Konvoi.Kampung
06hb Januari 2019
VLog: 2019/001
VLog: 2019/001
#GenerasiU14
#Kalumpag
#Guyupan
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Baru ada masa nak post aktiviti awal tahun ni. Den domam awal tahun 🤒 Dugaan katanya~ Tapi الحمد لله, dah fully sihat 😍
Seperti menjadi kebiasaan, ride awal tahun mesti menghala ke arah utara. Kali ni ride dalam Selangor je, ke Kalumpang kita. Ride kali ni dengan "orang kampung". Jangan kata orang kampung tak reti lak ride eh. Dorang reti cuma tak dak masa ja huppps 😝
Ini adalah tahun kedua penganjuran oleh Belia U14 jarang sekali tak ramai. Setiap kali buat ride mesti yang follow melebihi 20biji motor.
"Reunion U14 Generasi 2.0"
@Kalumpang
2019
#Guyupan
|
Macam biasa la janji janji melayu ni. Set jam 8pagi nak jalan tapi jam 9pagi baru gerak. Selesai semua taklimat dan bacaan doa sebelum berkonvoi, kami ready untuk fly eh tak la 😅 untuk konvoi la 👉👈
Pit stop ada 2, satu RnR Kundang, Latar (kalau nak stop, stop la kalau tak nak boleh terus ke RnR Rawang) and ke dua RnR Rawang. Kat RnR Rawang ni stop lama sikit. Rehat-rehat sat. Kot ada yang nak
sarapan ka. Selesai semua, perjalanan disambung kembali terus ke
destinasi. Kami exit Tg Malim.
Perjalanan ke Pasir Puteh Resort dah tak jauh daripada tol Tg Malim dalam 7kilo lagi ja. Before that, kena la isi minyak dulu sebelum masuk ke Pasir Puteh Resort. Risau kang tak lepas masa untuk keluar pulak 😅
Jam 1030 kami semua selamat sampai ke destinasi. Memula sampai tempat ni rasa macam dah ter "falling in love" pulak. Kedamaian, suasana tenang cukup damai kalau nak riadah kat sini. Kawasan resort yang bersih. Rasa boleh repeat lagi nextime 😍
Pasir Puteh Resort 🌿
First time sampai sini, biasa ke tempat lain. Lupa apa namanya. Siyesly, tempat ni buat Tyka jatuh hati. Nampak lebih private, maybe sebab resort la kot. Luas tempat ni, untuk parking kereta ka, moto ka.
Bagi kami yang ada aktiviti, port kami ke dalam sikit. Memang port untuk family day and any function activity lah senang kata.
Sampai-sampai ja, kami terus dijemput makan. Bukan sedian pihak resort tapi pihak pengurusan majlis Belia U14. Sebelum mandi-mandi kena makan, nanti naik mandi sambung makan lagi 😂
Jam 1130, ada sedikit aktiviti sukaneka daripada pihak menganjur. Antaranya:-
1. Tiub belon 🎈
Selesai game, semua turun mandi dan ni acara bebas. Yang penting jam 1400 semua kena berkumpul untuk penyampaian hadiah dan majlis penutup.
🏁 Kampung Pasir Putih,
44000 Kerling, Selangor
Hubungi
📱 019-225 6532
Mee Kari Ulu Bernam 🍜
Part ni, kami-kami ja punya aktiviti. Repeat malam hari tu. Mai sini tapi kedai tutup pulak. So, hari ni la kita timbal balik. Lokasi ni tak susah pun nak cari, singgah je ke RnR Ulu Bernam kalau perjalanan dari arah utara ke selatan. Kalau korang dari arah KL nak ke utara kena lajak sikit ke exit Behrang (u-turn).
Mee Kari / Nasi Ayam Madu / Mihun Sup |
Setting motor 🔧(RnR Ulu Bernam)
Sempat saja lepas makan nak setting motor. Orang salu setting malam-malam, ni panas terik jepret (lit-lit) dia boleh pulak setting motor. Nasib kat petronas ni ada tempat teduh, kalau idak.. Rentung beb 🔥
Setting punya setting sampai lewat petang dah. Jam 1900 still kat tepi heway lagi (Bukit Beruntung). 1930 baru gerak ke Hentian Rehat Rawang. Ngam pulak hujan baru lepas berhenti. Sambung perjalanan ke Hentian Sg Buluh sebelum kami berpecah ke destinasi terakhir, rumah masing-masing 🏡
Ngam ja masuk NKVE, kemain hujan punya la lebat 🌧 Ingat sampai part heway je, rupanya membawa sampai ke rumah. Bebetul lencun balik last nite tu 😅
Alhamdullilah, kelima-lima kami selamat sampai rumah walapun hujan lebat angin kuat. Lama tak merasa ride dalam kehujanan 👉👈