Present Birthday Boy Turn 10 🎁
8hb Jan 2020
Log: 2020/001
#SannahHelwah
#AbangDanialDahBujang
#HadiahHariJadi
#FamilyDay
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Awal tahun dah p bercuti 😅 Bos yang nak
sign form tu pun dah pandang pelik ja 🤭 Mana tak pelik nya, biasanya bercuti hujung-hujung tahun. Ni awal tahun.
Fresh year lagi 😝
Kesini pun sebab dah janji (2018) dengan si abang tu yang Tyka nak bawak dia. Memula
date tu memang nak hujung-hujung tahun tapi bila fikir balik, baik sambut
befdey dia ja kat sana. Jadikan hadiah
and kenangan untuk dia. Incik Hubby pun
hokey,
so on kan je la.
Tyka kesini bersama
family. Incik Hubby, Abang dan Adik, Mak Ayah dan 2 orang adik Tyka.
Mostly tempat ni
command place yang pengunjung akan mampir. Bagi orang yang dua kali jejak kaki ke sini (perasaan cem tu la) Tyka rasa teruja lagi. Tak
move on lagiii wehhh 😝
Ayuhhh
fly sama Tyka ke Sabah~
Kota Kinabalu
1. Lapangan
Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA)
Korunk boleh la
fly dari KLIA/KLIA 2/Subang terus kesini. Jangan tak tau pulak 🤦🏻♀
Flight kami berlepas pada jam 535 pagi dan sampai ke KK dalam jam 815 pagi.
Sampai je,
owner transport dah
call tanya sudah sampai ke belum. Pantas buat kerja 👍🏻
Ni kali kedua guna
service sewa dengan mereka.
Nota kaki: Slip yang dari imegresen tu jangan p gatal buang hokey. Kang mendapat tak pasal pasal pulak.
2. Jesselton Point
Moh la kita merentungkan badan 😅 Sebelum check in. Nak check in awal lagi. So layan pulau la. Jangan bazir masa yang hado. Guna sebaiknya tau.
Tyka just amek 2 pulau ja. Cukup la kot buat isi masa lapang.
Sebelum ke pulau jangan lupo menapau makanan. Well makan set-set pulau ni paham-paham la. Harga bangsawan 🤭 tapi kalau berkemampuan up to you la. Tak dak halangan pun 😉
Kalau tak mampu cem Tyka ni, beli ja makan kat jeti ni. Makanan sedap and harga pun berpatutan tau.
|
Before / After |
|
Harga untuk 2 pulau RM 28.00 - Dewasa
RM 23.00 - Kanan-kanak
RM 15.00 -
Mask Snokel x 2 set
RM 7.00 - Terminal fee
RM 5.00 -
Conservation fee x 8 pax
Taman Negara Tungku Abdul Rahman
|
2. i. Pulau Manukan |
|
2. ii. Pulau Mamutik |
3. Le Hotel, KK
|
3. Le Hotel |
Tyka tak pernah nak check in hotel harga ratus-ratus untuk satu malam. Untuk tidur and simpan barang je kan. Makan semua kat luar. So, berpatutan and mengikut bajet la. Lagi pun hotel ni tempat nice. Dekat dengan waterfront and segala pasar-pasar tu. Jalan kaki kasi senaman sekali.
4. KK Market
4.i. Pasar Kraftangan
Pasar ni sederet je. Korang klu rajin nak jejelan boleh je jalan kaki ushar apa barang yang korang nak beli. Kami p pasar kraftangan duk borang kerongsang and buah tangan untuk family and kawan-kawan kerja tak lupa guru kelas anak-anak tau 😎
4.ii. Pasar Ikan Bilis
Ayah duk tapau ikan bilis. Banyak jugak la. Beli untuk family ayah, family mak and makan sendiri.
4.iii. Pasar Malam Todak Waterfront Seafood
Makan kat sini style food court gitu la. Tanya peniaga kat sini dorang rekemen makan kat Todak waterfront. Before ni Tyka makan kat area Pasar Kraftangan tu. Harga tak sure la mana ok. Dah tengok-tengok pilih angkut terus masak, siap makan bayar. Sama je kan dari nak kena ushar sesatu kedai. Harga dorang sama ja. Kecuali dorang bagi korang harga boeeekk punya 👍🏻
Setel makan udah nak kena menapak balik hotel pulak. Tetiba masa ni rasa jauh pulak hotel tu 😂 Welll dah kenyang kan, biasa la. Nak bagi tak mau mengah, jalan tu sambil santai borak- borak sama anak and ushar enviroment sana. Nice kan! Tau-tau sudah sampai depan pintu bailik 🙈
|
5. KK Waterfront & Todak Waterfront |
5. KK Waterfront
Tak jauh dari Le Hotel. Pitstop pertama untuk hari kedua kita kat sini sebelum ke destinasi yang lain.
Macam korang tu, Sabah ni terkenal dengan bulatan yang ada tugu sesuatu untuk melambangkan tempat berkenanan.
Siyesly, nice and awesome tau.
Banyak dalam Malaysia dah de tugu cem tu atau pun nama tempat. Sesuatu yang nice untuk jadi tempat photoshoot 😎
|
6. Tugu Double Six |
6. Double Six Monument
▪️Untuk pengetahuan korang, tugu ni adalah tapak peristiwa kejadian nahas kapal terbang yang melibatkan pemimpin-pemimpin tertinggi Sabah.
▪️Kenapa dipanggil "
Double Six"?
Double Six ialah tarikh keramat kejadian tersebut berlaku, iaitu pada 6 Jun 1976 (sama date dengan tarikh kelahiran SiAdik).
ٱلْفَاتِحَة 🤲🏻
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞
آمــــــــــــــــــينَُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْ.
|
7. Signal Hill Observation Tower |
7. Signal Hill Observation Tower
▪️Tempat tertinggi di ibu negeri ni. Lokasi yang terbaik untuk melihat pemandagan sekitar bandar Kota Kinabalu.
▪️Masa sampai tempat ni tak bukak lagi. Kami bergambar diluar kawasan ja. Janji boleh nampak tempat tu.
|
8. Menara Jam Atkinson |
8. Atkinson Clock Tower - Sesuatu binaan yang tertua di Kota Kinabalu yang
berhampiran dengan Padang Merdeka Kota Kinabalu dan Signal Hill.
8. Menara tun Mustapha
▪️Menara kaca 30 meter.
▪️Dibina pada tahun 1977.
*Menara
Yayasan Sabah adalah nama asal dan telah ditukar kepada Tun Datu
Mustapha iaitu bekas ketua menteri Sabah pada tahun 2001.
Tuaran
|
10. Cowboy Town Sabandar |
10. Cowboy Town Shabandar, Tuaran
▪️Satu tempat yang boleh dikatakan
private place yang dikenali sebagai "pekan koboi" menempatkan bermacam-macam fasiliti
and original sign mengenai tempat tersebut.
▪️Di Sabandar ni terdapat tempat menarik lain yang perlu korang kunjungi (tapi Tyka pergi sampai Cowboy Town tu jak) yang lain ushar dari jauh ja.
|
11. Bulatan Tuaran |
11. Bulatan Tuaran - Terletak di pantai barat Sabah.
Kami teruja tau nampak
3 ekor kuda kat bulatan ni. Ayah yyang pandu van pun sengaja main-main 😅 dia boleh pusing 360' bagi anak cucu dia layan kuda tu 🤭
Tamparuli
|
12. Jambatan Tamparuli |
12. Jambatan Tamparuli
Disebalik jambatan ni tersingkap sebuah kenangan seorang semundak yang tercicir kasutnya lalu hanyut disungai ni.
Kasut sebelahnya sahaja yang dalam simpanan dia.
Jambatan Tamparuli ni menghubungkan Jalan Kota Kinabalu-Sandakan.
|
14. Pekan Nabalu |
Pekan Nabalu
Pekan Nabalu merupakan singgah paling pemes dalam perjalanan menuju ke Kundasang.
Disini juga boleh dikenali tempat kraftangan tempatan dan juga boleh dapat buah-buahan dan sayur-sayuran tempatan yang fresh.
|
13. Polumpang Melangkap View Camp Site (PMVCS) |
Kota Belud
13. Polumpang Melangkap View Camp Site
Berlatar belakangkan Gunung Kinabalu. Aliran airnya sangat sejuk dan jernih mengalir dari pergunungan.
Lokasi terletak di Kota Belud.
Sesuai beriadah bersama keluarga dan rakan-rakan.
|
15. Mount Valley Recreation |
Kundasang
15. Kundasang mount Valley Recration
Mai sini ushar tempat ja. Nice tempat ni. Kalau korang suka aktiviti mencabar boleh la kesini. Sini pun ada resort and cafe. View memang nice gilerrr la.
Kalau nak merasa layan flying fox, harga dia RM27 termasuk dgn equipment tu.
Duk bergambar saja bagi penuh gallery is FREE! 😅
16. Nikgold Garden
Ni hotel pilihan ke 2. Yang first Tyka cancle then amek ni. Tak tau nape tapi rasa nak kesini ja.
Harga berpatutan la untuk 2 malam kat sini.
Tak ada meal treat ea tapi kalau korang nak layan BBq ada tempat ye. Dorang dah sediakan.
Dalam bilik just ada cawan, cerik, benda basic je la.
Satu je pasal tempat ni, Hahaha jap gelak dulu.. Hehehe Nak sampai ke sini kena harungi dugaan sikit tau. Jalan tak offroad la tapi dia ada bukit yang tinggi and curam. So, kalau korang jenis penakut or something better tak payah la book kat sini. Kami siang merayap, lepas magrib sampai umah memang tak kuar dah la. Membuta time! Kihkih. Nak lepak kat belandar pun tak larat masa ni. Kabus tebal gilerrrr sejuk tu jangan kata la. Sesak dada weeehhh kaki sengal-sengal.
|
17. Pasar Malam Kundasang |
17. Pasar Malam Kundasang
Kira kebetulan la ni mai sini dapat layan pasar malam. Layan pun tak lama sangat. Duk beli sayap (kepak), tongkeng, sweater and buah-buah untuk dinner malam tu ja.
Sejuk dia perpaduan betul. Gigil sangat-sangat.
Ranau
Kinabalu Park
Gunung Kinabalu adalah gunung tertinggi di Malaysia dengan ketinggian 4'095m. Terdapat banyak spesis hidupan disekitar tu. Antara hidupan yang pemes mestilah bunga reflesia dan orang hutan. Gunung Kinabalu gak telah diberi status sebagai Warisan Dunia UNESCO (
UNESCO world heritage).
Low's Peak boleh didaki oleh seorang yang sihat fizikal dan boleh didaki tanpa mengunakan sebarang peralatan. Korang mesti ditemani dengan
guide untuk memudahkan pendakian korang.
Bayaran nak masuk ke sini, RM3 untuk dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak.
|
18.i. Tugu Kiau Gap View |
18.i. Kiau Gap View Monument
Kat sini la tugu gempa bumi yang melibatkan 18 orang pendaki dan 4 orang
guide. Gempa itu berlaku pada 5 Jun 2015 pada jam lebih kurang 745pagi dengan gegaran 6.0 sekala rekter.
Masa mai 2018, tugu tu dekat tengah-tengah
view tapi bila mai hari tu dah dipidahkan ke sisi tugu tu hah.
Kami tak dapat nak
capture gambar kat
area tugu tu sebab ada manusia tu duk rekod
(time lapse) view gunung tu.
So, kami merosakan la gambar dia kat
area sisi 😅 sapa suh tak mo tolak ansur 😝
|
18.ii. Pondok Timpohon |
|
20. Kundasang War Memorial |
18.ii. Pondok Timpohon
Ni la gate untuk korang mula mendaki dan tamat setelah selesai mendaki. View kat sini nampak jelas bentuk puncak gunung tu tapi dalam gambar tak nice sebab dipenuhi dengan pokok-pokok.
20. Kundasang War Memorial
Kami tak masuk pun sampai dalam.
Just berenti sebab nak ke
toilet 🙈 sambil tu
posing jap sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya.
|
19. Desa Dairy Farm |
19. Desa Dairy Farm, Kundasang
Happy ayah Tyka ke sini. Nampak lembu. Hahaha anak-anak pun suka dapat peluang bagi makan anak lembu and menyusukan anak lembu.
Harga rumput: lima posen
Harga sebotol susu: seringgit
Si abang kemain syok dia beli. Esaited termasuk mama dia 😝
Pengalaman katakan. Lepas setel bagi makan tadi kami gerak ke kandang lembu yang besar. Kat sana nampak la lembu-lembu tu duk santai-santai 😅
Jangan lupa beli air susu kotak, pizza and gelato.
Make sure bawak cash lebih sikit. Atas tu ATM atau nak slash tak dak. Semua TUNAI tau. Kalau kawan nak kasi pinjam hokey la tapi make sure bayar balik bila sampai Kundasang kang 😝
|
21. Tagal Fish Spa, Sg Moroli |
21. Tagal Fish Spa Sg Moroli
Terletak di Kampung Luanti, Ranau. "Tagal" bermaksud "tidak memancing" dalam bahasa suku dusun (maap kalau silap).
Tempat ni terletak bersebelahan dengan pintu masuk ke Sabah Teh.
Bayaran masuk pulak:
Dewasa: RM5
Kanak-kanak: RM2
Camera: RM3
Dedak: RM 0.20 sepeket (seorang je boleh beli)
|
22. Sabah Tea |
22. Sabah Tea
Konon-konon nak makan atas ni sebab semua belum lunch. Sekali ayah kata tak mo la. Mahai noh 🤭 Hipstur la sikit yah sesekali. "wes rak payah la (jawa: tah tak yah la)". Naik atas tunjuk kat dorang view and tempat nama "sabah teh" ni.
Jauh beza dengan Cameron Highland kan. Settel posing gerak terus ke Poring.
Hokey, ni sepatutnya tempat selepas Desa Dairy Farm tapi memandangkan bebudak ni kalau dah mandi-mandi memang bukan boleh sekejap naik. Tyka pusingkan route sikit.
|
23. Poring Hot Spring |
23. Poring Hot Spring, Ranau
Hokey, nak masuk sini boleh guna tiket masuk Kinabalu Park tadi tapi pada tarikh yang sama ja tau. Kalau esok nak masuk, maka kena la membayar yang baru.
Benda boleh jimat wat pe bazirkan 😅
Memasing sampai sini tak dan langsung nak menunggu. Suh amek gambar ni pun terpaksa da. Kepala dah pikir nak jiblon je. Yang nenek ye pun sama ja. Ayah macam biasa la, layan mata dulu 😅
|
24. Pondok Manggas, Poring Treetop Conopy Walk |
24. Pondok Manggas Poring Treetop Conopy Walk, Ranau
Hahaha.
Part ni
part yang ter
missed masa
trip 2018 tu. Tak habis
study kan. Kali ni p sini ngajak Incik Hubby. Hahaha Dia dengan terpaksaye menurut kehendak bini dia 👉🏻👈🏻
Senarnya nak mendaki ni dorang dah warning tau, yang ada
hiper tak leh mendaki. Disebabkan masa tu xleh baca
board tu (dorang tengah cat) kitorang anggap tak ada pape la. Hahaha, lepas 4hari baru perasan yang orang ada penyakit tak leh 🤭 Bengang je la Incik Hubby tu. Tyka kata, alhamdullilah.
Owner selamat sampai sekarang 😘
Bayar tiket, terus daki naik atas. Sebelum sampai jambatan gantung ni korang kena mendaki/berjalan dalam 250m untuk sampai ke
check point tu.
Harga tiket naik lupa dah. Tak teringat pulak 😝
Dinasihatkan sekerasnya, kalau ada anak kecik tak yah la naik. Kesian kat korang and anak-anak tu kang.
|
25. Arnab Village |
25. Arnab Village, Kundasang
Tempat ni memang ada dalam
list dan tempat last untuk hari ketiga tu sebelum balik balik. Bebudak ni pantang dengar tempat haiwan-haiwan ni laju je ngajak. Selagi tak p kang duk ngungkit ja 🙄
Hurmm tempat ni agak kecewa sikit la
selepas sampai. Bukan sebab tempat tu tak
nice ke hapa tau. Bagi Tyka la kan, masa tu cuaca gerimis (tak yah p
nextime la kalau hujan), pastu masa pulak pendek. Kami sampai dah jam 440p.m gitu la. Sempat la nak masuk tengok sebab pikir masa tu bayaran murah ja. RM3 dewasa RM2 kanak-kanak. Manatau sampai sana jadi lain (rupanya salah tempat damn it - tu harga untuk ke
RANAU RABBIT FARM, RANAU tau).
Sekali harga tiket sorang RM10 tak mo masuk pun tak leh gak. Anak-anak dah berlari-lari walaupun dalam hujan.
Masuk situ sekadar bergambar cepat-cepat
and sempat la bagi makan arnab tu. Pakaian habis kotor semua. Arnab berlari dengan air terpericik semua tu. Hmmm Nasib tempat
last.
Harap
nextime, pihak pengurusan dapatla bagi
discount kalau cuaca tak berapa nak baik
and pengunjung
last. Kami nak
repeat pun tak boleh gak. Tak dah sampai nak blah gitu kan.
Semoga boleh tingkatkan lagi
system operasi 😘 Tempat dah
nice sangat cuma kami p silap tempat ja 🤦🏻♀
|
26. KK Waterfront and the final destination before go to KKIA |