20 September 2018

Hiking: Sungai Chiling Fish Sanctuary, Kuala Kubu

Sg Chiling Waterfall 💦
17hb Sept 2018
#LDR_LongDistanceRider
#GengRideLadies
#LFZ_LadiesFz
#HariMalaysia
#Relaxing

Habiskan masa cuti Malaysia dekat sini. Buat kali kedua rancang baru jadi. First time rancang tak boleh masuk sebab ada special case. So, tukar ke Air Terjun Pertak. Penuh jadual Tyka untuk dua hari ni and special order, kena "culik" dengan geng sendiri. Incik Hubby kena tinggai kat ghumah 😅
Ready for hiking~
✒️ Nak storimori sikit ni:
Sebelum p sini, malam tu kami layan futsal togehter-ther kat Sport 7 Wangsa Maju. Yang ni familia outing. Asyik ride, asyik mancing, asyik badminton and now layan futsal pulak. Tengok macam mana p dia. Pancit ke barai semua teserlah 😂

Balik futsal tawaf uptown Danau pulak. Konon-konon nak balik rehat sebab esok nak menghiking, akhirnya terjebak pulak 😪 Cuci mata berjalan berjemaah. Ingat diorang nak beli pape rupanya just nak tengok-tengot harga ja Sampai rumah jam 3pagi. Masa untuk 😴

Masa ni Incik Hubby naik motor Tyka naik kereta kan dah kata kena culik dengan diorang 😂

▶️ Okeh berbalik ke Chiling, tempat ni siyesly best, nice and santai serta kalau stamina lebih boleh la hiking ke air terjun, main location of Chilling tu. Lokasinya 96km dari Kuala Lumpur, tempat yang damai jauh dari kesibukan hal harian.
Sampai dah ✌
بسم الله, mula kan dengan kaki kanan 👣
Kami sampai kat parking lot jam1050 dan KENA berjalan kaki dalam 500m lebih kurang cem tu la atau pun makan masa dalam 10minit sebelum sampai kat pintu masuk Sg Chiling.
Kereta/motor parking kat luar, memang tak boleh masuk dalam kena parking kat luar.

Parking kereta disebelah kiri (arah KL-Fraser Hill)
Deruan air terjun menemani perjalanan kami
Sampai dah pintu masuk!
Pendaftaran dan bayaran masuk RM1/orang
FYI, pendaftaran ni sekali dengan checking barang korang tau. Apa yang korang bawak kena declare, special sekali PLASTIK atau papa barang yang berunsur kan pek/bungkusan and korang akan dikena kan bayaran as deposit. Nanti masa turun kena show barang korang and korang boleh dapat balik depo korang. Kami kena cas RM10 untuk 2 botol air, plastik dalam ada donut and plastik bag.

Waktu operasi Sg chiling pada jumaat, sabtu dan ahad sahaja dari jam 0900-1800. Bila hujan mendatori balik ke pintu masuk memula korang datang tadi. Masa diambil untuk hiking ke air terjun makan masa 1jam p dan 1 jam balik. Masa ni depand kat korang jugak. Tengok langkahlah~ Kalau panjang, maka lagi cepat la.

Kenangan jap, kang bila dah hiking turun bawah rupa dah lain 😂
Check in Santuari Ikan Sg Chiling 👟
Check point 2 & Lintasan 1

Camp area (kalau ada anak kecik atau nak BBQ boleh buat kat sini) 🔥
Belum hiking dah melecet (kasut baru biasa la, kene gigit 😭
Baca dan pahamkan sebelum hiking keh ❗️
بسم الله الرحمن الرحيم
View air terjun untuk camp site
Trail yang berair, berpasir and berbatu. Make sure pakai kasut yang berkesesuaian
Pit stop jap bagi ikan makan 🐟
Melangkah dan terus melangkah 👣
Ni yang paling extreme 💪
Lintasan 2
Pit stop lagi sebab ramai sangat tadi
Main dengan anak ikan Eh! Tak la dengan ikan 😂
Sambung menapak ke lintasan 3
Lintasan 3
Panjat sebelum sampai ke lintasan 4
Lintasan 5
Lintas jangan tak lintas, hampir sampai dah~
Lintasan 6 (final crossing)
Banyak nampak tapak kasut tertangal atau kasut ditinggalkan. Tak reti bawak balik ka~
Hampir sampai ke destinasi
Check-in Chiling Waterfall 🏁
Sampai jua~
Yeahh 💪 (jangan tegur, iolls tau iolls sado)
Masa untuk berendam before balik~ Kena set time. 1430 kene gerak balik. Sok keje weh.


Mendonut - alas perut 🍩
Syok beremdam
Geng ride ladies
Mula la buat perangai memasing 😑😞😵🤓
Masa untuk gerak balik. Ngam 1430 gerak balik kebetulan pulak langit macam mendung gitew. Daripada lebat, baik balik jalan santai-santai.

Bye air terjun, nati kita ketemu lagi ea~
Selamat sampai bawah dah dah keluar dari entrance. Bye~
Fraser Hill 🍃
#Sesat

Hat balik ni ada lawak sikit. Tak tau nak rasa geram ke krik-krik ke cem ne tah 😂 Nak dijadikan cerita, toilet kat dalam tu memang full, normal la masa-masa petang ni. Memang toilet full house la. Fadh ajak kami tukar baju kat petron (KKB). Okeh la ikut je la~

Dah masuk kereta Tyka tintong pulak 😵 Tapi sempatlah nampak arah mana dia drive. Tyka tau bukan arah KKB tapi arah Fraser Hill 😪

Sampai separuh jalan, Tyka tegur Fadh (driver):

Tyka: Nak p mana ni?🙄
Fadh: Petron la, kan nak salin baju.
Tyka: Kenapa p Fraser?🤔
Fadh: Eh tak la. Ni jalan nk ke petron.
Tyka: Betul ni? Sebab ni jalan nak p Fraser tau.😑
Fadh: hari tu saya datang dari arah ni kak (well iolsss paling tua hokeh)😉
Tyka: Datang dari Raub ke?😒
Fadh: Tak, KL la~
Tyka: (menahan mual & malas nak cakap dah takop towel terus 😴😵
**Yang lain krik-krik terdiam jak 🤐

Sedar-sedar dah sampai Fraser 😅 Udah dibilang salah jalan tak mau dengar!😂 Sampai atas udah mengigil kesejukan 😖 Sampai Fraser dalam 1630. Jadilah tambah-tambah travel log kan.

Sudahnya jadilah tragedi "mandi kat Selangor, salin baju kat Pahang" 😂 Kemain jauh lagi p dia. P Pahang balik hari 😅

Done ganti baju, balut luka @ Masjid Sultan Mahmud Bukit Fraser







Memasing muka barai kes
Alang-alang dah sampai menyantai jap
Jangan kata tak kebuluq, gila baq hang. Tadi makan donut ja. Sempat lekat sticker kat depan kedai makan.
Lepas makan santai jap baru turun balik. Sebelum balik menyempat la berposing sakan kat menara jam.


Ngam jam 1900 turun balik. Sensorang means kereta kami je. Seram pun ada, sebab magrib kan. Just tawakal je la dapat turun dengan selamat. Alhamdullilah, 2130 selamat sampai rumah Tyka sebelum memasing berpecah balik kedestinasi diorang.

Thanks Fadh, Henna, Nabila untuk kenangan ni 😊 Panjang umur nanti kita gathering lagi ea 😘 ان شاء الله

No comments:

Campak Belakang

Cara mohon refund kad Touch 'n Go/Plusmiles

Campak Belakang