Masa dan saat yang dinantikan, akhirya. Dapat juga menjejaki kaki ke Bumi Kenyalang ni! Ni adalah pusingan timbal balik pasukan Selangor menentang Sarawak. Awayday
bagi pihak Selangor. Yeaaahhh~ Ni la masa ye. Haha. Sambil menyokong,
sempat la juga meronda-ronda kat tempat org. Bukan senang nk pi sini.
Hehe~ #SuperLeague
Nak kongsi sikit entry masa kat Sawak (Sarawak) ni. Dapat pusing habis, tapi dapatlah singgah beberapa tempat.
Setibanya kat Kuching Int. Airport (KIA), dah ade yang sambut.
Awal dia mai, siyesly tak sangka pulak.
* AirAsia *
Kali ni p awayday tak naik moto atau kete. Kami naik belon (kapal terbang). First time ni jejak kaki kat Sawak. Kira short vacay lah ni. Berlepas, 9hb 0710 dari KLIA 2. Tiba dekat Kuching Int. Airport (KIA) 0900. Tyka gerak g airport 0015, dari UIA. Sampai airport jam 0142. Siap-siap parking moto. Haaa moto la. merempit p KLIA. Lepas tu naik, lepak kat marrybrown. Tido kat sana sampai jam 0600.Korang kalau nak tau pasal parking moto kat KLIA ni, meh klik (Parking moto kat KLIA 2).
Bye Dia, Nanti jumpa lagi keh~ |
Tiket parking Moto |
Jom terbang~ |
Serapan pagi - Caesar Chicken Wrap with Premium Thai Muser Coffee - fav & recomended! |
* Kereta Sewa *
Keluar je airport, kereta sewa pun sampai. Kereta sewa ni, korang boleh lah ushar kat sini (keta murah). Tak pun terus search kat web dia (Roanna Transp.). Deal kete myvi, tapi yang sampai Saga. Cincai lah~ Janji harga cun and tak de hal masa bawak, ok dah!
Best service dia |
Selesai kereta, kami pun ke second location g rumah kawan. Hantar motor dia kat rumah and kami jadikan dia tour guide Hehe
Setel moto dia, kitorang terus ke Mom's Laksa Kopitiam kat Jalan Astana. Kat Mom's ni sempatlah rasa dua hidangan. Laksa Sarawak dan Mee Kolok. Rasa dia boleh tahan la. korang patut cuba!
RM5 - Satu mangkuk |
RM6 - Satu mangkuk |
#Harga ni member yg gtau. Tak sure betul or tak. Myb lebih kurang, sebab dia beriye nk lanje :)
Ramai tau kan, Sarawak terkenal dengan ayam pansuh. Ayam pansuh ni, ayam yang dimasak kat dalam buluh. Rasa dia, gila la sedap. Hahaha~ Kene try weh! Satu lagi, Linut. Linut ni, macam tepung kanji, cam ne nk gtau eh. Ok, dia tepung ubi makan dia cicah ngan sambal belacan. Sedap masam-masam kenyal gitu. Ni hidangan sebelum masok stadium.
My Village Barok |
Tomyam seafood, Baby kailan masak sos tiram, Ayam pansuh, Linut |
#Yang ni pun kawan yang payung. Mudah2n dia dilimpahkan rezeki, Amin~
* Stadium Negeri *
Lepas
makan, kitorang gerak ke sini. Kira awal sampai kat stadium. Sampai ja,
kaunter belum buka lagi. Pukul 4 baru buka. Sambung jalan-jalan la~
Sekitar Stadium Negeri ni, ada stadium lain. Antaranya, Stadium Sarawak, Kolam Renang Pandalela Rinong, dan Pusat Gimnastik.
#Sumber Mr Google :P
#Takde gambar. Bateri phone habis :(
* Tune Hotel *
Tune Hotel terletak bertentangan dengan Hilton Hotel. Just cross the road,
dah sampai persisiran Sungai Sarawak. Senang kata, kat Kuching
Waterfront senang la nak kemana-mana. Sebenarya, Tune Hotel ni, antara
hotel pilihan bila Tyka travel. Tapi specialye Tune kat Sarawak ni, booked ja bilik dapat free sarapan.
Nasi goreng sambal ayam masak merah dan Mee kolok daging |
Sebelum nak ke airport sempat lunch. Tak g jauh pun. Kat bawah Tune Hotel ja. Tribal Stove. Masakan dia sedap. Tapi Tyka tak order banyak macam semalam petang tu (gambar atas tu). Midin dan ayam pansuh menu makan tengahari. Bagi Tyka la, midin tu adik baradik pucuk paku.
Tribal Stove |
Kemas & nice look kedai dia |
Midin dan Ayam Pansuh |
* Ais Krim Apong *
Ni home made, korang patut and kena try ni. Tyka pun da hampir lupe bab ni. Lepas lunch tu dok online fb. Sekali terscroll eskem ni. Haha menggoogle maps la pe lagi. Sedap weh!
Nah, tak nak lah sembang manyak~ Huhu
Ais krim pandan, topping cornflakes and gula apong. Nyaman sey~
Isnin & Selasa : Coklat Small cup: RM 2.20
Rabu & Khamis : Pandan Medium Bowl: RM 4.80
Jumaat - Ahad : Vanila Big Bowl: RM 8.50
Bun: RM 2.50
RM 4.80 (medium bowl) |
Wet Market & Hawker Centre No.11 Tower 93000, 93100 Kuching, Sarawak, Malaysia |
* TeaC Special dan Kueh Batik *
Tea C ni air teh 3 layer lah senang cita. Sempat minum masa airport. Huhu. Flight delay perut lak tetibe tak leh nak delay. Haha. Try lah ni. Buat alas perut.
* Penambang (perahu) *
Pengangkutan lain selain kerata, moto, bas, or grab. Korang boleh try penambang ni. Tak mahal pun. Sehala lima posen ($ 0.50) ja. Memula takot tapi bila dah lepas. Fuuhhh selamat.
Bukan sekali je try, tapi dekat 10 kali. :P
Bukan sekali je try, tapi dekat 10 kali. :P
Nak saving kata kan. Kalau nak nek kete ambil masa gak. So, naik bot tak sampai 5minit ja. Tengok gambar bawah tu~
View dari google maps :) |
Dua benda ni, patut beli bawak balik ke semanjung. Mira Cake House tempat best nak cari kek lapis. Sekitarnya pun ada juga. Korang bolehlah g mana-mana kat area Jalan Gersik. Macam-macam jenis and rasa boleh dapat kat Mira Cake House. Harga dia murah dan rasa dia sedap.
Nak beli ikan masin terubuk, tak payah jauh-jauh. Sebelah Mira cake house ade jual. Tak pun kat jeti tuh ada jual. Nak ke seberang kalau naik kereta mengambil masa perjalanan selama 13minit (8.2km).
Kalau naik penambang kesebarang hanya makan masa tak sampai 5minit ja~
View dari tepi sungai |
Yang kat konopi tu jual Ikan Terubuk Masin |
Nak balik dah~ Jom!
Korang blh la try mana-mana tempat yang Tyka da senaraikan. And thanks sudi bace coretan titew~
Bye, see u again~ |
#AirAsiaEveryOneCanFly
#SelangorSarawak
#SuperLeague
#StadiumNegeri
#KekLapis
#TerubukMasin
#SelangorSarawak
#SuperLeague
#StadiumNegeri
#KekLapis
#TerubukMasin
No comments:
Post a Comment