20 April 2019

Tempat Menarik disekitar Medan, Indonesia

Horas Medan ✌
28hb Mac 2019
VLog: 2019/006
#GatewayFamily
#FriendAndFamily
#MalaysiaXIndonesia

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Danau Toba, Parapat
Baru ada masa nak post. Hehe siap dah create tapi gambar tak sempat upload 👉👈
Mampir sini ambil angin petang. Banyak dah berubah tempat ni. Last sampai sini 2015, datang sekarang ni tempat ni makin menarik. Dah macam kat Malaysia. Cem ni la best 😍



Masa 2015 mai sini, sempat la Tyka ke 1 pulau tu, Samosir. Sebelum ke Samosir tu, driver bot bawa kami ke Batu Gantung then baru la ke Pulau Samosir tu. Perjalanan menyusuri tengah danau dalam keadaan santai dan menikmati keindahan alam. Pemandangan tu cantik sangat 😍 Dari Pantai Kasih (Pondok Danau Toba) - Batu Gantung - Pelabuhan Penyeberangan Tomok (Pelabuhan Pariwisata)


Berastagi, Gundaling
Perjalanan kami diteruskan terus ke Berastagi. Tempat ni Tyka tak sempat singgah masa 2015 tu. Boleh katakan Berastagi ni macam Cameron Highland la. Kawasan yang sejuk dan berbukit. Jalan berbukit membelah hutan dalam kegelapan malam. Pengalaman betul~ Dari Danau Toba jam 0600pm sampai Berastagi dalam jam 0900pm lebih.


Villa Berastagi Highland
Dalam perjalanan ke Berastagi Tyka sesiap book homestay untuk kami bermalam. Book via Agoda, Tyka pilih Villa Berastagi Highland. Villa ni boleh masuk ramai sebenarye, bukan setakat 6 orang ja. Kami check in pun dah lewat malam. Check in, mandi-mandi, makan terus tido. Rehat esok sambung berjalan lagi.

Tanah Karo, Gundaling Hill
Lepas check out kami terus gerak ke Tanah Karo. Kat sini lebih kurang macam kat Fraser Hill. Dari puncak bukit ni boleh jelas kelihatan Gunung Sinabung.













Jl. Mesjid (Gudang Sparepart & Acces. Motor)
Dari Gundaling Hill tu terus gerak ke Pekan Medan. Bagi pencinta dua roda kalau masuk tempat cem ni kompom rasa bahagia sangat. Duk ushar barang-barang motor. Biasa nampak saller online kat sini duk shopping kat sana. Hari ni, kita lak tapi tak nyoping la. Just cuci mata jak 😂 Barang yang nak beli tu tak dak pulak stok~





Plaza Medan Fair
Kat sini duk cari baju batik. Nampak smart lak tengok orang-orang kat sini pakai baju cem tu. Nampak dia naikkan martabat baju dia. Terbaikkk~ Ingat ada jual macam kat sini uptown atau market tu tapi pekerja Tyka kata kalau kat luar kualiti kurang la. Beli sini je. Ada murah-murah. So, ikut jelah. Tyka tengok kat Matahari agak mahal la walaupun tengah offer 😅 Pusing-pusing lagi jumpa 1 kedai ni, Batik Modis. Tingkat berapa dah lupa lak 😁 Korang ushar je la kalau dah sampai sana kang. Selevel dengan kedai jual tako dekat dengan tangga bergerak. Kot tak jumpa gak korang tanya la orang-orang kat sana eh 😅

Binjai
Setel merayap kat Pekan Medan kami bergerak ke Binjai. Bermalam dekat rumah paman (pak cik) pekerja. Makan masa hampir sejam jugak la untuk ke rumah dia. Sampai rumah pamannya, kami dijemput makan malam sambil menonton perdebatan antara Jokowi (Joko Widodo) dengan Probowo. Diorang 17hb April mengundi sama gak dengan Thailand. Selesai makan, kemas-kemas barang, mandi and tidur. Esok nak gerak balik Malaysia dah~
Buah kegembaran 😍

Jl. Mesjid (Gudang Sparepart & Acces. Motor)
Jam 0900pagi kami dah keluar rumah, bergerak ke Pekan Medan. Mak cik ni nak cari baju untuk cucunya and souvenir untuk kawan kerja and Incik Hubby lak teringin nak beli something yang tak dak kat Malaysia (barang motor). Balik lagi ke sini, cari-cari nasib jumpa. Beli apakah? 😅 es ape tah tapi kalau kat Malaysia orang panggil "cam".
Asklep a.k.a Cam
Zalikah Bingka Ambun
Sambung pusing-pusing duk mencari kat area Medan kedai souvenir ni tak ketemui juga. Ada jumpa tapi tutup pulak, lahai~ Dalam google tulis "open" tapi sampai kedai tak pulak 😪

Sambil pusing-pusing cari kedai souvenir, sempat la singah beli kek untuk orang kat rumah. Tak tau nak beli apa dah sebab tak dak beli bagasi. Sambung pusing-pusing cari pasal jom eh cari souvenir la 😊


Istana Maimun
Lepas pusing-pusing semua kedai tutup, the end nampak Istana Maimon ni. Pekerja Tyka kata jom la masuk sini. Tengok sejarah Medan. Disebabkan "istana" kitorang tanya la, "boleh ke masuk istana, suka hati je". Dia kata "ni bekas istana, tempat main-main". Owhh jom la~ Sekali sampai, sepah kedai jual dalam tu 😂 Tak cukup kedai yang jual by hand pun ada (mengejar korang). Memang tak selesa tapi pepandai korang la tolak dengan baik kalau tak mau.
Sejarah
The way, kalau nak cari barang cem tu kena p kat tempat tumpuan pelancong. Untuk pengetahuan korang, banyak kedai kat Medan ni hari ahad tutup tau. Nasib kat istana ni ada jual tapi jangan ada hati nak beli kat air port lak eh 😅 Pepaham la kang rega dia cem ne lak ✌




Setel everthing, souvenir la lunch la check in la kitorang terus gerak ke airport. Sampai airport kira awal. Elok la awal dari lewat kan tapi ada satu hal lak. Hmm cam tak lepas kalau hand carry. So, nak tak nak terpaksa la tinggal minta pekerja Tyka pos kan ke Malaysia je kang. Hmm tak dak rezeki nak balik terus pasang 👉👈

Nak balik lak flight delay setengah jam. Tambah mereput la dalam tu. Dah check in dah kat gate (menunggu) dengar ada annouce flight kami kena delay setengah jam. Elok sampai jam 7malam terus sampai Malaysia jam 8malam.

Yeaaayyyy dapat jalan kaki kat landasan ✌
 

Rian&Eka BigDay
Sebenarnya ni kali kedua Tyka sampai kat bumi Medan, Indonesia ni. Kedua-duanya atas jemputan raja sehari. Bajet tak nak datang sebab banyak sangat kerja dan program tapi apakan daya dia dah jemput dari last year lagi. Mengajak bagai, so nak xnak kena mai la jugak. Lagi-lagi si "pak supir" ni. Beriya salu whatsapp tanya jadi tak jadi tak 😪
 









No comments:

Campak Belakang

Cara mohon refund kad Touch 'n Go/Plusmiles

Campak Belakang