2nd June 2018
#LDR_LongDistanceRider
#LDR_Familia
#LDR_GTKGengTankKecil
#HappyIftar
#CelebrationKingQueenBirthday
#SantaiMancing
Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. Lama tak berkumpul. Plan ni telah dicapai and mendapat kata seakat crew lain. Lepas iftar kita akan p memancing kat Lukut. Sebagai seorang rider, tak semestinya kita habiskan masa dengan motor je. Banyak aktiviti lain kita boleh buat pada bulan ramadhan ni, salah satunya ni la memancing 🎣
Asalnya untuk iftar bersama-sama, tapi ada yang mengajak memancing. Sambung aktiviti lepas iftar selain ride/konvoi. Make it wish came true, kami decide lepas iftar ke Lukut. Nak tau iftar kat mana? 👇
Restoran Seri Keningau Meru 🍴
Sebagai tuan rumah, seawal jam 6
petang dah sampai kat sini. Untuk pastikan seat ngam, cun dan menyambut
tetamu yang lain. Sebanyak 4 meja + 1 meja comel telah ditempah.
Seramai 35 orang yang turut serta pada majlis iftar merangkap sambutan
birthday crew dan 2 tahun pertubuhan group LDR ni 🎉
Bayaran makan kat sini antara yang paling murah diserata restoran yang ada untuk hidangan buffet tau. RM15/pax. Korunk nak try, boleh search Restoran Seri Keningau, Meru.
Restoran Seri Keningau Meru
Lot 2555, Jalan Meru, Bt 5 1/2,
41050 Klang, Selangor D. E.
Call: 1-300-22-2323
Lepas setel iftar, santai jap. Lepas tu baru la bermula acara sambutan birthday ni. Meriah dia kita-kita je yang riuh 😂 Harap tetamu atau pelangan RSKM tak kesah la eh 👉👈 Lagipun kitorang start lepas pelangan lain beransur 👣
Ladies only |
#TakRamaiTapiKamiAda |
1230 kami sampai ke jeti. Lewat sikit, sebab menunggu sebiji motor. Nak tinggal tak sampai hati pulak 😅 1230malam kami selamat sampai kat jeti.
Jeti Mahmod, Lukut 🐟
Dah macam rombongan Cik Kiah je. Sekali mai penuh jeti tuh 😅 Air masa sampai tu surut la. Surut da masuk level mati. Dengan angin tak de. So, just campak tengok sapa luck je la masa ni. Aktiviti membangau diserikan dengan keriuhan diorang layan ML. Memecah kesunyian pagi-pagi buta tu.
Setting pancing |
Jam 3pagi, rombongan Cik Kiah tadi balik. Sebab memasing ada hal and tinggal lah kami berempat ekhh bukan merempat tau 😂 Jam 4pagi air mula naik. Kami yang kat jeti ni memang tinggal berempat je.
Pemancing lain pun balik dah. Maka dengan ini, besahur la kami dekat jeti. Berbekalkan pizza and bubur lambuk. Cukuplah sekadar di buat sahur, الحمد لله 😊
Duk syok-syok sahur, pancing habby bergetar lain macam 🎣 Rezeki kalau Dia nak bagi memang tak salah alamatkan. Maka naik lah seekor ikan yang besar. Habby punya happy, fuhhh. Senyum sampai ketelinga 😄
Gemang the jety gaiiis |
Happy dah kan, dapat naik seekor. Lepas sahur, sempat lah melabuhkan tirai mata ni 😴 Dapat lelap kejap pun jadi la. Sedar-sedar je air dah naik. Tapi tak naik habis lah. Masa ni ada la ikan gelama, kitang, bulu yang makan umpan 🐟 Jadilah dari tak dak en~
Kali ni, Tyka pulak naikan sembilang karang. First time jugak tau ni. Sembilang besar nama dia gemang. Banyak tui nama dia 😅 yang Tyka tau ikan kembung, selar, sadin and keli ja 😋 Shedarppp~
Pemandangan jeti kami mancing |
So, matahari hari ni terbit lain macam punya panas pulak ☀️ Huhuhu dah tiba masa untuk kami pulak beransur 👣 Puas satu malam melepak kat jeti 😍 Next time nati boleh repeat lagi.
Jeti Mahmod, Lukut
Still shomel kan.. wakakaka 😝 |
Makcik sebelah tu dah kebaraian 😅 |
Benda normal kalau jadi driver, yang lain 🙄😴😴 |
Hasil tangkapan |
No comments:
Post a Comment