09 September 2015

Krabi Aku Datang (Merdeka sini la kite!)




Krabi Aku Datang!!(dengar xsore hati I menjerit) hahaha. Joke je. Impian nak jejak kaki kat tempat bernama KRABI ni da terlaksana nampakye. Azam 2015 untuk ke Krabi done! Hahaha
Berbekalkan ilmu dari blog-blog lain, nak jugak sampai kat sana. Rasaye ramai kot yang mengimpikan nak ke sini. I la salah sorang daripada ye. Pulau dia memang.. ffuuuhhhh~ Kedamaian betol la!

Perjalanan I by pesawat AirAsia (now every one can fly, cewah). I da book flight ni dari June tau. Tak tau la dalam kategori murah or tak. Hotel book by Agoda.com. Ada yang kata book by Booking.com pun ok da. Tapi I tak try lagi booking.com tu.

Perjalanan ni tak selalunya senang dan mudah, tapi berharaplah semoga dipermudahkan sepanjang perjalanan kita kat tempat orang (tetibe sebak lak). Meh meyelami dunia Fantasi Azam 2015 yang Nyata! Here we goo ..

30hb Ogos 2015, Ahad

Miss The Flight - Yang ni sangat kecewa and benggang rasa ye. Flight on the day, jam 1615, kitorang sampai awal gile. Lepas sampai, check in luggage sebab malas nak sorong bagasi tu kuhulu kehilir. Hehehe. Santai sat g lunch, sebab ade mase lagi kan. Sampai je kat Pintu L16 kosong je. Terlock pulak tu. Time ni da kelang-kabut sikit la. Terasa cam punah la impian nak ke Krabi ni. Tapi stay cool and istifar lebih sikit. Then try tanya kat satu kaunter tu, pasal flight kitorang ni.

Crew: Dia kata pintu ni da closed la, kat L3.
I: What?? L3?? Kenapa dia tulis kat L16 ni??
Crew: Terdiam and pelik pulak. Try U g kaunter check in, check kat sana.
I: Bagasi cam ne lak??
Crew: Kalau U tak check in flight, diorang keluarkan and U boleh collect kat Lost and Found Dept.
I: Hokay, Thanks..

Top speed berjalan g kaunter check in luggage. Lepas soal siasat berlaku, kesimpulannya crew Air Asia tu salah bagi pintu. Maybe, masa dia bagi pintu tu masa tu la pintu ditukar daripada L16 ke L3. Disebabkan salah pihak diorang, diorang ganti la flight tu keesokkan pagi ye. Sebab tu la flight last untuk hari tu. Hokay la, esok pun esok la. Janji dapat g! Lega tu bukan main seronok tau.

So, sesantai je g Balai Ketibaan untuk tuntut bagasi I. Lepas dapat, teros call mak. Gtau yang kitorang tak jadi g, amek tau. Tapi ayah baru je sampai. baru tertidur. Kesian pulak. Bila tak g ni, penat dia 3kali ganda kalau da sampai Krabi tau. Tekejar-kejar. Sedih! Sob.. Sob ~
-So, ni bad moment gila. Tak ulang da lepas ni!-


31hb Ogos 2015, Isnin

  My Flight - Hari ni sampai awal. Flight 7a.m. Kitorang sampai kol 4 lebih. Sampai je check in luggage - g balai pelepasan (by Auto gate) yang ni memamg saje nak try and rase cam ne procedure dia. Dah lepas, jalan santai-santai je g pintu P16. Peerghhh jauh ni. Sokay la. Kol 7pagi berlepas dari KLIA 2 sampai Krabi International Airport jam 7.25 (Thai time). Perjalanan selama 1jam 45mint.


Sim Card - So, sampai je sana lepas selesai imegresen bende pertama caik ialah sim kad. Untuk call family dan untuk update status. Hehehe Tapi kalau tak beli pun hokay. Nak tau kenapa?? Sebab kat Krabi ni hampir semua tempat ade wifi. Cuma toilet je lah yang xde and line dia~ peerrggghhh terbaikkk la. Pakai data pun dah cukup laju. Tak cam kat Malaysia. Ade je sangkut-sangkutye hehehe.


Transport - Kat sini elok la kene g by group or family or deal je lah ngan sesape orang yang dari Malaysia. Tak payah la nak memalu. Bukan tak reti cakap melayu pun. Lagipun orang negara kita gak. Kebanyakkan ye same destinasi, cuma hotel je la tak sama. Ada yang jauh dari pantai and ada yang depan-depan pantai je. Bila korang dalam group harga tambang jadi murah. Korang boleh pilih nak naik teksi, bas or van. Kalau berdua nak privacy naik la teksi, then kalau nak saving naik je lah bas. Kalau reramai tapi nak kedamaian and nak cepat sampai naik je van. I amek van deal ngan 5 orang awek student UITM Shah Alam (asal Ipoh), 1050bath bahagi 7 dapat la sorang 150bath (Rm 18/orang).

Perjalanan dari Airport ke hotel masing-masing (2 hotel je pun) ambil masa 1jam cam tu la. Hotel kitorang Goodwill Hotel, then diorang Dahla Bungalow.

Harga dari Airport ke destinasi tertentu

Cantik, Kemas, bersih & selesa
Hotel - GoodWill Hotel  tempat penginapan kitorang. Hotel besar, selesa, bersih and dekat ngan kedai makan yang halal serta masjid. Most important pelayan die peramah gile. Walaupun tak pandai speaking Thai, kitorang acah-acah pandai la speaking London. Hehehe. Berterabur kaw bahasa. Hahakz.

Masa check in jangan lupa tanya pakej pulau-pulau and tempat yang ualls nak lawati. Harga dia lagi murah dari ejen perlancongan tau. Memang terbaik ambil kat area Ao Nang tu je.





 
Motor - Korang kalau pemalas nak jalan kaki cam kitorang ni, korang leh la ambik sewa motor. 200bath/day. Depositye cuma satu pasport ualls je. Sebagai tanggungjawab korang kat motor tu. Minyak isi sendiri. Ni nak bagi tips, kalau minyak motor tu ade halftank tak payah la isi. Sebab karang tak akan habis pakai pun. Nak kurang satu takuk pun susah. Ngee Ngee~~


Tuk-Tuk - Sehala 30bath seorang. Perjalanan bagi orang yang malas nak jalan kaki dari pantai ke hotel tak lama mana pun. Dalam berapa minit je la cam tu kot. Sebab kalau jalan kaki dari pantai ke hotel amek masa dalam 15minit ++ la. Kalau ade yang nak merase boleh je naik.


Makanan - Kat sini kalau nak saving bajet, leh la makan kat stall tepi jalan. Rasa dia not bad la. Ualls kene try la kalau nak tau. Dan cuma dua buah restoran je kitorang singgah makan, Lemon Restoran & Bangboo Halal Seafood (depan hotel kitorang).

Thai Pancake - Jangan korang sama kan macam pancake kat Mcd tu tau. Pancake kat sini sebenarye cam lempeng yang ada isi. Terkena rasa ye memula tu. Pelik apasal tepung tu die canai. Then letak atas kuali. Cehh..Lempeng rupanye, Kitorang sempat rase pancake nutella (40bath), banana with cheese and Nutella with banana (60bath).


Udang Goreng - Yang ni biase je. Kitorng saje je nak try. Satu cup 40bath.


Jade Mee - Kedai ni jual macam-macam mee. Tapi name die lupa la. Jade Mee ni, mi cam mee sedap tu, die rebus. Tapi die guna bumbu dia sendiri. Letak ayam, serbuk cili and special ye die bagi peria. Rase die, hmm sedap! Harga dia cuma 40bath.

Muslim Thai - Jade Mee

Lemon Restoran - Dinner malam first. Untuk dua orang makan kena 640bath. Menu, nasi putih 2, BBQ satay beef, ketam berlada, udang masak masam manis, teh lemon and jus lemon.


Bangboo Halal Restaurant - Kat sini makan dua kali, dinner second nite and breakfast sebelum balik.
Untuk dinner kene 960bath. Nasi putih 2, kailan ikan masin, kerapu kukus, beef stik, kelapa (sebiji) & jus kiwi.
Set breakfast for 2 (roti 2, telur 2, sosej, kepingan ayam 2, mentega + stawbery jam, jus oren & kopi O).

Dinner

Breakfast
Ao Nang Beach - Pantai ye memang cantik. Masa sampai air pasang. Bersih daripada sampah sarap. Cuma ranting-ranting and daun-daun tu ade la. Jangan ada yang tak tahu (macam I ni), Ao Nang ni salah satu pulau yang terkena bencana Tsunami tau beberapa tahun lepas.





1hb September 2015, Selasa

Phi Phi Island
- Kitorang under agent taurism Sun-San Travel & Tour. Memang terbaik la. Pakej ni termasuk makan tengahari. Sorang 1'000  bath. Kitorang g Bamboo Island & Maya Bay (swing), Monkey Bay (snorkling), Phi Phi Don (for lunch), Viking Cave, Pileh Bay and Lohsamah Bay.
Sun-San Travel & Tour

Pakej-pakej Sun-San Travel & Tour
Speed boat
Phi Phi Island
The best tour guide - Mr. Tsun
------------------------------------------------------





Bamboo Island
 ------------------------------------------------------


Maya Bay
 ------------------------------------------------------




Lohsamah Bay
  ------------------------------------------------------



Phi Phi Don
 ------------------------------------------------------

Viking Cave
  ------------------------------------------------------

Pileh Bay
  ------------------------------------------------------

Monkey Bay - After snorkling
 Penat gile wehh! Dalam perjalanan balik sume orang tertido. Tapi sume orang njoi. Dalam bot ni pelancong dari Malaysia, Singapo & Sweden.
------------------------------------------------------
Massage - Thai Massage (1h-200bath). Peeerrggghhh marem kaw! Dah tekeluar jawa ni ha. Kahkah. Sampai tertido-tido diwatyer. Korang kalau da sampai sini try-try la. Mesti puas hati hokay!


Treatment - Braid Hair (12pcs, f.o.c clip - 300bath). Yang ni terjebak masa jumpe awek-awek dari Keyel (K.L lah). Die kata murah je kalau nak dibandingkan kat Malaysia. So, tengok pun cam terigin lak. Encik Hubby pun izinkn. Apa lagi. Hehehe ~

Braid Hair

Medicine - Ubat ni untuk emergency case tau. Mana la tau kan kalau memerlukan. Boleh la di gunakan. Tak payah beli kat sana and tak perlu jugak bawak banyak-banyak. Cukupla untuk sendiri je.

Handsaplast, panadol @ upamol, minyak angin, ubat anti mabuk, penyepit kuku


Barang Tambahan - Bende ni boleh je bawak ikut kehendak masing-masing. Nak bawak boleh, tak bawak pun boleh. Lagipun tak sangkut pun kalau kat kastam.
Travel Adapter

Extention Wire
------------------------------------------------------
New Friends

At Krabi Pearl


At Krabi Airport - Nak balik Malaysia dah!
Bubye Krabi! 02092015

N/B: Alhamdullilah! Dapat jugak g sini walapun ade halangan ye. Yang tak pernah g tu bolehla g. Melancong tempat orang. Thanks ek Encik Google, minta gambor. Ngee ngee~~ Thanks again sebab sudi baca and kbai! Hahakz..

No comments:

Campak Belakang

Cara mohon refund kad Touch 'n Go/Plusmiles

Campak Belakang