Awan Nano - Route ☁️
2hb Mac 2019
VLog: 2019/004
VLog: 2019/004
#LDRGTK
#LDRFamilia
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Dengan RM300 korang boleh dah travel ke Betong, Yala Thailand ni. Hujung minggu lalu, kami berkonvoi ke siam ni. Ikutkan sebenarya kami rancang nak p awal tahun hari tu tapi disebabkan ada masalah kesihatan maka ditunda la kehari berkenaan. Alhamdullilah, perjalanan kami semua lancar dan selamat pergi dan balik.
Ramai yang tak tau pasal "Betong" ni. Sama la macam Tyka memula. Kalau sebut je Thai mesti fikir, Hat Yai, Krabi, Phuket dan lelain. So, Betong ni pulak jarang-jarang kedengaran. Betong ni terletak di selatan Thailand berhampiran dengan Pengkalan Hulu, Perak diantara pintu masuk paling dekat dengan Kuala Lumpur.
1hb MAC 2019 (Jumaat malam)
RV macam biasa la kat RnR Rawang jam 2100 dan konvoi bergerak jam 2200. Normally kalau berkonvoi dengan GTK ni setiap RnR kami stop 😂 Bahaya nak lajak, semua moto set-set padu 😅 Kang mau kena viral sorang-sorang 😝
Sampai RnR Sg Perak rehat lama sikit and bincang sama ada nak terus ke destinasi atau rehat je kat situ. Lepas kenyang, sepetak suara semua nak teruskan perjalanan ke Gerik. Perjalanan ke Gerik makan masa dalam sejam lebih cem tu la. Lambat sikit sebab memasing ride santai layan kampung orang and kesejukan 😵 Ngam sampai Pekan Gerik jam 4 pagi. Pusing-pusing cari hotel semua penuh lastly lepak mamak je la 😩 Bermodal kan air segelas memasing menghanyut kan diri jap 🙃
2hb MAC 2019 (Sabtu)
PENGKALAN HULU
Tepat jam 6 pagi, kami gerak ke Pengkalan Hulu. Sampai kat Petronas Pengkalan Hulu solat subuh then isi petrol full tank sebelum terus masuk ke sempadan. 0740 (waktu Malaysia lagi) kami terus ke Imigresen Bukit Berapit. Dah sampai situ terus je la masuk ke sempadan. Tak dan nak cari sarapan dalam Malaysia da. Waktu Thailand lambat sejam dari Malaysia tau. 8minit je nak sampai ke Imigresen Thailand.
🚨 INSURANS 🚨
Sepatutnya dan seharusnya kalau korang keluar keluar negara insurans ni penting untuk korang. Risau nanti jadi pape kan tapi masa kami ke sini, kami tak beli. Just tawakal je harap tak jadi pape and korang pun sepatutnya tak ride or drive macam hantu 👻👻👻 Insuran yang dijual sebelum sampai sempadan RM35 untuk cover 30hari.
Pak cik tu nasihat,
"kalau nak beli, boleh beli. Kalau tak mau beli, tak pa tapi hati-hati bawak moto" tu je pesan dia.
Imigresen (Malaysia) Bukit Berapit, Pengkalan Hulu |
👮 IMIGRESEN THAILAND 👮
Kat sini yang paling penting, kalau korang ada document yang mencukupi kira mudahlah urusan korang, kalau tak de hmmm tak tau la nak nolong cem ne.
Then, park la moto atau kereta korang tu dekat tempat yang sepatutnya sebelum korang bergerak ke pejabat imigresen. Make sure a.k.a wajibul bawak:
Then, park la moto atau kereta korang tu dekat tempat yang sepatutnya sebelum korang bergerak ke pejabat imigresen. Make sure a.k.a wajibul bawak:
1. Paspot 📕
2. Geran kenderaan (kalau korang bawak kenderaan) 📜
3. PEN ✒️
4. Duit 💰
5. Sabar 😂
2. Geran kenderaan (kalau korang bawak kenderaan) 📜
3. PEN ✒️
4. Duit 💰
5. Sabar 😂
Segala urusan imigresen ni biasanya makan masa dalam 45 minit ke atas. Bergantung kepada kepantasan korang mengisi borang and beratur masa nak cop passport tu. Andai kata masa korang sampai tu kebetulan seiringan dengan group bas, hahaha pishang beb. Tunggu la sampai diorang settel 😅
Settel cop passport korang boleh bawak kenderaan (kalau motor) korang terus ke bangunan depan tu untuk declare kenderaan korang tu. Nanti diorang akan bagi korang 2 slip declare, 1 kena bagi masa masuk tu, 1 lagi kena pulang masa balik. Kalau tak de, nati korang kena denda sehari 1000baht
Hokey, kat part ni, korang kena betul-betul ALERT eh. Dah jadi kat Tyka tapi nasib memang baik hari tu, diorang bagi jugak masuk. Just make sure next time jangan buat lagi. Tyka rasa masa tu ikut logik, Tyka ada sekali so tak perlulah nak kena surat tapi diorang still nak gak surat. Kalau surat tu just boleh tulis tangan je tak pe la en, ni sekali nak pengesahan dari balai polis berdekatan. Masa ni ada la konflik manja ngan Incik Hubby tapi Tyka kata,
"tenang, orang settel and jangan buat serabut".
Tak payah nak gaduh or bertekak salah kan sesapa just try be nice dengan pegawai diorang and tanya apa korang patut buat. InsyaAllah, diorang boleh paham korang.
Andai kata la kenderaan korang tu bukan nama korang, make sure korang buat surat kebenaran, surat keizinan atau surat rasmi yang menyatakan pemilik memberi izin kepada korang untuk guna kenderaan tu walaupun kau owner and ada kat situ masa tu!
Tips: Jangan lupa SELIT tips (RM2 x 2 = RM4) masa nak cop passport and isytihar kenderaan korang tu.
Alhamdullilah, settel semua kami terus gerak ke Betong. Cari kedai nak sarap. Lapaq wehh 😖 Setel sarapan, p cari sim kad. Tak mungkin la nak roaming kan, kayak rabak kang 😅 Dapat sim kad terus plan nak p tukar duit. Memasing boleh pulak lupa nak tukar masa kat Malaysia. Rate kat siam ni macam biasa la, tinggi sikit dari KL la. Tyka tukar RM150 je dapat Seribu seratus berapa baht tah 😅 Lepas tu terus ushar hotel pulak. Nak rehat, kalau tak rehat barai kang. Dapat la hotel kat area Betong ni (pekan dia la kot). Hotel terbaik dari segi harga, service and tempat selamat park kenderaan.
🏨 SRI BETONG HOTEL 🏨
0930: Check in (lucky la, kami dapat check in awal), lepas masuk bilik memasing lesap terus tapi sebelum lesap dah set nak jumpa balik untuk lunch jam 1200 tengahari (waktu Thai) lambat tinggal. So, 3jam tu cukup untuk rehat.
Kedai makan lak tak jauh mana pun, kat depan hotel kami ni sepah kedai makan halal. Pilih je nak yang mana. Lepas makan masa untuk pusing-pusing Betong ni.
BETONG MONGKOLLAT TUNNEL
🐓 BETONG BIG CHICKEN 🐓
📮 BETONG BIGGEST POSTBOX 📮
🏁 ROUTE 410 BETONG 🏁
☁️ IYERWENG (Awan Nano) ☁️
Kalau nak kesini kena p awal pagi, boleh tengok sekali matahari terbit. Kalau tak nak pun boleh jugak kot 😅 Tak sure la awan tu ada lagi ke tak kalau dah siang matahari terik panas kedengkang. Best perjalanan nak kesana. Ada koner koner sikit hehehe Sejuk tu jangan habaq aihhh. Memang best la 👍
Sarapan dulu sebelum berawan nano |
🆗️ OK BETONG👌
Sini port bergambar je la. Nak buat apa lagi 😅
Kami sarapan pagi dekat town Betong berhampiran dengan postbox terbesar tu ha~ Then lepas tu aktiviti bebas. Ada yang balik hotel rehat + kemas barang, ada p merayap cari souvenir. Macam Tyka, Tyka p jalan kaki pusing town cari souvenir untuk si bujang kat rumah tu hah. Kat Betong ni kira susah nak dapat la. Ada pun 1 kedai jela kot yang jual tapi tak banyak pilihan.
🕌🕌 BETONG CENTRAL MOSQUE 🕌🕌
🍥 DIMSUM HALAL BETONG 🍥
Ni last check point Tyka tapi Tyka tak p reramai sebab hampir terlupa. Tengah jalan berlengang dengan Incik Hubby baru la teringat. Nak tak nak dia kena la gak teman wife dia ni p cari. Sanggup weh berjalan kaki redah 3 blok kedai 😂 IlapYu la Incik Hubby 😘 Tapi sayang ye, baru jam 10 dimsum tu habis. Hisshhh 🙄
Balik bilik kemas-kemas last check, pastu tertido jap menunggu masa nak check out. Ngam check out jam 1200.
Balik singgah Route 410 ambil stiker semalam tempah. Harga yang ni RM9
1240: Check in imigresen untuk check out 😊
1300: Sampai kat Malaysia 👉👈
🏁 ROUTE 77 PENGKALAN HULU 🏁
🏁 ROUTE A76 LENGGONG 🏁
Siyesly weh, panas terek jepret litlit aihhhh 😪 Malam masa lalu kemain sejuk menusuk sanubari, balik lak panas pulak hati, eh 😝 Mau rentung kalau pakai baju lengan pendek.
2100: Selamat sampai rumah untuk trip route Awan Nano ni. Untuk firstime Tyka jejak kaki ke sempadan dengan motor. Azam 2019 dah tercapai 💪
💰 RM150.00
Petrol - RM 40.00 (859.3km - Dua kali isi - Hentian Tg Malim & RnR Ulu Bernam)
Tips - Passport - RM2.00
Kenderaan - RM6.00
Makan Malam- RM3.00
Sticker - RM14.00
Souvenir - RM32.00
=RM97.00 - RM150.00 = RM53.00(baki)
💰 1150.58 Thai Baht + 170 Baht (dari rumah balance Krabi 2015) = 1'320.58Baht
Sarapan - 70baht (rm9.00)Petrol - RM 40.00 (859.3km - Dua kali isi - Hentian Tg Malim & RnR Ulu Bernam)
Tips - Passport - RM2.00
Kenderaan - RM6.00
Makan Malam- RM3.00
Sticker - RM14.00
Souvenir - RM32.00
=RM97.00 - RM150.00 = RM53.00(baki)
💰 1150.58 Thai Baht + 170 Baht (dari rumah balance Krabi 2015) = 1'320.58Baht
Hotel - 300baht
Air - 25baht
Pulut mangga - 50baht
Dinner - 90baht
Sarapan - 140baht
Kerabu megi - 60baht
7E - 282baht
Sabun - 138baht
= 165.58(baki)
Habis da ceritera, harap one day dapat repeat lagi ke sini and wish yall pun dapat sampai sini. Pasal bajet tu jangan ikut sangat lak, tu semua nafsu memasing 😈 Tyka biasa bajet letak paling minimum and kalau nak tau, Tyka memang tak ada bawak duit lain. Sebelum keluar rumah Tyka clearkan dompet dan masukkan duit RM300 + 170baht je. Nasiblah, kalau cukup is sukup la. Kalau tak, kena pinjam la nampak gayanya~
Bagi yang dah biasa travel dia boleh bajet kewangan dia dengan baik. Harap p travel ada duit balik pun still ada gak. Kang p travel nak happy-happy hilangkan stress tapi balik tambah stress 😂
Kbai 😘
No comments:
Post a Comment