Cameron Highland π
16hb Feb 2018
#Relaxing
Youoollls cuti CNY kemana? Tyka p santai kat sini.
Ajet-ajet sejuk je la. Hehehe. Pelawaan mother-in-law Tyka. Destinasi
kegemaran dia, Cameron Highland.
Tak jem ke? Gila kaw x jem, haruslah. Hari biasa pun kadang jem, ni kan public holiday~
Orang dah ngajak, p je la. Jangan merungut πππ
Family-in-law |
Before ni, Tyka pernah p sini. Maybe dalam 3 4 kali. Tapi ni firstime stay sini. Not bad la. Best jugak rupanya.
Lata Iskandar |
Untuk holiday kali ni, p 3 hari 2 malam ja. Gerak jumaat, balik ahad. Nasib la wehh PLUS tu tak jam. Balik dari CH sempat la singgah Sg Klah, pekena Nasi Bamboo . Yang ni nanti kita cita keh~
Ni lah salah satu sebab lalu Tapah |
Jumaat, 16hb 0430am - Naik dari Tapah. Saja nak layan koner-koner Huhuhu, tak la saja nak layan alam semulajadi. Nama pun santai kan tadi. Sampai kat Tea Valley dalam 1030am. Tuh pun jalan dah start jam.
Memandangkan nak check in lama lagi, santai kat sini dulu la.
Tea Valley |
Terjumpa abam touring LDR @Tokwan_Ridhuwan and FZPC |
Cup of Tea Lemon |
Dalam 11 lebih baru gerak p Tanah Rata. Terus ke tempat nak check in, Barrington Square.
Tempat check-in. Blok B |
Hah, bermula la nk cerita ni. Hehehe kat sini memang tak dapat ni p merayap jauh-jauh. Korang tau kenapa tak? Sebab jem teruk wehhh. Tyka ni bukan orang yang biasa ngadap jem. So, cita dia memang tak la. Laki bini bukan dari version ngadap jem π
π
π
.
1330 baru dapat nak check in. Unloading barang-barang masok umah. Sampai je kat umah, perggghhh sejuk syehhh lantai dia ❄❄❄
Kol 5 dah ramai orang, kalau malam jangan kata la cem ne π |
Cantik bunga ni |
Firsttime pegang pokok lobak, selalu buah dia ja |
Kalau tinggal kat sini, rasa jimat. xpayah nk on kipas/aircondππ Nyaman~~
Dari belandar, boleh tengok view yang nice sangat. Pandang bawah, tapak pasar malam Brinchang.
Waktu operasi pasar ni dari petang sampai ke malam. Apa yang korang nak beli suma ada kat sini. Kitorang senang la. Turun naik turun naik ja kalau kurang π
π
π
View di awal pagi |
View Night Market Brinchang (1830pm) |
Sabtu, 17hb - Niat nak p merayap terbantut bila keluar je simpang dah beratur kereta. πππ Nak ke kanan memang tak la. Nak tak nak kene turn left la (Tanah Rata). P jalan-jalan kat Kg Taman Sedia.
Hero Malaya Tyka |
Family Kecil Tyka |
Saja try Nasi Lemak Stawbery ni, Boleh tahan la. #SisCuba |
Layan CekelatStoberi |
Bila anak mengajak ayah ye posing (Tepukdahi+Tgelak) |
Shopping sikit bawak balik. (Beli madu, jagung mutiara, jagung susu, keledek kuning, purple, oren, jemput-jemput ubi, sayur, bunga ros, stoberi hmm ape tah lagi, lupe lak xp) |
Benda favorite kat CH |
Ahad, 18hb - Masa untuk check out~
Otw balik ni sempat la singgah Highland Apiary Farm jap. Lepastu, shoot terus Jalan Tapah.
Bye CH till we meet again, kalau panjang umo~
Bye CH till we meet again, kalau panjang umo~
Masa balik tu, sempat la singgah beli petai and madu untuk ayah. Macam biasa la. Tyka yang drive, yang lain dah kriikkk kriiikk. Nak online pun tak boleh. Sebab line tak de.
Masuk je highway dah kol 12, lapar wehhh. Set lunch kat mana? Hehehe satu jalan kan, sekalilah singah Nasi Bamboo, Sg Klah.
Nasi Bambooπ
(lunch)
(lunch)
Ni kes repeat awal tahun punya kes and lunch time. Memang nak kesini kena bawak perut kosong ja tau. Hahaha. Btw, hari ni kat nasi bamboo ramai dia luar biasa. Lagi ramai dari yang Tyka p masa awal tahun hari tu. Yelah cuti CNY kan. Mesti la ramai cuti and berjalan.
Kali ni mai nek keta ja. Sampai ja kat nasi bamboo ni dalam kol 1lebih. Sebab trafic slow dari utara ke KL.
Nasi bamboo + kambing salai + stawbery (lengkap set lunch ni) πππ
Alhamdullilah. Selamat sampai umah~Other Post
No comments:
Post a Comment