Jelajah Route Nesbilanπ
24hb Mac 2019
VLog: 2019/005
VLog: 2019/005
#LDR_GTK
#LDRFamilia
#LadiesFZMalaysia
#MalaysiaLocalRoute
#RideSantaiSambilBelajar
π± File//video: Fb_RouteJelajahNesbilan_24032019
#LadiesFZMalaysia
#MalaysiaLocalRoute
#RideSantaiSambilBelajar
π± File//video: Fb_RouteJelajahNesbilan_24032019
Ψ¨ِΨ³ْΩ ِ Ψ§ΩΩَّΩِ Ψ§ΩΨ±َّΨْΩ َΩِ Ψ§ΩΨ±َّΨِΩΩ
Secara rasminya hari yang dinantikan untuk buat misi ni akhirnya tercapai jugak dengan kerjasama LDR_GTK dan hari ni jugak perasmian stiker group diorang π
Untuk ride kali ni dah disusun rapi setiap laluan dan hentian atau route untuk disinggah bagi menjayakan misi ni. Kali ni kami ride ke Negeri Beradat iaitu Negeri Sembilan (cover Jelebu, Rembau, Port Dickson, Senawang dan Nilai).
Bermukadimakan RV di Petronas Bkt Nanding Hulu Langat, tepat masa kami semua bergerak melalui jalan kona-kona Kuala Klawang. Lama dah tak merasa kona-kona ni. Hampir je mamai π Jalan agak clear hari ni, yang ramai berbasikal. Motor??? π
Nak tau tak kenapa kurang and hampir tak de saingan hari ni? Hadehh, kami tak dak luck la, ada roadblock pulak π© Ingat diorang duk lambai-lambai dah kenapa, memasing slow je. Rupanya pak baju putih menunggu kami kat dopen tu hah~ Kena la 2 orang dari kami, takziah! π Dah boleh tukar lepas ni ππ
Jam 10 lebih kami selamat sampai ke destinasi pertama. Sambil menunggu Abang Zul mai, kami dijemput masuk dulu oleh penjaga hotel tu. Sempat la buat huru hara dalam tu π Lepas habis huru hara and Abang Zul sampai, dia bawak kami ke next route. Route yang sama tapi pitstop yang berbeza. So, kalau korang search google nati tetiba dia beralih dari atas (area simpang) tetiba nati ke bawah jangan tanjat pulak π
π Hotel Sri Klawang
71600 Kuala Klawang, Negeri Sembilan
πMaps/Waze
Hubungi
π± 014-322 7842
Route 86 - Akar Kayu Warisan
Dekat pit stop ni, kami dihidangkan dengan air akar kayu. Rasa siyesly tak pahit. Kalau korang penah rasa teh cina tanpa gula tu, rasa dia lebih kurang je la. Cuma tak de la rasa teh π Dah puas minum and memasing banyak tanya pasal akar ni, owner ajak kami ke dapur tempat proses air tu. Di tunjuk kat kami segala bentuk akar dari semua jenis tumbuhan dan macam mana pembikinan air tu. Dari situ kami sempat la menimba ilmu berkaitan alam dan kehidupan. Bukan selalu dapat ilmu macam ni kan. Dari sini dapat la tau pasal akar tongkat ali putih, tongkat ali hitam, kacip fatimah, akar besi dan lain lagi.
Setel mejelajah dapur, memasing sempat menapau sebotol air akar kayu special. Kalau ngam dengan badan alhamdullilah, kalau tak abaikan je la. Janji kita nak cuba and kalau ada penyakit kita ikhtiar ✌
π Akar Kayu Warisan
Kg Pengeting, Kg Tg Berangan,
71600 Kuala Klawang, Negeri Sembilan
71600 Kuala Klawang, Negeri Sembilan
πMaps/Waze
Hubungi
π± 014-667 4273
Route 1 - Rembau
Next pit stop ke Rembau la kami. Sayang kedai ni bukak lewat petang. Kedai bukak dari jam 7malam ke 12pagi. So, dah sampai bergambar je la. Janji dah sampai kan π
π Sup Gearbox Kambing Ayu - Alip's Corner
Kg Anak Ayer Kundor,
71300 Rembau, Negeri Sembilan
71300 Rembau, Negeri Sembilan
πMaps/Waze
Hubungi
π± 017-367 2389
⏰ Setiap hari buka: 5pm - 1200am
⏰ Setiap hari buka: 5pm - 1200am
Hari pun dah lewat tengah hari, shoot terus ke Sabak Salai, Pedas (tapi memang masakan dia pedas weh) πͺ Macam biasa la tempat viral ni, tak penah tak padat sendat ketat tapi still boleh menunggu π Lebih kurang style macam Nasi Bamboo tapi menu yang berlainan la. Ni nak kasi tau, karang amek lauk tu guna la mangkuk. Jangan tibai macam makan nasi kandaq. Menyesal kang kau! Siyesly cakap ni π
π Sabak Salai
Bt 5 1/2, Kg Kundur Hulu,
71400 Pedas, Negeri Sembilan
71400 Pedas, Negeri Sembilan
πMaps/Waze
Hubungi
π± 06-697 0128
⏰ Isnin - Tutup
Selasa-Ahad - 10am-5pm
⏰ Isnin - Tutup
Selasa-Ahad - 10am-5pm
Route 5 - Port Dickson
Setel makan tak tunggu lama dah, bagi orang lain pulak nak mencekik π
Kami beransur dulu ke next destinasi iaitu PD. Kekonon nak melayan pantai, sudahnya lepak kat sini je. Rehat-rehat dulu sambil tunggu time untuk terjah next pit stop.
π Route 5, PD
Jalan Pantai Bt 4, Kg Si Rusa,
71050 Port Dickson, Negeri Sembilan
71050 Port Dickson, Negeri Sembilan
πMaps/Waze
Hubungi
π± 012-222 8536
⏰ Setiap hari buka: 11am - 11pm
⏰ Setiap hari buka: 11am - 11pm
Route 242 - Senawang
Ni pitstop paling cepat kami singgah. Maybe round 10 ke 15minit je π Datang beli sticker bergambar tu je sebab dah nak hujan dah. Kemain gelap lagi sekitar Senawang tu. Route ni sepatutnya kami singgah masa lepas dari route Jelebu tu tapi memandangkan kedai bukak jam 4petang jadi kami skip dulu la.
π Lanun Bugis ,
70450 Seremban, Negeri Sembilan
πMaps/Waze
Hubungi
π± 012-667 9533 / 011-1758 7194
⏰ Setiap hari buka: 5pm-11pm
Route E2 - Nilai
Last pit stop dalam Negeri Sembilan. Tak susah nak cari tempat ni and kompom-kompom buka and mai ja bebila korang rasa nak mai. P ja kat Hentian Rehat (RnR) Nilai arah Utara, kedai no 15, bedekatan dengan toilet hujung sana. Kat sini tak boleh la nak bergambar dengan moto. Tak kan nak tolak moto masuk dalam ruang makan π
Kena viral sesia jak nanti π
π Kacang Pool KMU
Kedai No. 15, Lebuhraya Utara-Selatan,
Bandar Baru Nilai,
71800 Nilai, Negeri Sembilan
Bandar Baru Nilai,
71800 Nilai, Negeri Sembilan
πMaps/Waze
Hubungi
π± 016-609 3089
⏰ Buka setiap hari: 24jam
πΈ Bajet Ride
Petrol - RM20 (return)
Sarapan - RM4 (Sg Tekali)
Stiker Route 86 - RM5
Lunch - RM10 (Sabak Salai)
Jajan - RM10
Stiker Route 242 - RM5
Stiker Route E2 - RM2
Dinner - RM5 (RnR Nilai)
Total = RM61.00
Make sure sebelum nak ride, korang kena pastikan diri korang dalam keadaan hokey, then baru jentera korang dalam keadaan hokey jugak (jangan lupa cuci motor tu, kang nak buat photoshoot kalau tak nak pun hokey, motor korang bukan moto sis π). Hokey, maka berakhirlah misi Jelajah Negeri Sembilan ni. Thanks yang sudi join ride ni and menjayakannya dan layanan yang best dari owner pit stop. Korang sempoi lah~ Yang tak sempat jumpa atau nak kenal-kenal, insya Allah nati ada masa kami round balik atau singgah mai kenal-kenal eh π
Cc gambar/video to: Amy(Lead) & Nabila (Panjang)
Cc gambar/video to: Amy(Lead) & Nabila (Panjang)