10 October 2018

Review: Magnet Coil Fz150i (2016)


Repair B'Thunder 🔧
10hb Okt 2018
#MagnetCoil
#YangMahal
#Demage
#Yamaha
#FZ150i 

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Hari ni nak share sikit pasal kerosakkan moto yang Tyka alami. Well normally, Fz150i ni gedik sikit la. Manja sangat nasib tak semanja tuan dia, eh! 😂

Baru-baru ni Tyka diuji dengan bateri moto kong je. Tyka bajet kong sebab dah 2 tahun lebih guna, maybe la dah janam kan. So, beli la satu untuk atasi masalah tu. TETAPI!🙄 still jugak kong.

Korang ghaser? Pastu siap kuo code error 46. Code error untuk 46 is "aliran electrik ke sistem F1 (tak sure dia ada persamaan macam kat Sepang tu ke tak 😅) tidak normal 4 ke 6 kali (ni pun tak sure natang apa)". Bagi code ni korang still je boleh start and pandu.
Code error Yamaha Fz150i
Tyka ni orang ye tenang orang ye 👉👈 First kena cari punca. Cari dari wiring, fius, katab (rectifier) then buntu 😒 Hari berganti hari, minggu berganti bulan akhirnya dapat jugak jawapan dia tapi tak terus repair~

Kenapa⁉️ Sebab Tyka masa tu nak p holiday. Just hold bab moto and enjoy my holiday lepas balik holiday baru pk pasal moto lak. Actually, Tyka dah tau apa kerosakkan ye before MGFZRM vol. 2. Memandangakan moto ok lagi, it's ok la~ Boleh gerak lagi. No need repair to rush la 🤓

Kebetulan, pomen Tyka aka pekeja Tyka (#kawankerja) dia dah balik negara dia (Indonesia), balik last pulak tu 😔 So, tak de la orang yang boleh repairkan moto Tyka lepas ni 😭 Tapi dunia sekarang kan dah canggih, still boleh keep in touch dengan dia via whatsapp atau Fb (messeger) tapi kene buat sendiri lah 😅 Nasib sangat baik, kan? 😎

Okey berbalik ke cite rosak tadi, sebelum decide nak mengatakan yang rosak tu dari magnet coil Incik Hubby ada la scroll kat dalam fb (Fz150i Crew). Kebetulan ada sorang abang tu baru je terjadi kes macam Tyka. Try buat macam yang dia dah try, tapi still jugak kong 😔

7hb Ogos 2018 - Firstly, wiring. Try hantar pergi check ada tak (touching kat body). Ternyata bukan tu puncanya 😔

Second, dia kata try cek fius. Masa moto dalam keadaan on (engine running) cabut fius tu. Kalau hidup means bukan masalah dari fius.

8hb Ogos 2018 - Beli 1 bateri baru untuk replace bateri lama tapi pakai seminggu kong balik. Kena hantar p recharge.
Bateri (hitam) original kilang vs Bateri (oren) gantian

Incik hubby try sampai part #2 ja. Still gak bateri kong! Salu kene swap bateri ngan moto LC dia. Nasib dia redho and paham keadaan wife dia 😂😂😂
Transfer masuk kat LC (kong gila). Nasib ada LC, kalau tak manjang nak kena hantar kedai p cas 😔
6hb Sept 2018 - Hokey, malam sehari before event MGFZ, Tyka minta pekerja Tyka tu untuk check kan rectifier (katab). Sebab apa suruh dia? Sebab rectifier tu duk bawah tank, tak reti nak p cabut sangat and Tyka kan jenis menyuruh ja 😅🙈

Katab or rectifier untuk moto bagi tahun 2014 ke bawah senang je nak jumpa. Benda tu terletak kat bawah seat sisi rangka belah kanan and untuk 2015 keatas, benda tu ada duk lepak kat bawah tank. Nah! Amek kaw, nak kene buat kerja lebih. Cabut cover, tank then baru la boleh jumpa. Kalau katab tu panas, so benda tu ok. Bukan masalah dia!
2014
2016: Benda kat bawah yang terselit tu
5hb Oktober 2018 - Then end, it's magnet coil. Rasa tak payah check pun dah tau la kot pasal apa tapi sebab nak confirmation still kena bukak before beli part tu. And guest what! Betul la magnet coil nak~
Nah tebakaw sudah bah!
Dengan hati yang tenang and sabaw tu, Tyka decide nak bukak je sendiri sebab bukan susah mana pun. Bukak screw cover magnet tu cabut joint wire siap! (cakap senang la en, eh memang senang la 😂).
Suci kan 😂
Nak bukak ni ada 2 cara, 1 moto tegak make sure eo (engine oil) korang kasi buang dulu or 2nd choice korang sengetkan moto and make sure jangan bagi jatuh lak. Sayang moto tak 😏 Petang tu ikutkan dapat siap tapi ada kesilapan teknikal jadi bersambung sampai ke malam.
Style lentok 😅
Benda ni begesel dengan coil magnet tu
Alang-alang nak repair ni sekali lah service eo sebab next week ade ride jauh 👉👈 Settel bukak suma, baru la p kedai beli barang. Kebetulan memang hari tu cuti. Habis masa ngan motor je la dari lepas zuhur sampai ke malam baru settel. Tired tapi puas hati sebab boleh belajar sendiri and paham macam mana nak pasang and setting benda tu.
Siap juga akhirnya~
الحمد لله, maka siap lah uji tak kaji ni hah 😅 Kalau nak try bukak sendiri make sure pasang tu hehati aw~ Try amek gambar (clearly) lepas buka & before pasang. Nati kalau de pape boleh refer gambarajah tapi kalau nak tanya group boleh ja (#kalaumamputunggujawapan) 😈
Bateri Tyka sihat walafiat lepas 2hari kejadian

No comments:

Campak Belakang

Cara mohon refund kad Touch 'n Go/Plusmiles

Campak Belakang