23 May 2018

Mancing: Kelong Iwan (A) - Hari Ibu

Kelong Iwan (A) 🎣
13hb May 2018

..Ψ¨Ψ³Ω… Ψ§Ω„Ω„Ω‡ Ψ§Ω„Ψ±Ψ­Ω…Ω† Ψ§Ω„Ψ±Ψ­ΩŠΩ…
Baru ada masa nak update. Btw, tak terlambat kan. Selamat menjalani ibadah puasa korang 😊
Kali ni p mancing kat mana? Kita p mancing kat Kelong Iwan A, Sg Kembong, Pulau Indah, Selangor.
Trip family Tyka. Permintaan nak ke sini adalah permintaan mak Tyka. Dia kata nak rasa macam mana kelong tu. Nah kita realisasikan permintaan and dengan kebetulan jatuh pada hari ibu tahun ni. Harap mak happy 😊
Trip lepas Tyka p, Tyka amek kelong C, tapi sebenarye lagi besar dari kelong A. Orang kata mancing ni kena tengok "air". Kalau air cun, InsyaAllah ikan pun cun. Kalau tak, huhuhu jelah. Tapi jangan risau. Sebab memang ada ja ikan, cuma tu la. Yang shomel-shaomel ja yang ke darat. Shomel pun shomel la. Janji dapat spend time dengan family.

Cuaca masa p ni tak bapa nak baik la. Dari rumah dah mendung, gelap je awan tu berarak. Redho je la. Sampai sana, setel barang dalam bot. Kol 7lebih gerak ke kelong. Tak sampai 5minit pun. Cuma kalau berenang tu dah sempat lemas la. Kahkah! Jokes je weh πŸ˜…
Layan keindahan alam
Setel pancing semua, masa untuk men campak-campak. Masa ni, air nampak tenang tapi senarya tak. Deras weh 😩 Tawakal je la ni. 930pm Tyka terbantai tido. Hahaha ngantok ye lahai 😴 Kul 11lebih tersedar. Mamai gitew. Masa ni dah start gerimis 🌧 Memalam buta layan perasaan ni hah. Kul 2 sambung tido balik.😴 Kul 4 habby kejut kan. Kata nak mancing, tapi membuta ja. Demm 😈
Dapat la naik sekor dua lepas tu krikk-krikk balikπŸ˜₯
Cita dia just layan diri ja. Mancing pun dalam kehujanan. Bukan selalu dapat feel cem ni kanπŸ€“
Part ni kira dah tahap kebosanan, kita layan si buntal pulak. Pancing ikan asyik perabih umpan ja. Kita pancing la si buntal ni 😬 Banyak gak la dapat. Kalau boleh makan lama dah p goreng buat lauk πŸ˜…

Bak kata ayah, tak pe lah. Hari ni tak de rezeki kita. Sokay la on jak. Mak pulak dah request next kelong pulak. Hahaha hilang dah takot dia. Dah jom balik~ Sok nak reja
Kelong A

Hasil untuk trip "air laju" kali ni

Alamat
πŸ“ Pengkalan Nelayan,
Persatuan Penduduk,
Kg Sg Kembong,
Pulau Indah, Selangor
Hubungi

11 May 2018

Mancing: Hydro Air Panas, Kapar


Mancing @ Hydro, Air Panas 🎣
10hb Mei 2018
Seperti korang sedia maklum, bahawa gomen kita dah bertukar. So, bersempena dengan itu Selangor dapat cuti pelepasan am (cuti peristiwa). Dalam kehangatan isu ni, bosan pulak rase ye. Nak buat ape cuti 2 hari ni? Rasa macam nak mancing pulak πŸ‘‰πŸ‘ˆ
Btw, sabtu ni pulak ada trip family day ke Kelong Iwan (A)-Nanti Tyka update yang ni.


Lepas ja sapan, saja ja la ngajak hubby:
πŸ’‹ Yok mancing, macam best je.
🎣 Nak mancing kat mana?
πŸ’‹ Laut ke kelong ke memana la.
🎣 Hmm sanggup ke nak merentungkan diri?
πŸ’‹ Hmm cam ok je. Kita p kat hydro la. Kan hari tu awaa tak kesampaian.
🎣 Hah? Hahaha sana extrem road nak sampai. Jalan gila bab* punya mencabar. Sanggup?
πŸ’‹ Alah~ Pedehal la. Asal tak jatuh sudah. Agak-agak teruk sangat kang orang jalan kaki je la.
🎣 Dah cepat makan jom kemas barang mancing terus g.


Anak-anak? πŸ‘‰πŸ‘ˆ Mak tolong jaga. Si abang kat mak mertua, si adik kat mak. Adil bukan 😝
Udang menjadi umpan untuk hari ni 


FYI, tempat ni kawasan larangan. Cuma orang kampung and pemancing tegar je la kot tau port ni. Nak masok sini pun bukan boleh nek kereta. Nek motor je lepas, tuh pun kalau berdua sorang kene turun kalau jalan tak berapa nak ok πŸš²πŸ’¨

Menyusuri ladang tebu dan pencawang elektrik berkuasa tinggi (dah nama pun kat kawasan penjana elektrik), tuh lah laluan nak ke lubuk BlueGang 3Line aka Ikan Belukang dan seangkatan dengannya. Korang akan melalui kat tepi kilang batu arang (untuk proses penjanaan elektrik). Port ni kat laluan keluar air panas hydro. Bahang sikit rasa dia~

    






Gerak dari umah dalam 10lebih, singgah beli udang jap. Terus shoot ke hydro tu. Sampai sana dalam 1130pagi. First time jejak lubuk ni. Masa sampai ada la sorang abg tu tengah mancing. Dia layan apollo je. Banyak jugak dapat. Anak senangin pun ada. Ni yang ta shabow πŸ˜‚

Kali ni saja niat ye nak rasmikan rod baru πŸ‘‰πŸ‘ˆ Rehearsal sebelum event sabtu ni. Rod macam tak bapa nak ada rezeki la. Tapi tak sure jugak la kalau Tyka yang tak reti layan mode mancing tempat tu. Siyesly, baling je ada je ikan jamah. Tapi sebab xreti sangat tuh yang tarik umpan lesap. Hangin ja la πŸ˜ͺ
Shomel je Tyka dapat
Membangau jap

Lepas dia
dia lagi hmmm~
       
 







Layan punya la layan tak sedar dah dekat kol 4ptg. Tuh pun sebab risau awan kat belakang sana dah gelap. Tapi kat tempat kitorang panas jepret (terik). Angin memang sempoi wehhh~ Tenang je dengar deruan air panas keluar dari hydro and ombak-ombak kecik menghentam bebatuan 🌊


Jangan tanya Tyka rentung ke tak eh. Lama tak rasa muka merah-merah cem ni, bukan merah-merah nak cendol tau 😝 Ni merah nak hitam. Last kejadian cem ni, masa zaman kawad kat sekolah ja. Pergelangan tangan and kaki habis rentung
 Normally as pemancing la kan. Kang gedik sangat habis lepas ni habby tak bawak lagi πŸ‘‰πŸ‘ˆ
Just nyesal sikit je sebab tak bawak sunblock πŸ˜ͺ, tapi puashati la. Syok ja layan. Kalau bukan sebab umpan habis memang tak reti nak balik 😝

Hasilnya
 

Kol 4ptg gerak keluar dari sana. Dah lapaw pun hado. Maklum ler, makan masa sapan. Skip lunch hour ni. Dengan tak bawak bekal pape. Kekonon nak redah-redah je la. Hahaha hambek kaw!

Akhirnya, Hahaha kene hujan jugak

πŸ“ Info:
Ni ada sikit info pasal hydro aka Kapar Energy.
Kapar Energy ni dikenali sebagai Sultan Salahuddin Abdul Aziz stesen jana kuasa yang membakar gas asli, minyak bunker dan arang batu. Ni la stesen pertama janakuasa dan yang terbesar kat Malaysia.
Hydro ni memang kawasan larangan, Tyka ulang larangan. Keselamatan korang tanggungjawab sendiri hokey.

Campak Belakang

Cara mohon refund kad Touch 'n Go/Plusmiles

Campak Belakang