10 September 2018

Ride: Mega Gahtering Fz150i & R15, Bt Gajah Perak

Mega Gathering Fz510i & R15 Malaysia
Mega Ride 🏍💨
8hb Sept 2018
#LDR_LongDistanceRider
#GTK_GengTankKecik
#LadiesFzMalaysia
#MGFZRMPerak
#KastaRider
#Yamaha
#Honda
#Kawasaki
#Dinamik

Bersempena penganjuran kali kedua mega ni, Perak as tuan rumah  selepas Terengganu. Event ni menjadi 2.0 of MGFZRM. 

Pergerakan kami bermula pada hari kejadian (kemarin). Rv di RnR Rawang jam 6pagi. Tayar golek 0711 (janji melayu biasa la kan sengeh). Pergerakan bermula dengan sedikit taklimat oleh Abam Syed dan bacaan doa sebelum perjalanan oleh Topex.
Sapan sat~
Sesi taklimat
Ride kali ni bukan kesemuanya dari Yamaha Fz 150i, tapi turut serta  dari LC 135, Y15, Honda RS, Dinamik 125 dan Kawa 250. Seramai 40 lebih rider mengikuti konvoi LDR ke MGFZRM ni. 

Sebanyak 35 buah kelab yang join event ni dan disertai oleh solo ride. Anggaran penyertaan yang berdaftar seramai 800 lebih dengan kehadiran seramai seribu lebih rider. Melebihi dari jangkaan bak kata penganjur. Tahniah! 👍

Panganjuran Mega kali kedua, sepatutnya diadakan di Negeri Sembilan. Tapi atas sebab-sebab tertentu, Kasta Rider (Perak) suka rela untuk menganjurkan event ni di Perak.

Pit stop 1st - Hentian Tg Malim: 0740
Berhenti sini sebab memberi kelebihan kepada geng-geng tank kecik (GTK) ni dan menunggu yang lain sampai kesini.
Girl bila berselfie

Pit stop 2nd - RnR Tapah: 0915
Stop sini sama gak, beri kelebihan dekat GTK dan menunggu crew lain yang p repair moto masa kami stop kat Hentian Tg Malim. Diorang repair moto kat area Slim River. 1052 kami menyambung pergerakan selepas ketibaan group "repair moto".

Sambil menunggu memasing sempat rehat-rehat, membawang, tidur, dan sempat jugak kena langgar kat sini. Hmm tuhan je lah tau feeling masa tu. Tak tau nak marah ke gelak! Nasib je tak dak bukti kejadian jatuh "bodoh" tu~😭



Sanbung perjalanan ke tapak event - Lepas exit RnR Tapah
Pergerakan konvoi daripada RnR Tapah ke Simpang Pulai~

Ride with B'Thunder


Tapak event MGFZRM 2018: 1140
Selamat sampai diperkarangan tapak event walaupun ada kejadian menyakitkan hati terjadi sat tadi lepas tol Simpang Pulai. Apa jadi? Hmm motor Tyka tak leh start. Senarnye sebelum p, motor tu  suspek magnet coil punya hal ni. Nasib ada Azharif as last man. Kalau tak, memang den start moto cari hotel p tido sana. Dah reda nati baru masuk tapak event 🙄 sebab memasing tak dengar den dok horn-horn diorang termasuk lah Incik Hubby!💔

Sesampai je kat tapak event nampak macam meriah ja tapi memang meriah pun. Ada antara kelab yang dah sampai awal sehari, ni antara kelab yang jauh (Johor, Kelantan). Lokasi event memang terbaik, kawasan luas, berbumbung dan bersih. Berlatar belakangkan pemandangan sungai dan gunung, siyes smart weh~ Masuk dalam dah bukan macam gathering tapi macam p majlis wedding 😅
Perkarangan tapak event - luar

Perkarangan tapak event - dalam
Pemandangan penuh lokasi event (gambar: Poan)
Acara lain event ni just bersua kenal (yang ni biasa kenal kat fb), bertepuk tampar, membawang (jangan dilupakan 😂), selfie sampai memory penuh, cabutan bertuah, motor show and penyampaian sijil.
Lepak santai
Sekitar acara selfie:
LDR & Crew Organiser
Abam Nawal
            
Model Baju Suppoters & Mega (Depan & Belakang)

FID by Aiman Freelancer (Fb: Aiman Bikers Garage)




Hadiah cabutan bertuah ni senarya banyak tau, tak tau la berapa hadiah. Daripada hadiah yang biasa-biasa sehingga la hadiah yang grand (Tuneboss, helmet). Tapi Tyka 1 pun tak bertuah, dua tahun berturut-turut tak pernah lagi dapat hadiah cabutan bertuah. Apakah malang sangat lahai~ 😪
Nama kena seru untuk penyampaian cabutan bertuah - wakil Ladies Fz
RIDE TAPAU MALAYA - Fzian Puncak
Selain dari itu, salah satu kelab telah menamatkan misi "Ride Tapau Malaya" yang berakhir ditapak event iaitu kelab Fz Puncak. Misi diorang bermula dari 5hb hingga ke 8hb. Ride mengelilingi semenanjung Malaysia. Tahniah guys! 👍
   
Route - Ride Tapau Malaya
Cuaca memang cun, konvoi kami bebas dari kena hujan. Alhamdullilah~ Sampai tapak event cuaca cun, sejuk-sejuk mendung gitew. Dalam lepas zuhur cem tu, hujan membasahi bumi. Nasib event bawah bumbung kan. Tak risau apa dah. Hujan lagi sekali mai lepas habisnya event, mungkin sebagai memcucuri dan merahmati program semalam 😍



Gerak Balik KL: 1815

Habis ja event memasing bersurai dan ada yang stay untuk sesi photog. LDR terus ke surau (Surau Al-Solahiah) untuk rehat-rehat dan solat (jamak) dan ada yang ke Kellie's Castle dan jugak gerak balik ke home town memasing.

Kellie's Castle? hahaha Tyka tak p sebab dah salah jalan masa balik tu 😭 Tak pe la. Next time je la singgah.

Pergerakan balik ni berpecah menjadi dua group. Satu sambung ke utara (Parit Teropong, Parit Buntar) satu lagi balik KL.


Pit stop 1st - RnR Tapah: 1910
Macam biasa, isi petrol rehat jap. Kebetulan dah magrib, settel solat sesiap sekali sebelum sambung perjalanan ke next pit stop.

Sebelum sampai RnR Tapah, eksoz Jembalang Jr. tercabut pulak. Nasib ada group lain yang sudi membantu. Gp dia sendiri dah lesap sampai rnr 😂
Pit stop 2nd - RnR Ulu Bernam: 2100
Diorang request nak pekena mee kari power sebab tu la kat Tapah just isi minyak dengan solat ja. Lepas makan santai-santai jap baru sambung perjalanan ke pit stop last.
Nasi ayam madu
Mee Kari Special Daging

Pit stop 3rd - Hentian Sg Buluh: 2210
Last ni stop untuk GTK je. Lepas tu berpisahlah kami dekat simpang Y (Shah Alam/KL)..

RUMAH KU SYURGAKU: 2253


Terima kasih & tahniah kepada #KastaRider diatas penganjuran MGFRZM v.2 kali ni (#BuahTanganDariKastaRider)
Sekian dan Salam Kenal dari Sistur Fzian 150i Malaysia

No comments:

Campak Belakang

Cara mohon refund kad Touch 'n Go/Plusmiles

Campak Belakang