11 May 2018

Mancing: Hydro Air Panas, Kapar


Mancing @ Hydro, Air Panas 🎣
10hb Mei 2018
Seperti korang sedia maklum, bahawa gomen kita dah bertukar. So, bersempena dengan itu Selangor dapat cuti pelepasan am (cuti peristiwa). Dalam kehangatan isu ni, bosan pulak rase ye. Nak buat ape cuti 2 hari ni? Rasa macam nak mancing pulak 👉👈
Btw, sabtu ni pulak ada trip family day ke Kelong Iwan (A)-Nanti Tyka update yang ni.


Lepas ja sapan, saja ja la ngajak hubby:
💋 Yok mancing, macam best je.
🎣 Nak mancing kat mana?
💋 Laut ke kelong ke memana la.
🎣 Hmm sanggup ke nak merentungkan diri?
💋 Hmm cam ok je. Kita p kat hydro la. Kan hari tu awaa tak kesampaian.
🎣 Hah? Hahaha sana extrem road nak sampai. Jalan gila bab* punya mencabar. Sanggup?
💋 Alah~ Pedehal la. Asal tak jatuh sudah. Agak-agak teruk sangat kang orang jalan kaki je la.
🎣 Dah cepat makan jom kemas barang mancing terus g.


Anak-anak? 👉👈 Mak tolong jaga. Si abang kat mak mertua, si adik kat mak. Adil bukan 😝
Udang menjadi umpan untuk hari ni 


FYI, tempat ni kawasan larangan. Cuma orang kampung and pemancing tegar je la kot tau port ni. Nak masok sini pun bukan boleh nek kereta. Nek motor je lepas, tuh pun kalau berdua sorang kene turun kalau jalan tak berapa nak ok 🚲💨

Menyusuri ladang tebu dan pencawang elektrik berkuasa tinggi (dah nama pun kat kawasan penjana elektrik), tuh lah laluan nak ke lubuk BlueGang 3Line aka Ikan Belukang dan seangkatan dengannya. Korang akan melalui kat tepi kilang batu arang (untuk proses penjanaan elektrik). Port ni kat laluan keluar air panas hydro. Bahang sikit rasa dia~

    






Gerak dari umah dalam 10lebih, singgah beli udang jap. Terus shoot ke hydro tu. Sampai sana dalam 1130pagi. First time jejak lubuk ni. Masa sampai ada la sorang abg tu tengah mancing. Dia layan apollo je. Banyak jugak dapat. Anak senangin pun ada. Ni yang ta shabow 😂

Kali ni saja niat ye nak rasmikan rod baru 👉👈 Rehearsal sebelum event sabtu ni. Rod macam tak bapa nak ada rezeki la. Tapi tak sure jugak la kalau Tyka yang tak reti layan mode mancing tempat tu. Siyesly, baling je ada je ikan jamah. Tapi sebab xreti sangat tuh yang tarik umpan lesap. Hangin ja la 😪
Shomel je Tyka dapat
Membangau jap

Lepas dia
dia lagi hmmm~
       
 







Layan punya la layan tak sedar dah dekat kol 4ptg. Tuh pun sebab risau awan kat belakang sana dah gelap. Tapi kat tempat kitorang panas jepret (terik). Angin memang sempoi wehhh~ Tenang je dengar deruan air panas keluar dari hydro and ombak-ombak kecik menghentam bebatuan 🌊


Jangan tanya Tyka rentung ke tak eh. Lama tak rasa muka merah-merah cem ni, bukan merah-merah nak cendol tau 😝 Ni merah nak hitam. Last kejadian cem ni, masa zaman kawad kat sekolah ja. Pergelangan tangan and kaki habis rentung
 Normally as pemancing la kan. Kang gedik sangat habis lepas ni habby tak bawak lagi 👉👈
Just nyesal sikit je sebab tak bawak sunblock 😪, tapi puashati la. Syok ja layan. Kalau bukan sebab umpan habis memang tak reti nak balik 😝

Hasilnya
 

Kol 4ptg gerak keluar dari sana. Dah lapaw pun hado. Maklum ler, makan masa sapan. Skip lunch hour ni. Dengan tak bawak bekal pape. Kekonon nak redah-redah je la. Hahaha hambek kaw!

Akhirnya, Hahaha kene hujan jugak

📝 Info:
Ni ada sikit info pasal hydro aka Kapar Energy.
Kapar Energy ni dikenali sebagai Sultan Salahuddin Abdul Aziz stesen jana kuasa yang membakar gas asli, minyak bunker dan arang batu. Ni la stesen pertama janakuasa dan yang terbesar kat Malaysia.
Hydro ni memang kawasan larangan, Tyka ulang larangan. Keselamatan korang tanggungjawab sendiri hokey.

No comments:

Campak Belakang

Cara mohon refund kad Touch 'n Go/Plusmiles

Campak Belakang