siyes meriah tau. Pernah g sekali masa kecik dulu (8/1998).
Artikel: Hari Terakhir Operasi Desa Water Park

Ketiga- Sunway Lagoon. Harga have-have jugak la tambah pulak sana kompen penuh. So, xpelah 👉🏻👈🏻

Keempat: i-City Water Theme Park. Yang ni Tyka nampak member post kat fb. Tanya-tanya dia, harga ratus gak la. Incik Hubby tak mo 😇

Kelima- Wet World Shah Alam- Dah selalu g. Harga pun makin lama makin mahal pulak 🤭 Makanan memang tak leh bawak masuk la.

Lastly- GCR je la. Harga berlima baru serat lebih. Makanan boleh kot bawak masuk (just pandai-pandai la). 1 je, jauh sikit je la lokasi ni. Kat sini korang, tak payah check in pun boleh. Just nak memandi pun onz. Beli je tiket masuk je taman tema tu.

Kejadian hari sabtu, well mama is kerja tapi setengahari. Balik je reja, mama terus balik and gerak ke GCR. Sebelum tu makan tengahari duluan buk 😋
Warung Ummi Setia Alam
Done beli tiket and here we go!! 💦

Settel makan terus gerak kesana. Perjalanan hari sabtu di Elite normal jemmed 😏 Traffic slow tapi lancar. Makan masa 2 jam jugak la nak sampai GCR tu. Jam 3, ngam sampai cun cun. Beli tiket terus mandi.
 
Masa hampir sampai, anak-anak perasan bangunan tu. Terus tanya, kita tidur sini ke? Kemain korang eh. Before ni ada la 3 ke 4 x dah mai sini bermalam. Tapi ni first time layan taman tema je. Tak check in pun.

Perbelanjaan kesini, anak-anak yang payung. Itu la guna ye menabung. Hujung tahun boleh buat as bonus atau reward diri. Dorang faham and sanggup. Tahniah buat anak-anak mama 😘 Tak riak tau tapi sebagai mak-mak ni, bangga la gak dorang dapat capai. Alhamdullilah 🤲🏻

Pengunjung tak ramai sangat tak la padat sangat. Mungkin kami mai hari sabtu sebab tu tak bape nak ramai sangat kan~









Main buih, siap ngn pak mak lagi meriah! 😂


Ngam jam 7 sampai la wisel berbunyi, kami check out. Puas la dorang bermandi manda. Maka tertunai la janji nak ke taman tema.

Gold Coast Morib Int. Resort
Pt 294,
Kawasan Kanchong Laut,
Mukim Morib,
42700 Banting,
Selangor Darul Ehsan
Map/Waze
03-3850 8028

04 November 2019

Mancing: Pontoon, Bawah Jambatan Pulau Indah

Pontoon ⚓
3hb Nov 2019
VLog: 2019/015
#Pontun
#JambatanPulauIndah
#Ginza3000Sinju

🖱 File//FB.com: Pontoon, Jambatan Pulau Indah

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


 
Hujung minggu lepas, tak dak apa nak buat. Pakat p mengail memasing. Orang lain p Sepang layan GP kami duk layan ombak rindu kat Pulau Indah ni hah. Hujung-hujung tahun ni off ride sat. Kalau ada pun, maybe ride penting-penting ja tak pun ride p reja.




Ni pengalaman pertama layan pontun (pontoon klu english dia). Menebing da, kelong dah, kolam dah, sungai dah, jeti pun dah. Ni pontun pulak. Feel dia sama je macam mancing. Yang lain cuma pontun ni kita nak kena naik bot ke lokasi tu. Pontun ni lak bot atau kapal besar yang parking (maybe dah dapat kebenaran dari pemilik untuk "tompang" jadi port memacing). As long korang datang dengan niat nak mancing and bukan ada niat lain.


BAYARAN: Harga transit dari jeti (bawah Jambatan Pulau Indah) ke pontun RM10 (return). Batang pancing suka hati nak bawak berapa banyak pun.

AMARAN: Untuk yang nak bawak anak atau family tak digalakan kecuali korang anak dah besar dalam 12 tahun keatas atau anak yang sejenis makan saman. Bukan nak ikut p mancing "buat mulut" pak/abang/atuk nak teriak suh kau duduk dediam. Kalau nak main lelari and buat mulut, pontun bukan tempat yang sesuai keh.

KESELAMATAN: Korang tak dibekalkan dengan life jacket. Nasib korang la. Harap-harap tak dak la kejadian yang tak diingini terjadi.

TANDAS: Tak dak tandas atas pontun ni, kalau lelaki senang la. Kalau perempuan ni payah sikit la. Kena bawak kanvas untuk cover kalau korang nak langsaikan "service" korang tu.



UMPAN: Macam biasa la, umpan pemancing sendiri kena setel.  Tyka lebih suka guna pumpun dari udang sebab udang ni macam cepat sangat je habis 😅 Incik Hubby standby pumpun, udang kopek and udang hidup. Kat jeti ada je jual tapi tengok nasib la. Kalau ada rezeki, ada la. Better beli sesiap, kalau ada jual nak top up tak pa la gak.



















Kalau korang tak mau mancing kat pontun, korang boleh ja mancing kat bawah jambatan. bayaran sorang RM 2. Kalau yang ni Tyka tak berminat sangat la. Safety tu nipis sangat. Kalau tak berani jangan buat. Jangan jadi pencetus orang lain tak dapat mancing.

Pontoon Jambatan Pulau Indah
Alamat: Lebuhraya Pulau Indah, 42000, Port Klang, Selangor
Contact: +6019-235 1044 (Isa)

22 October 2019

Ride: Mee Udang Lembah Beringin

Route E1 🦞
10hb Okt 2019
VLog: 2019/014
#RouteHunter
#MeeUdang
#NasiGorengUdang
#LembahBeringin
#HujanAutoKansel

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم



Akhirnya, dapat jugak sampai. Kali kedua ni, kira nak g gak walau apa pun jadi. Hujan pun hujan la 😅 Yelah, sekarang kan musim hujan kan. Kalau dah keluar rumah hujan tak pa, ni belum keluar dah hujan malas la 🤭 Alhamdullilah, cuaca malam ni baik. Berangin sempoi ja. Sejuk kaw-kaw.

Korang kalau nak mai sini, make sure contact dulu owner. Jangan pakai redah je. Kalau redah kena rezeki ok la, ni kena tutup. Kan dah punah harapan. So, kalau nak nice-nice better contact owner tanya niaga ke tak hari berkenaan. Simple bukan!

Ride malam ni tak berapa ramai sangat, yang join mana yang free ja. Yang tak free kami macam biasa la, paham jak, Nak nak malam jumaat kan, Eh ! 🙈














 

 

 Sampai jak, customer tak bapa nak ramai sangat. I like it! 😂 Tenang ja nak makan tak sesak sangat. Menu yang Tyka tau ada 2 je la. Satu mee udang satu lagi nasi goreng udang. Udang memang padu. Besar. 1 hidangan ada 6 ekor udang. Harga bagi Tyka rasa ok la. Nice dengan harga hidangan. RM16 untuk menu tu.














Kami pelangan terakhir, posing sakan tak hingat 😂 Dah tak da orang kan. Pe lagi, make perangai la 🤪 Sempat la jugak tolong owner kemas meja (senarnya nak buat tapak paking moto depan kedai 🤭). Bukan salu en 👉🏻👈🏻 Nasib cuaca malam cun gila, syukur 🤲🏻





Mee Udang Lembah Beringin
Alamat: No 12A, Jalan Kenari 13B/1, Lembah Beringin,
44100 Kuala Kubu Bahru, Selangor
Waktu operasi: Rabu-Sabtu: 630pm - 12am
Ahad-Selasa: Tutup
Contact: +6016-204 4332


Campak Belakang

Cara mohon refund kad Touch 'n Go/Plusmiles

Campak Belakang