23 November 2014

Dugaan & Cabaran Membina Rumah

Azam tahun ni tak terfikir pun nak buat, beli or ade rumah sendiri. Sebab sekarang pun memang dah ada. Tapi kira ni menumpang sebelah umah mak mertue la. Bekas dapur lame. Dapatla bilik satu. Rumah pun tak besar mana pun. Muat la kami empat beranak. Time raye je la yang bikin rumah comel ni nampak sesak. Hahaha. Biase la family Malaysia ni. Nak kate slim idak ler, nak kate mok pun idak le jugak. Cume mantap bak hang. Hehehe.

So bile niat hati nak buat rumah datang, bincang la ngan husband. Banyak cabaran rupanya. Dari niat, sampai ler step yang mencabar dan menguji kesabaran. Bunyi macam nak daki gunung kan. Kurang lebih je la. Allah tengah nak menguji kesabaran dan sejauh mana kite nak berusehe. That the point you must work hard and be patient.

1. KWSP

Perancanganye kitorang nak keluarkan KWSP, nak buat rumah. Jabatan yang dirujuk mestilah KWSP (Klang) kan. Tanya ape document yang perlu untuk keluarkan duit tu. Staff tu pun bagi la borang. After tanye yang berkaitan and dah tau document ape yang perlu. Kitorang pun teruskan lah step yang seterusnya.

Senarai Semak Permohonan Pengeluaran Membeli / Membina Rumah

Document Sokongan Untuk Membina Rumah
2. Pejabat Tanah (Daerah Petaling)

Pergi pulak Pejabat Tanah Daerah Petaling. Lokasinya, google/pejabattanahpetaling.

2.1. Surat Ikatan Pemegang Amanah (Trust Deed).

Atas urusan penambahan nama kat geran, procedure bagi mengeluarkan duit KWSP tu mesti ada nama pemohon atau pasangan pemohon. Owner tanah tu sendiri yang kene g uruskan. Penama yang lain tak perlu hadir. Bagi permohonan ni, dua borang diperlukan, 2keping setem hasil RM10 dan harga nak daftar tu RM60 (RM30 Pendaftaran surat amanah & RM30 bagi Pendaftran dalam hakmilik). Total kire sendiri ek. Hikhik.
Form Trust Deed

Setem Hasil




2.3. Suratan Hakmilik Tanah / Catatan Carian Rasmi.

Sijil Carian Rasmi ini boleh didapati di pejabat tanah sahaja. MTF pun tak bape nak tau la untuk ape. Nak dapat kan Hasil Carian ni bukan nya free tau. Berbayar rupeya. Harga sekeping A4 yang bercetak Hasil Carian ni berharga RM50 (tercenggang jugak la time tu).
Hasil Carian Tanah

2.4. Harta dalam Majlis Bandaran.

Part ni yang buat MTF rase hilang sabar, tapi still bersabar. Disebabkan tanah ni dibawah naungan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), sume kene ikut procedure.
** Pihak MBSA memerlukan:-

- Kami perlu melantik seorang consaltant bagi menguruskan rumah kami dari segi drawing yang disahkan oleh arkitek berdaftar.
- Sistem perparitan yang baik.
Paham-paham je la kalau kita dah upah arkitek untuk buat sume ni. Berapa pulak ongkos ye tang tu. Tanya member harga untuk pelan je RMserat. Tu member-member punya harga, kalau bukan. Haaaaddddoiii. Penat pikir. Pihak KWSP memerlukan Surat Kebenaran je. Tapi, this is MBSA. Jangan mimpilah nak dapat. Kalau Majlis Perbandaran Klang (MPK), maybe senang. Ni dia, Surat Kebenaran daripada MPK:
Surat Kebenaran
2.7. Bukti Bayaran +/- 20% .
2.8. Pelan lokasi tapak pembinaan rumah.
Dua benda ni dah dapat, tapi disebabkan kantoi part 2.4. tu benda tu hanya tinggal kenangan je la.
So, simpan je kat dalam file.

Pelan rumah MTF yang tergendala
Asal 24' x 32'
Sekarang 24' x 24'

N/B: Walaupun gagal dalam pengeluaran KWSP, alternatif lain still  ade. Nak tak nak je tu terpulang kat kita. Biar pun kene buat loan. Janji ikut kemampuan okay!! Tunggu next story pasal loan tu.




No comments:

Campak Belakang

Cara mohon refund kad Touch 'n Go/Plusmiles

Campak Belakang