26 March 2018

Mancing: Seharian di Kelong Iwan

Kelong Iwan (C) 🎣
25hb Mac 2018

Biasa join hubby mancing kat kolam (air tawar/masin), tepi pantai atau kat jeti. Ni kali pertama join ke kelong.
Tenang ja 😇
Dia punya xcited tu sampai terbeli joran sendiri. Tak nak kongsi hubby punya. Berlagak 👉👈
Sekali beli 1 tema. Semua warna purple. Dari joran, mesin, sampai ke tali. Nasib mata kail xdak kala tu 💜💜💜
Murah ja utk nubis cm Tyka ni 😝
Trip kali ni, trip cobaan hubby. Sebab next month nak bawak family Tyka family day aka santai day sekeluarga la. Boleh kata nicely la semua ye. 

Port kali ni hubby bawak ke Kelong Iwan, Pengkalan Kg Sg Kembong, Pulau Indah, Selangor.











Hubby menempah Kelong C untuk port pancing kami.
Sesampai ja kat kelong, hubby setup pancing semua. Sebagai mama ni, kena pantau hero-hero tu jap. Bagi "taklimat ringkas" and sarapan.

Pembuka tuah, baru je letak dah kena ngap. Rezeki kata kan. Apa lagi, yang lain terus xsabar la. Termasuk la Tyka. Hehehe.










Tapi sebelum pegang rod tu, apply la sun block. Kang sunburn lak. Belang-belang nati. Dah tak ayu 😝 (acah-acah gedik)

Trip ni just Tyka sekeluarga (2 dewasa 2 kanak-kanak) and 2 orang kawan kerja Tyka. Sepatutnya kami pergi 8 orang, tapi lagi 4 orang ada hal. 4 orang pun 4 la.

Tyka pun dah dapat lesen laut 👉👈 Sekali tarik naik 2 ekor. Rezeki rezeki~ Suka gila. Ingat bangau tadi 😁😁😁 So, rod baru ni ade luck la en Kehkeh~ InsyaAllah klu diberi rezeki lagi.
Dapat sekali dua ekoq
Comel je ikan ni ikut tema

Layan ketenangan dan kepisangan 😜😜😜




Ni hasil sebelum memasing membangau.

Start kol 12tghri air mula bergelora. Tanda nak surut kot. Angin sempoi-sempoi gituw. 
Lunch set
Belajar pasang umpan sendiri.
Kalau nak umpankan awaaa je saiya tak payah belajar 🙊🙊🙊
Ciaaa ciaaa 😍😍😍


Kol 2ptg air lagi kuat. Time ni memang semua jadi bangau. Nak-nak lepas lunch. Gulung tali rehat-rehat terus hanyut 😴😴😴 
Panas tu jangan kata apa lah 🔥🔥🔥 Std Malaysia la en + duk mancing cem tu. Bisa rentung buk~

Gelora air makin lama makin deras pulak. Terjaga dari tido. Duk duk jap. Sambung men campak-campak. Try nasib. Air deras ni susah umpan nak kene ngap. 

Kol 5 masing-masing dh terjaga. Try-try jugak la campak kot mengena.


Nak tau tak ikan apa yang pemes masa air deras ni? Ni hah~ 
Si buntal ngn si sirat. Grrrrr geram dengan si buntal tu, tapi geli teroxx ngn si sirat tu, eeeuuuwww 😣😣😣
Tapi yang naik tu la, yang pemes tu hah.
Si Buntal
Si Sirat














Tengah syok santai, hubby panggil ke belakang. Dia kata ada ikan. P try sana. Sudah-sudah la membangau depan tu. Cehhh sempat pulak perli kita. Tak sedar dia yang bangau 😁😁😁

Kalau Dia kata ada rezeki, means ade rezeki la. Berumpankan pumpun and udang (mati).
Nah, naik lagi sekoq~
And lagi sekoq~
Dekat nak magrib air dah mula tenang macam masa datang pagi tadi. Mungkin dah habis masa surut kot.

Ni antara umpan yang hubby sediakan:
Pumpun Sarang
Udang Fresh dan udang mati
Jam 730pm, Abg Iwan datang jemput kami balik ke jeti. Siyes tak puas 👉👈 Tapi apa kan daya. Time runs out very speed 😁 Tak pa la, bulan depan kan p lagi. 😅😅😅

Korang kalau nak try boleh direct contact Abg Iwan:
Alamat
📍 Pengkalan Nelayan,
Persatuan Penduduk,
Kg Sg Kembong,
Pulau Indah, Selangor
Hubungi

#KelongIwan
#KelongC
#PengkalanKgSgKembong
#PulauIndahSelangor
#GatewayOuting
#SantaiCutiSekolah
#BelajarMancing

19 March 2018

Ride: Lemang To'Ki 2 dan Patin Bangau, Temerloh

#RUS_RocketUnderboneSentul
#LDR_LongDistanceRider
#LDR_GTK GengTankKecik
#JPH_JenteraPelesitHighway
#RideMakanMakanPahang
#MestiTapau

Lemang To’Ki 🎋
(Sarapan)
18 Mac 2018

Masa moto tak de ni lah manjang pulak ride (konvoi) yer aihhh~ Awal tahun ke Nasi Bamboo, Sungkai. Febuari ke KK40 YongPeng. Laaaaaah ni ke timur pulak kita.

TARIKAN

Kat sini pun antara senarai tempat femes bagi dak-dak moto kunjungi, Lemang To'Ki.
Tak yah tunggu nak raya kalau nak makan. Rasa-rasa tekak tu nak pekena lemang, boleh je mai sini. Sebelum sampai, korang akan dapat menyaksikan motosikal berkuasa tinggi ataupun tak berapa nak tinggi berdesup menyusuri Lebuhraya Karak ni.

Permukaan jalan yang berbukit dan mempunyai selekoh yang tajam, menjadi tumpuan terbaik bagi rider-rider ni asah tayar dan sempatlah panaskan enjin sebelum sarapan.

Mengambil masa 45minit lebih (ikut kelajuan kenderaan masing-masing) daripada Tol Gombak, korang dapat merasai sarapan pagi lain dari yang lain. Menyajikan menu utama lemang dan rendang, cukup membuatkan korang rasa puas and kenyang.


Lemang To'ki 2 ni terletak kat Jalan Bentong - Karak. Cawangan ni dibuka bagi menampung kunjugan tetamu pada hari yang tertentu. Kali pertama Tyka sampai, Tyka p yang no 2. Orang kata buat syarat dapat merasa lemang kat sini. Bila dah kali kedua, ketiga dan seterusnya, teringin la jugak merasa To'ki 1. Macam Tyka kata, kalau korang sangop beratuq panjang, ok je.


FYI, Lemang To'Ki ni ada dua cawangan. Lemang To'ki 1 lebih pemes and padat berbanding no 2. Tyka biasa p yang no 2. Kalau nak p merasa yang no 1 tu, kena sangop beratuq panjang la. Lemang To'Ki 2 pula, tempat dia menghala ke susur heway Karak. Lebih tenang and tak terlalu padat. Means selesa la kalau dah kebuluq sangat en (biasa yang ni kene game time ngan member la 😂).
Suasana yang ala-ala kampung, redup dilindungi oleh pepohon pokok yang besar di tepi jalan. Tak susah untuk mancari lokosi lemang ni.

HARGA

Lemang 1set
🐔 Ayam - Rm 5.00
🐄 Daging - RM 5.00
🐔+🐄 Campur - RM 7.00

Rendang Ayam - RM6.00
Rendang Daging - RM8.00

🎋 Harga sebatang lemang mengikut saiz
(bermula dari RM 10 - RM 13 sebatang)

Ketupat - RM 0.80(biji)
Ayam Bakar - RM7.50


WAKTU OPERASI
Selasa - Ahad : 7pagi - 5petang
 Isnin : TUTUP

ALAMAT KEDAI
Lemang To'ki #2
No. 33, Jalan Karak, Kampung Bukit Piatu, 28700 Bentong, Pahang
Maps/Waze


Lemang To'ki #1
Jalan Tras (Kuala Lumpur - Gua Munsang), 28700 Bentong, Pahang
Maps / Waze


Dah jom gerak p Tempoyak Patin, Kg Bangau Tangjung, Temerloh. Kita lunch kat sana pulak. 😋😋😋

Tempoyak Ikan Patin 🐟
(MakanT/hari)

Tak sempurna kalau dah ke Temerloh tak pekena ikan patin masak tempoyak ni. Lepas sarapan Lemang Toki tadi, sekarang ni kita makan tengahari kat sini pulak. Salah satu juadah pemes kat pahang ni, Ikan Patin Masak Tempoyak.

Ni kali ketiga Tyka sampai kat Temerloh. Tapi sebelum ni p makan kat Restoran Ngeteh De Sungai Temerloh and Gobang Maju. Ternyata, rasa dia and cara masakan memang tak sama.

Perjalanan mengambil masa 30minit, (bajet satu jam lebih sekali tu terawal pulak) dari Lemang To'ki menerusi heway Karak. So, kalau dari tol Temerloh tu dalam 24km. Sambil layan pemandangan kampung and Sungai Pahang di kiri korang nati.
OTW p Temerloh
Pit stop jap. Sian abam ni petrol kering ea. Habis la badi si abam y15, hadek lc take over 😂😂

Sampai ja, tak dan aihhh nak begambar bagai. Masing-masing dah kebuluq ditambah dengan aroma tempoyak tu. Sayu-sayu je masa beratoq. Padu betul aroma dia. Rasa dia, hmmdappperrrrr~ 😋
Kalau tak, xde la nak tapau kan.

Suasana kedai yang bersih dan kemas, cukup menarik untuk singgah menjamu selera bersama keluarga dan teman-teman. Menu utama Ikan Patin Masak Tempoyak ni cukup padu rasa dia. Selain tu ada menu-menu lain yang tersedia ada. Kat sini, self-service. Amek je ape yang korang rasa nak ngap.
Santai makan makan dengan geng

IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK

2 org makan + sekali tapau dalam RM44.90
 Sambal Tempoyak Padu beb! 👍
Tapau untuk mak ayah and sendiri. Layan kat rumah pulak

WAKTU OPERASI
12tghr - 4petang
Tutup: ISNIN

ALAMAT KEDAI
Selera Patin Bangau, 
Jalan Kampung Baru,
Kampung Bangau,
28000 Temerloh,
Pahang
Map/Waze
013-996 4100
AKTIVITI - AKTIVITI LAIN

Lepas makan masing-masing menghanyutkan diri

Lepak bawah pokok, hayati alam semulajadi





Selamat p and balik tanpa sebarang insiden yang tidak diingini and lancar seperti yang dirancang, alhamdullilah~

Kita jumpe next log or entri Tyka yang lain keh..
Thanks 😘


02 March 2018

Ride: KK 40 - LDR_GTK (Geng Tank Kecik)

Well well well 😅😅😅
Baru ada masa nak create entry kali ni. Biasalah, ada tanggungjawab lain kan.

Kemana Tyka kali ni? Ke selatan pula lah~ Utara dah kan. Tak tau lah, ni kali keberapa sampai Johor ni yang dah terlepas banyak kali untuk singgah sini. Jujurnya Tyka pun tak terniat and tau tempat tu exit mana. Hahaha Selalu tengok kat tv and member update ja. Geram aiii nok 😏

Dengan ini, sebulat sepetak ye kitorang buat ride p KK40 😅😅
Akhirye, sampai jugak lah~ Walaupun kene naik dabel (double), sampai jugak la. Hehehe Merana moto tu bawak beban kami. Kahkah~ Jangan tanya mana p moto Tyka kat mana eh. Stalet dahi kang. 😝😝😝 Tak tau? nak tau? Baca kat sini ;p

Kari Kambing 40 🐐
11 Feb 2018
#MestiTapau

Kali ni, kita ride with LDR_GTK. Apa tu GTK? 👉👈 GTK is Geng Tank Kecik. FYI, LDR adalah gp untuk FZ150i, tapi kami lebih public kepada semua cc. #KamiTakRasis 😅😅😅 (cita kat korang sikit la~)

Nak p sini pun bermacam dugaan terjadi. Setiap ride ada ceriteranya.
 Yang ni leader ni terlepas checkpoint. Sian minyak habis ea bang~ 😂😂😂
 Sempat pulak yang ni menyeting dikala kawan yang lain isi minyak.
Last checkpoint Hentian Yong Peng sebelum gerak terus ke KK40.  Special lead by Ajul (YFZS) ke KK 40
(masuk kawasan dia kan. Kena hallow-hallow la 😂😂😂)
Seperti yang korang tau, menu special dia kat sini is nasi arab berlaukan kambing atau bagi yang tak minat makan kambing, korang boleh ambil ayam atau nak makan dedua ambil dedua lauk ni. Rasa dia memang ummppphhh.. 😜😜😜 Tapau tau jangan tak tapau~

Meh beratuq dulu~ Nak makan kan..
 Jangan terkejut lak. Make sure korang p beratuq sorang, yang lain tunggu kat seat atau cari seat. Tak perlu beratuq ramai sangat.
 Sanggup berartuq panjang. Tak lama pun beratur ni. Sabar keh~
Sampai depan dah. ;P
 Satu talam/dulang ni Rm48, dapat 1 jug air. Kalau tak nak makan guna talam ni, boleh beli pinggan. 1 pinggan RM13
Boleh kongsi makan dalam 4 ke 5 orang makan. Memang puas hati wehhh~
Tapau tu kalau boleh jangan lupe keh! 😜

WAKTU OPERASI
Setiap Hari - 0730am - 1500pm

ALAMAT KEDAI
Restoran Kari Kambing 40 Hari
No 215, Kg Hj Ghafar,
Bt 5 1/2, Jln Yong Peng, 
83730 Yong Peng, 
Johor D.T.

HUBUNGI
019-6272 243 / 014-6372 243 / 07-7583 129
Dah kenyang en? Alhamdullilah. Dapat dah jugak makan and berkunjung ke KK40 ni. Nanti ada masa repeat lg. Sedaaaapppppp~
Thanks to Ajul, Nasir yang lead kami ke sini. Btw, Ajul down tak jauh dr KK40 ni. Sebab faktor jalan. Fast recovery bro~
Dah Jom Balik! Mehhhh Muaahhhciikkeddd😘

Campak Belakang

Cara mohon refund kad Touch 'n Go/Plusmiles

Campak Belakang