29 May 2017

Family: Bercuti ke Langkawi

Satu jam lima minit, perjalanan dari KLIA 2 ke Langkawi Airport. Tertunai la niat dan hajat nak jejak kaki ke bumi Jelapang Padi yang rasis menyendiri. Hehehe.. Gurau-gurau. Pulau Langkawi~ Siapa yang tak tahu, semua tahu. Tapi tak semua berkesempatan sampai ke sini. Kan, kan~

Tujuan
Niat nak bawak hero-hero hati Tyka "terbang" dah tertunai. Alhamdullilah, perjalan pergi and balik selamat hendakNya. Amin~
Sampai je airport, Hero 1st ambil semua pemplet pasal Langkawi. Dari masa tunggu van dia dah buat plan nak kesana sini. Nak marah pun tak leh dah, sebab memang percutian diorang. Try lah turuti mana patut ja~

Air ticket
Sehala RM 32. So, dapatlah bawak hero tu jejalan. Lagi pun beli masa tu ade promo kat AirAsia. #AyamComing. Makan bulan jugaklah beli tiket tu baru dapat fly~

 Hotel
Tyka stay kat deBaron Waterfront Hotel. Tak tau pulak la hotel ni bajet. Tapi ok la. Janji selesa and ade tempat bermalam. Sebab siang duk merayap ja~ 

Buat pengetahuan korang, Baron Hotel ni ade 6 cawangan lain kat sekitar Langkawi. Refer Baron HotelTyka sampai je da silap hotel. Sepatutnya g de Baron Waterfront tapi Tyka g kat Baron Hotel~ Tak jauh pun, seberang jalan ja. 

* Sampai ja petang tu, lepak kat area hotel ja. Check in  pun lewat. Jam 7lebih. Lepas dinner terus check in. Mandi-rehat jap pastu kuo jalan-jalan kat sekitar hotel. Tinjau-tinjau gitu je. Tyka stay kat deBaron, persekitaran yang tenang. Tak busy sgt la. Tepi hotel ade surau, padang futsal, dobi, kedai makan, klinik and dekat ngan tepi laut. Senang kata dari Dataran Lang tu tak jauh la. Tapi kalau jln kaki penat gak la~

Hari Kedua,
Underwater World Langkawi ni terletak di Pantai Cenang. Lebih kurang setengah jam dalam 20km dari Kuah. Macam-macam yang ada kat Underwater ni. Tak rugi lah kalau masuk pun.
Ni Tyka sertakan detail pasal Underwater:


Masa lawatan: * 10am - 6pm (setiap hari) * 930am - 630pm (Cuti sekolah & cuti umum)
Dewasa
RM46 (tanpa MyKad) / RM36 (dengan MyKad)
Kanak-Kanak (3-12 tahun)       
RM36 (tanpa MyKid) / RM26 (dengan MyKid)
Warga Emas
(50 tahun & keatas)  
RM29 (dengan MyKad)


Cabel Car ni salah satu tempat wajib g. Kalau dah g Langkawi tak g Cabel Car, rugi rasanya. Perjalanan dari Underwater World dalam setengah jam lebih kurang 20lebih km la. Masa g ni, pengunjung tak ramai. Biasa la, waktu orang bekerja awak berjalan. Hehe~
First time ni. Tengok anak-anak semangat, sikit pun tak takot. Dekat Cabel Car atau Sky Cab ni bayaran utk masuk dia guna combo. Naik je Sky cab, lepas turun korang blh la explore sekitar tempat tu. Combo paling murah ialah RM40. Korang boleh check senarai harga kat Sky Cab.


Hari Ketiga,
Selain coklat, sky cab, gamat and Mahsuri. Helang ni lah salah satu tanda Pulau Langkawi. Tak jauh pun dari hotel kami. Dataran Lang ni, dekat dengan Jetty Point. Jetty Point ni tempat ketibaan pengunjung yang melalui jalan air antara daripada Kuala Kedah atau Kuala Perlis.

Kat sini tak masok pun, just singgah gitu ja. Tengok keadaan sekeliling Mardi. Ni senarai harga kalau nak masok:

Setahu Tyka, air terjun  kat Langkawi ni ade 3 tempat. Tak sure lah betul ke tak. Tapi kalau ikut booklet of Langkawi ade 3 ja. Air Terjun Durian Perangin, Air Terjun Telaga Tujuh dan Air Terjun Temurun. Tyka sempat mampir kat Air Terjun Durian Perangin ja. Best aw~
Tempat dia, jauh lagi bagus kat air terjun belah semenanjung sini. Bukan nak kata apa, tapi mata memandang keindahan hutan tu padu. Bersih tanpa sampah, dedaun kering tak beselerakan dan satu lagi semuanya free wehh~ Dari parking sampai toilet. #TenangisGold

Sini pun Tyka tak masuk. Sebab baru ja lepas mandi air terjun kan. Biasa lepas mandi rasa kebuluq. Hehe. So, singgah ushar gitu-gitu ja~

Asalye nak ke Black Sand Beach sekali terlajak. Duk Ushar-ushar sekeliling. Nak u-turn memang tak ler~ Kat sini pun ok. Ada tempat lepak. Tengok laut~ Kalau tak silap Tyka, dekat Teluk Yu ni ada satu kilang simen, Lafarge Cement SB.

Yang ni cam nak tak nak je g. Huhuhu. Tengok boye ja. Malas aihhh~ Tapi dak duo tu duk merengek ja. Singgah ler~ Firstly, tiket masuk. Kat sini pun ada pakej combo gak. Tyka tak amek pun combo-combo tu.

Masa lawatan: 9am – 6pm (pembelian tiket terakhir: 530pm)
Dewasa
RM25 (tanpa MyKad) / RM18 (dengan MyKad)
Kanak-Kanak (3-12 tahun)       
RM18 (tanpa MyKid) / RM12 (dengan MyKid)
Warga Emas
(60 tahun & keatas)  
RM12 (dengan MyKad)

Senarai Harga Aktivity
Pelet Buaya
RM5
Memancing Buaya
RM15
Pemandu Pelancong Peribadi
RM50

Sempat menyaksikan boye diberimakan, bukan sekali tapi dua kali. Korunk boleh bagi boye makan atau mancing boye. Tyka test bagi makan je kat anak-anak boye. Nak mancing memang tak ler. Berhuhuhu kang~

Lepas keluar dari taman, korunk boleh masok butik jual barangan daripada kulit boye ni. Porosus. Siyesly tak murah weh. Main ratus and riban ja. #MampuTengokJa
 

Kat sini tempat terkenal dengan minyak gamat. Bukan minyak gamat ja. Segala produk berasaskan gamat ada. Sabun, krim sapu, shampo dan banyak lagilah.

Hari Keempat,
BeachDay hehe~ Hari ni lepak pantai. Kalau ikot hari semenajung, hari ni (hari keempat) ialah hari ahad kat semenanjung. Memasing update status aktiviti hujung minggu. Tyka kat Cenang, lepak pantai. Siyesly pantai kat sini cantek sangat. Puaslah hero 2orang tu sekali ngan pak dia. Hahaha.
Mandi pun xleh lama. Masuk je tengahari awan dah mula gelap. Bendera merah da tepacak. Nasib mandi awal pagi. Kalau tak, kempunan ler~
 


















Nak wish sekali, Happy 1st Annivesary to LDR (Long Distance Rider). Wish dari bumi jelapang padi and  nak wish sekali kat team Kedah, Congrat juara Piala FA.

Meh shopping weh. Jangan rambang mata sangat. Masuk lam ni beli cekelat, baju sikit buat kenangan and dobi mata. Hihihi~ Tak beli banyak ler. Beli cukop makan hero-hero tu and beli utk hadiah sempena Hari Guru aka buah tangan dari Langkawi.

Dinner kat area Kuah. Jalan kaki ke stall depan tu. Banyak kedai sekitar deBaron ni. Kat Kuah ni, kol 11 da "mati". So kalau nak lepak tenang seperti bunyi kriik kriikk tu boleh lah. Tenang ja. Lepas makan mendobi. Esok nak balik dah~ Siap-siap packing sume barang and rest.

Hari Kelima,
Lepas check out dari hotel. Singgah sini jap. Member kirim cekelat. Banyak jugak barangan rumah cam pinggan mangkuk dan perhiasaan rumah. Murah jangan kata la~

Ni aktiviti atau tempat last sebelum kami checkout dari Pulau Langkawi ni. Sepatutnyer g hari kedua atau ketiga, tapi acah-acah tak nak g. Sekali hero bujang tu duk tuntut-tuntut.. Memang kene g la jawab dia.
Nama tempat ni asal dia, Bird Paradise. Setelah ditukar menjadi Wildlife Park. Tak semata-mata burung ja. Ada ayam, keldai, buaya, arnab dan ikan. Bila kita masuk je dalam zoo, mesti staf dia akan tegur tak boleh itu ini kan. Tapi lain kat Wildlife Park ni. Korunk bebas nak sentuh apa je hidupan dalam tu. Nak membelai arnab atau burung boleh ja, tapi jangan ada hati nak belai buaya lak. Kang korunk lak kena belai ngan dia.Tak memasal ja~

Waktu Lawatan: * 830am-6pm
                           * Kaunter tiket tutup: 6pm
                           * Waktu keluar terakhir: 7pm
Dewasa
RM39 (tanpa MyKad) / RM24 (dengan MyKad)
Kanak-Kanak (3-12 tahun)       
RM22 (tanpa MyKid) / RM16 (dengan MyKid)
Warga Emas
(55 tahun & keatas)  
RM22 (tanpa MyKad) / RM16 (dengan MyKad)

Sampai sini duk lam van ja. Nak turun memang tak ler. Memasing da letih. Just dapat sampai jadi lah~ Hujan lebat masa ni. Mata nak lelap je da.

Senang kata Telaga Walk ni macam uptown lah. Tyka sampai ni siang, sebab cari toilet ja. Hero tu meragam~
Siyesly, tempat ni nice kalau malam. Nak terangkan lebih pun tak leh, sebab tak mai. Just singgah ja hehe.

Sebelum hantar van and check in kat airport kite mencekik sambil lepak-lepak jap~ Dekat sini bukan ade laksa je, ade rojak dan cendol. Lepas makan hayati keindahan ciptaanNya. Lautan terbentang luas, Gunung yang tinggi menghijau dan berkabus, sebab lepas hujan. Laksa tak dan nak snap lah. Dah lapaw memasing. Hihihi~

Return Van kat Langkawi Airport
Thanks untuk BCR Langkawi bagi kitorang pakai van selama 5hari. Rezeki dapat van baru. Booked kenderaan lain, dapat lain. Much better tau~ Harga jangan risau. Mamang baik punyalah. Korunk kalau nak book boleh contact:
Abang Chick: 013-350 8430.

Penutup
Cuma nak ingatkan, Langkawi ni kawasan pelancongan. Boleh katakan semua tempat masuk berbayar. Kalau nak g, kene la standby pulus yang gebu gebas. Tyka je nak mai Langkawi kene standby riban. Tuh pun dah habis jimat cermat.

N/B: Selamat bercuti uolls, bercutilah dengan tenang dan bahagia yang penting hati-hati. Harap selamat dari sebarang kecelakaan~
Habis dah coretan Langkawi ni, thanks sudi bace deh. Kalau nak baca coretan lain, ada link kat bawah ni:
#AnniversaryTrip


"Percutian ikut kemampuan, Biar jadi kenyataan"

Campak Belakang

Cara mohon refund kad Touch 'n Go/Plusmiles

Campak Belakang