25 November 2014

Pinjaman Easy RHB & Aeon Credit - Membina Rumah

Bukan senang nak senang kan? Tyka pulak bukan datang daripada keluarga yang kaya raya. Cume senang sikit la. Ade tapi tak berade. Hehehe. Meh kite nak share pasal loan. Tapi jangan la buat loan tu untuk enjoy ke ape ke. Gunakan secara berhemat and beringat. Jangan muda-muda da blacklist pulak eh. Tyka buat loan tu sebab nak buat rumah. guna Easy RHB Personal Loan. Mana nak apply ni?? Kat mana-mana Kiosk Easy ni? Cer clik sini, rhb.com.my/locator. Cara nak apply pun seeasy panggilannye. Hanya 10minit je. Tak perlu bawak apa-apa dokumen, yang penting IC tu boleh baca. Kira da cun la tu. 


Ianya semudah nameye, Easy. Memang interest tinggi, tapi untuk masa depan kami ianya berbaloi la. Nak beli rumah memang tak la. Pikir balik daripada beli umah sampai ratus ribu then bayar balik pulak sampai puluh taun. Tak mau la. Sepanjang taun nak kene bayar hutang je. Dengan rhb.com.my/loans mase bayar balik cuma lima tahun je. Pastu rumah tu da memang confirm milik kite.



Okay, untuk loan ni Tyka tak pakai nama sendiri, sebab gaji (potongan syer pekerja follow by epf slip) belum sampai tahap minimum syarat dan terma Easy Rhb. Minimum yang Easy Rhb nak ialah RM165 keatas. Tyka guna nama ayah Tyka. Before buat loan ni tak tau pulak akan kantoi dengan MBSA (story Tyka yang lepas). Ikut kelayakan gaji ayah , ayah boleh mohon sampai 50k. Tapi sebab bajet duit KWSP keluar jadi Tyka apply lah 30k je, interest 11%.  Approved  je duit kat tangan. Cash 28k ++.  Tapi rase agak menyesal pulak time tu bile dah tau ade problem ngan MBSA. Tapi tak pe la, tak de rezeki nak kuarkan KWSP tu. Still teruskan jugak niat nak buat rumah tu. Tapi kali ni, rumah tu jenis rumah MAMPU SIAP je la. Kampung style. Dengan 30k tu, rumah dapat siap sampai part ni je:-



Pasal Easy Rhb tu da setelkan. Sekarang tak cukup lagi bape riban je. Untuk sempurnakan rumah tu. Bumbung, plaster luar dan dalam, siling, masuk meter letrik dan air. Untung kat sini, wiring Tyka buat sendiri. Jimat sikitla. Kena la cari jalan lain. Kali ni, hubby try Aeon Credit Service pulak (aeon/shahalam/selangor). 



Dengan Aeon ni straight. Macam bank-bank lain. Kene ikut procedure. Diorang nak penyata gaji 3 bulan, penyata bank 3 bulan dan copy Ic pemohon. Lepas summit, kene tunggu lagi tiga hari bekerja untuk tau jawapan permohonan tu.  Hubby apply 5k je. Tu je yang layak. Dengan interest 0.80%. Buat masa ni rumah dah 90% siap. So, ni la perkongsian Tyka dengan korang. 

N/B: Ni la pengalaman untuk orang yang baru nak hidup & berdikari. Yang penting kene usaha lebih sikit la. Jangan tau nak tadah je.

23 November 2014

Dugaan & Cabaran Membina Rumah

Azam tahun ni tak terfikir pun nak buat, beli or ade rumah sendiri. Sebab sekarang pun memang dah ada. Tapi kira ni menumpang sebelah umah mak mertue la. Bekas dapur lame. Dapatla bilik satu. Rumah pun tak besar mana pun. Muat la kami empat beranak. Time raye je la yang bikin rumah comel ni nampak sesak. Hahaha. Biase la family Malaysia ni. Nak kate slim idak ler, nak kate mok pun idak le jugak. Cume mantap bak hang. Hehehe.

So bile niat hati nak buat rumah datang, bincang la ngan husband. Banyak cabaran rupanya. Dari niat, sampai ler step yang mencabar dan menguji kesabaran. Bunyi macam nak daki gunung kan. Kurang lebih je la. Allah tengah nak menguji kesabaran dan sejauh mana kite nak berusehe. That the point you must work hard and be patient.

1. KWSP

Perancanganye kitorang nak keluarkan KWSP, nak buat rumah. Jabatan yang dirujuk mestilah KWSP (Klang) kan. Tanya ape document yang perlu untuk keluarkan duit tu. Staff tu pun bagi la borang. After tanye yang berkaitan and dah tau document ape yang perlu. Kitorang pun teruskan lah step yang seterusnya.

Senarai Semak Permohonan Pengeluaran Membeli / Membina Rumah

Document Sokongan Untuk Membina Rumah
2. Pejabat Tanah (Daerah Petaling)

Pergi pulak Pejabat Tanah Daerah Petaling. Lokasinya, google/pejabattanahpetaling.

2.1. Surat Ikatan Pemegang Amanah (Trust Deed).

Atas urusan penambahan nama kat geran, procedure bagi mengeluarkan duit KWSP tu mesti ada nama pemohon atau pasangan pemohon. Owner tanah tu sendiri yang kene g uruskan. Penama yang lain tak perlu hadir. Bagi permohonan ni, dua borang diperlukan, 2keping setem hasil RM10 dan harga nak daftar tu RM60 (RM30 Pendaftaran surat amanah & RM30 bagi Pendaftran dalam hakmilik). Total kire sendiri ek. Hikhik.
Form Trust Deed

Setem Hasil




2.3. Suratan Hakmilik Tanah / Catatan Carian Rasmi.

Sijil Carian Rasmi ini boleh didapati di pejabat tanah sahaja. MTF pun tak bape nak tau la untuk ape. Nak dapat kan Hasil Carian ni bukan nya free tau. Berbayar rupeya. Harga sekeping A4 yang bercetak Hasil Carian ni berharga RM50 (tercenggang jugak la time tu).
Hasil Carian Tanah

2.4. Harta dalam Majlis Bandaran.

Part ni yang buat MTF rase hilang sabar, tapi still bersabar. Disebabkan tanah ni dibawah naungan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), sume kene ikut procedure.
** Pihak MBSA memerlukan:-

- Kami perlu melantik seorang consaltant bagi menguruskan rumah kami dari segi drawing yang disahkan oleh arkitek berdaftar.
- Sistem perparitan yang baik.
Paham-paham je la kalau kita dah upah arkitek untuk buat sume ni. Berapa pulak ongkos ye tang tu. Tanya member harga untuk pelan je RMserat. Tu member-member punya harga, kalau bukan. Haaaaddddoiii. Penat pikir. Pihak KWSP memerlukan Surat Kebenaran je. Tapi, this is MBSA. Jangan mimpilah nak dapat. Kalau Majlis Perbandaran Klang (MPK), maybe senang. Ni dia, Surat Kebenaran daripada MPK:
Surat Kebenaran
2.7. Bukti Bayaran +/- 20% .
2.8. Pelan lokasi tapak pembinaan rumah.
Dua benda ni dah dapat, tapi disebabkan kantoi part 2.4. tu benda tu hanya tinggal kenangan je la.
So, simpan je kat dalam file.

Pelan rumah MTF yang tergendala
Asal 24' x 32'
Sekarang 24' x 24'

N/B: Walaupun gagal dalam pengeluaran KWSP, alternatif lain still  ade. Nak tak nak je tu terpulang kat kita. Biar pun kene buat loan. Janji ikut kemampuan okay!! Tunggu next story pasal loan tu.




Campak Belakang

Cara mohon refund kad Touch 'n Go/Plusmiles

Campak Belakang