29 June 2019

Celebration: Prawn Valley Farm, Hulu Langat

BelatedBirthday 🎂
18hb Jun 2019
VLog: 2019/008
#BirthdayGirl
#TykaTurn29th

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Salu kalau makan untuk acara penting mesti layan western la, seafood la tak pun mereput je kat rumah 😅 Tengok pada rezeki la. Tak salahkan kalau kita sambut dengan yang tersayang. Kali ni sambut befdey Tyka berdua jak. Bukan sebab tak mo bawak anak-anak tapi sebab dorang tak makan makanan cem tu. Kira bazir je la kalau bawak en 👉👈


Jumpa kat fb pasal udang ni. Teringin la jugak nak makan and rasa sangat tapi harga tu kira hurmmm nak kata mampu milik tak boleh sebab ada orang yang tak berkemampuan bila nak makan cem ni. Nak nak ada anak ramai kan. Ni kira harga mampu makan sekali sekala wat rasa ja, bagi Tyka la 😅



Nak p sini, Incik Hubby dah risau ja sebab mahal kan. Dia tau, Tyka ni bukan jenis mentekah darah buffet ni. Dia je yang makan banyak. Dia dah offer 2 3 tempat lain. Disebabkan nak jugak and bedey gurl, dia layankan je la permintaan wife dia ni. Jangan risau la, bedey gurl lanja ☺ Just teman Tyka makan je Hihihi Kalau tak mo teman tak pe, kang g dengan orang lain baru tau 😝

Hokey, special dekat sini korang boleh main 1 cabaran. Cabaran melepasi "steel bar" yang ada kat sebelah kaunter tu. Semua ada 4 tahap and setiap tahap tu ada hadiah yang bakal korang terima. Cuma tahap 1 hadiah dia special la, ucapan ringkas "Sila Cuba Lagi" kahkahka opsss Tyka lepas tahap berapa?? Hahaha Tahap 2 jak. Sangkut atas bawah depan belakang 🤣

Tahap 1 - Ucapan "Sila Cuba Lagi" dengan gelak tawa kengkawan and owner (chill chill sudey).
Tahap 2 - Menang 1 Voucher Memancing Udang Galah (1jam).
Tahap 3 - Menang 1 Ekor Udang Galah Gergasi.
Tahap 4 - Menang 1 Buffet.
** Terbuka bagi yang berusia 18 tahun ketas shj.
Kaunter
BBQ Buffet 🍢🍱
Untuk hari biasa macam lepas-lepas raya ni, tak perlu booking, walk-in ja. Harga untuk seorang:
i. Dewasa: RM68
ii. Kanak-kanak: RM35 (5-11tahun)
** Had masa - 2jam (max)
** Lebih masa akan dicas mengikut jam
iii. Tambahan untuk steamboat: Rm30
iv. Birthday person (macam Tyka hari tu): 50% discount
So, kat sini kena la makan dengan berhemah and tak leh membazir. Kalau korang didapati membazir, setiap makanan lebihan seperti sos dll akan dia cas 100gm - RM30. Masa kami makan tak ramai sangat, cuma 2 couple termasuk kami and 1goup (3orang lelaki). Orang lain ada gak tapi duk mengail udang kat kolam.
Hidangan buffet

Sila baca memo & beringat masa makan keh!
Freshhh wehhhh 😋
😋
Makanan untuk buffet kat sini banyak, mampu tak mampu ja nak mentekadarah 😂 Kat sini teknik masakan steamboat and grill. Ramai mai sini kejar grill banding steamboat. And rasa grill dia lagi natural and lagi sedap. Dekat sini tak guna dapur yang guna kuali tu. Diorang guna  arang and bukan dapur gas. So, teknik masakan yang sihat la 😋

Korang boleh tangkap udang galah and ketam fresh kat tepi korang then terus tengek atas bara tu 😅 Make sure udang and ketam korang dah mati keh. Kang mengelenjan lak atas bara tu, dah tergedik gedik korang nampak ketam tu lari and udang tu loncat loncat 🤣 Cara nak matikan dia, celup lam ais yang pihak kedai dah sediakn kat tepi dapur korang. Siyesly rasa manis yang fresh dengan arang tu lagi sedap, siyes memang sedap 😋 tapi tak leh g salu, boleh mendatangkan penyakit gaooouuutt nati 😂 Sesekali boleh la and kalau rasa diri tu sihat tanpa sebarang penyakit 😍
 
Udang and ketam akan ditambah setiap 40minit. So, get ready la untuk tangkap and bakar. So, kalau makan untuk 2 jam dapat lah 2 kali merasa yang fresh.

 
🦐 River Prawn Fishing 🎣
Yang ni pulak kalau korang nak merasa mancing udang sendiri. Ada 2 kolam kat sini. Hat ni mampu tengok je la. Bukan pandai pun mancing udang ni  😂  Tau makan ja werrk
Harga untuk mancing udang:
1 jam - RM30
2 jam - RM50
3 jam - RM68
Rod (sewa) - RM4.00
Umpan - RM10-RM20
Kolam B
🏁  Prawn Valley Farm - Galah Malaysia, 
Lot 100, Jalan Sungai SOP, Bt 14,
Pekan Hulu Langat, 
43100 Kuala Lumpur
Hubungi
📱 018-281 4918

Family: Pulau Perhentian, Kampung Nelayan

WeddingBesery 💝
17hb April 2019
VLog: 2019/007
#Sedekad
#KasihSayang
#FamilyBonding
#PulauPerhentianKecil

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Dah nak kena re-wrinting balik log ni. Tah cem ne tah boleh lesap. Biar je la 🤷🏻‍♀ Meh la kita trobek balik kenangan ni tapi tak mau la cerita panjang lebar macam yang memula tu 😅 Tyka summarykan je 😂
******************************************************************

Ni trip special sempena ulang tahun perkahwinan Tyka dengan Incik Hubby. Yang keberapa? Hurmmm setahun jagung lagi, baru masuk satu dekad je ☺ Trip ni Tyka bawak anak anak bujang Tyka sekali. Njoi and bergumbira bersama-sama.

Holiday ni selama 4hari ja, mula dari 17hb April sampai 20hb April. Ni kira anniversarry inadvance sebab date ulang tahun tu bulan Mei. Memandangkan bulan Mei kan nak posa, dah acono lak kalau p holiday kan. Nak raya lagi 😅 Habis koyak rabak la ceghiter yer 😂 Untuk trip pulau pulau yang kena mengunakan perkhidmatan feri/bot ja Tyka akan amek pakej. Kalau trip yang totally darat Tyka akan arrage sendiri.

17hb April 2019 (Hari - 1)
Penerbangan dari KLIA 2 terus ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bahru, Kelantan (jangan lak turun kt Airport Kuala Terengganu, mereput kang nak p jetimengambil masa sejam lebih ja. Flight kami telah di re-time dari jam 7 lebih ke 6 lebih pagi, ye pagi 😅 Memang segaja amek flight pagi sebab nak puas berjalan.

Sampai Airport Kota Bharu jam 0640 (ni airport kedua yang boleh berjalan dekat landasan 😊) Yes batak sikit la, bukan suma airport dapat kan 😍 Sampai ja sana menunggu Abang Mat, dia ditugaskan amek kami pagi tu untuk hantar dekat Jeti Kuala Besut. Perjalan makan masa lebih kurang sejam gitu la. Sampai je kat jeti sempat tapau satar je sebab bot dah tunggu kami.
P/S: Sila ambil flight turn dekat Airport Kota Bahru jangan turun Airport Kuala Terengganu lak. Pishannng nati 😅

Perjalanan dari jeti ke pulau amek masa dalam setengah jam jugakla. Kelajuan xsure 😅 Tengok suma engine 300Hp x 2 padu padu ni 😝 Pitstop first berenti kat Perhentian belah depan yang ada Shari-La Resort then baru la ke Kampung Nelayan (tempat kami stay). Turun je bot mata ni terus terjatuh hati kat pulau ni, air dia. Jernih baq hang. Nampak terumbu karang, ikan ikan. Aihhhh geram pulak titew 🤣 Tak dan la nak ushar lelebih. Nak check in jak dulu masa ni. Untung ye holiday time orang reja sebab ni la. Sebab apa 😅 Sebab lenggang. Tak dak orang sangat. Check in pun boleh awal.an leh dapat nak check in kol 10pagi saluya. Mimpi jela aihhh 🤣 Kalau belum jam 2 ke 3 jangan mimpi leh masuk 😝
JejakKaki di Kampung Nelayan, Pulau Perhentian
Lepas ja check in rehat rehat sat. Mandi mandi, sempat la tidur jap. Cover tidur tak bapa nak lena semalam 😅 Azan zuhur bangun kuo p cari makan. Kebuluq dah 😝 Pagi tak saan katakan. Makan satar je. Mana mau nya. Jejalan kat arwa masjid tu ada la satu kedai makan ni. Kedai kak siti kot nama nya. Ingat nak ushar kat dalam masjid tapi nak kena masuk perkarangam masjid lak. Pakaian tak bapa nak sopan, so tak pe la. Kak Siti pun Kak Siti lah~

Kincir Angin 
 
Setel je makan, Abam tu nama apa tah 🙈 lupa lak. Petang tu kami ada "hiking" ngaderrr. Kahkah, terkena den. Tak dak lak sesapa tulis nak ke kincir angin tu ken daki 🤦🏻‍♀ Ingat bukit sikit ja sekali kaw, hamekkk! Pancit gak la. Orang p holiday santai santai. Ni p bantai hiking lak 😝 Hambat la anak-anak dengan pak dia naik sekali 🤭 Habis bebel bebel orang tua tu sepanjang perjalanan 🤣 Benda yang indah nak dapat kena la usaha kan. Maka hasil nya.... Taraaaaaaa~ Lihat lah ciptaan Nya 😍
#SajaBakarLine 😝
My Soul
Setel ja hiking dak-dak ni tak sabaw dah nak berendam. Manjang tnya dari bila nak mandi bila nak mandi 🙄 Sampai je bawah terus berkubang 😅 Dengan pak dia sekali. Kat area ni area "panas". Sepah free show 🙈 Saja wat tak heran ja memasing, padahal 😝 Tyka memang tak dan la nak berendam.  Pilih untuk lepak lepak layan keindahan and jadi penjaga kat du hero tu sambil menikmati ABC Jagung 😋 Ngam jam 6petang, kami ke jeti untuk gerak balik ke Kampung Nelayan.
Long Beach
** G kincir angin tapi tak ada pic kincir angin nya 🤣
Deway balik tu, tangan si abang penuh jentolan merah. Macam alergi something. Nasib la ada klinik. Kira emergency la masa ni. Dapat la sedas injection dia 😅 Setel suma kena paw lak eskem 🙄 Sabaw jela~ Pak dia dengan si adik da selamat check in and rehat rehat 🙄 Aktiviti malam is makan malam and tidur. Esok day of snorkling 🏊‍♂🏊‍♀
Elergi apa tah ni 🙄
18hb April 2019 (Hari - 2)
 Bangun awal pekena sapan masakan pantai timur. Macam kat Selangor jugak la. Cuma nya kat sini sapan dia jenis suma berlauk dah macam makan tengahari. Pantai Timur Style ma 😅 Ni la syok ye dapat tau pasal life style orang ☺
Setel je sapan, tepat jam 10pagi kami berkumpul dekat jeti. Trip hari ni kami bersama dengan student. Personal just Tyka's family & couple gegel (kezen). Before berlepas, kami telah di "induction" cem ne cara guna peralatan and sedikit sepatah dua kata dari pihak pengurusan.

3 Damensi Beach 🔳
1st check point tak jauh sgt la. Orang paling happy dak 2 orang ni la. Dia tak tau perjalanan untuk snorkling ni bukanye tamat kat sini jak. Happy tengok dorang enjoi bawak diri bermain dengan ombak, pasir, karang. Adik tak macam abang, adik lebih suka layan pasir daripada berenang renang 😅 So Incik Hubby jaga sorang, Tyka jaga sorang. Adil bukan 😂 Ni 2nd check point. Pun tak jauh dari Romantic Beach tadi tu. Part ni, tak layan pasir. Bermain terus dengan air laut. And korang boleh pegang gamat. Tyka pestem gak pegang. Sori tak dak gambar 😂

Shark Point 🦈
Check point ni Tyka tak turun. Tengok si adik macam dah tired jak. So temankan dia kat bot ja. Si abang dengan Incik Hubby p ushar jerung. Kemain happy nampak jerung live depan mata 🙄

Turtle Point 🐢
Ni check point ke empat. Bukan senang nak tengok dia. Dia ada kat dasar. Kalau nak tengok dengan mata boleh la celup muka dalam air tu. Kalau nak capture gambar tu kena p dasar.

Tower Light House 🔆
Check point ni kami p lepas lunch and zuhur. Bersambung lepas dari check point turtle. Setel lunch sempat la gak bantai seround tidur 🤣 Tak dak la ngantok tapi saja take some nap 🙈 Ngam jam 3pm Yeo call Tyka tanya join ke idok. Gila tak join, mesti la mau 😅 Tower light lak bagi Tyka tak sesuai untuk si adik sebab kedudukannya memang kat lautan and bukan persisiran pantai. Kau bajet nak stay kat belakang bot tapi sorry la, kau boleh tertarik ke tengah keluar dari garisan tali sempadan. Arus memang kuat walaupun tengok tenang je. Si abang buas sangat. Di pandai bawak diri. The best tempat ni, ikan ikan tu 😍

Romantic Beach 💝
Ni check point last untuk sesi snorkling. Area ni tak jauh dari tower light house and tak jauh dari kincir angin (kincir angin atas bukit sana). Kat sini pantai dia jenis kasar dan kering walaupun pantai. Penuh cengkerang. Tak sesuai untuk lepak santai atau anak-anak nak main pasir (nak buat istana pasir). Dah majok dak kecik sorang ni nak istana pasir, istana pasir 🙄 Nasib boleh makan pujuk, kalau tak makan sedas 😈 dah hahaha (garang en? Opkos ler 😝).
Like manusia terapung, santai bossQ 😅
Sampai ja kat Kampung Nelayan, sambung pekena istana pasir si adik. Kang sampai ke Selangor asyik ingat "istana pasir" ja pulak kang 🙄 Main le pepuas sampai matahari tenggelam. Esok nak balik kan, kasi can kat diorang njoi~ 


19hb April 2019 (Hari - 3)
 
Bye Pulau Perhentian~



Awal pagi lagi kami semua dah sesiap nak check out. Risau tertinggal bot karang. Next plan nak berjalan kat KB. Sampai ja jeti, perrghhhhhh penuh sesak dengan orang yang tunggu bot nak masuk ke pulau. Suasana dah riuh rendah and tak macam masa kami sampai hari tu, lenggang je 😅 Nie berpusu-pusu, yang nak turun naik ke jeti pun payah 😅 Kami ni laki bini memang bukan patern yang suka ngadap sesak 🙈



Abang Mat dah setia menanti kami kat luar jeti. Senang guna service macam ni. Deal sesiap. Kalau korang grab user ok la. Kalau macam Tyka ni, PM tepi je la 😂 Dia ada masa free, nak gaji mai la amek Tyka, kalau busy sokey. Kita try cara lain 😅 Deway, stesen bas Kuala Besut idak la jauh dari jeti pun. So, kalau nak naik bas boleh ja. Rajin kan jalan depan tu sampai dah. Maybe dalam 3km kot, kot la 😂 Dalam perjalanan tu, sempat la deal kat ne nak amek keta sewa Tyka. Tyka sewa kete sehari untuk pusing-pusing KB. Abang Mat dengan owner Tyka sewa kete kawan. So, lgi mudah la cita dia 😅 Kat KB Tyka stay kat Ridel Hotel. Berhadapan dengan Sungai Kelantan (kot la 🤭).

Kat Ridel Hotel tu la Tyka swap kereta and check in. Check in guna agoda. Senang tapi tak leh nak check in kalau tak jam 2pm 🙄 So, pe nak buat. Awal g kot. Merayap la kami jap ke pantai. As korang tau, jumaat kat Kelantan ni is sabtu kalau kat Selangor. Jangan kekok lak 😂 Waktu solat jumaat kedai mostly tutup atau pun memang dia tutup pada hari berkenaan 😂

Then kami decide nak ke  Pantai Cahaya Bulan (PCB) tapi maps bawak Tyka p Pantai tak dak bulan. Menyirap jap tengah tengah hari panas lit lit ni 😤 Ada ke pantai tu kat belakang umah orang 🤦🏻‍♀ Incik Hubby siap tanya "bas boleh ke lepas jalan cem ni" hahahanat ye la maps ni pong 😓 Lastly, Incik Hubby suh serach Pantai CINTA BERAHI yes berahi.. Baru la jumpa. Eh eh eh main kasar pulak maps ni 😡
 
Sampai sana sempat la pekena lunch sementara nak tunggu masa check in.  Pantai ni bagi Tyka tak bape syok sangat la sebab dia dah buat tembok and kawasan agak panas sikit sebab pokok beredup tak dak. Ada tu ada la, kang kena kecam lak kata takdak langsung 🙄 Pokok pokok lain baru nak tubuh membesar.

Sampai masa terus je check in. Masuk bilik, kemas kemas, mandi terus tidur. Rehat rehat. Tak tau nak merayap kemana dah 🤣 Bangun petang tu makan untuk dinner and layan panorama sungai and layan sunset 🌇 Ingat malam tu nak kuo la p layan malam minggu kat sana. Sekali terbantai tidur 🤣 Tak leh bincang sudah!😝

20hb April 2019 (Hari - 4)
Hari last, penat dah berjalan 😅 Duit habis penat la kan? Eh tak la, style Tyka... Tyka nak p holiday macam ni semua kewangan Tyka setel before mai. Dari pengankutan, penginapan, and pemakanan (ada ke pemakanan, acah nak 3P letew 😝). So, berjalan just bawak duit makan, jajan, buah tangan and petrol je (kalau terlibat lah) 😅 Tyka jarang guna travel agency. tah tak tau la kenapa tak mau nak guna. Maybe nak rasa berusaha and belajar tempat orang dengan sendiri kot, kot la hahaha poyo kan

Pagi punya program, nak pekena nak dagang ori mai dari Klate boh! Boh bukan ke Ganu? Haha tibai kan je asal tak mencarut sudey 😝 Aktiviti pagi ni tak dak naik kereta. Risau tak dapat parking kang 😅 Kami berjalan kaki jak. Nak tau, before ni Tyka penah sampai Kelantan ni sekali je masa perlawanan Selangor bertemu Kelantan. Tyka sempat la check in kat salah satu hotel area KB ni. Sementara nak tunggu malam. Mana tau pulak hotel tu sebelah Tyka masa berjalan je. Terus la trobek, "laaaa kat sini je ke kita. Kecik je Malaysia ni 😅" So tak payah la on maps, dah tentu tentu depan tu Pasar Siti Khadijah 😅
Jalan Tengku Besar, Kota Bahru
Dataran Rehal, Kota Bahru
Bank Pitis, Kota Bahru

Kampung Kraftangan, Kota Bahru
Sarapan pagi

Etok Salai
 Kami sapan kat satu warung depan pintu pasar (seberang jalan) belakang bangunan TNB (lau tak silap la). Sedap makan kat situ. Ayam besar and panas lagi sebab dia goreng kat situ gak (lidah) setel makan masuk dalam tu mencari satar. Tyka teringin gila nak makan satar. Kempunan masa kat jeti tu beli sikit ja. Ingat tak sedap. Sekali sedap baq hang. Masa kuo nak beli, tapi dia belum bakar lagi Sodeeeyyyyy Tak dapat satar kita try la cari, etok. Okeh, etok ni sejenis kerangan la kot cem ni. Nak makan and cara masak dia Tyka just tau public dia di salai gitu ja. So beli la 1 cup tu, harga lau tak silap RM5 kot. Sempat la suh akak tu ajar cara nak bukak dia cem ne. Masa dia buka lahaiii senang ye la~ Masa kami yang bukak ni, hurmmmm nak patah gigi, rosak kuku iollls tau (tangan) Tah ler, kami yang tak tau atau memang payah nak bukak menda tu 🙄 Kami makan kat dalam bilik hotel sementara tunggu masa nak bla~

Setel makan masuk bilik kemas-kemas before nak check out. last seen katanya. Ngam ja tutup pintu bilik, pihak hotel call tanya jam berapa nak check out, hahaha tak sabaw ye la 😅 Udah check out jam 12 tu terus tak tau nak kemana 🤣
Misi Mencari Satar @PCB
Flight kami jam 2135. Ada banyak lagi masa sebelum nak ke airport. Lepas je check out, kami p balik Pantai Cinta Berahi tu (tak mo dah p bulan nati kena tipu lagi 😝) hahaha saja misi mencari satar and kasi habis masa. Drive pun habis punya tenang 🤣 Jarang drive setenang ni, tenang-tenang tu, tenang lagi jam yang berpusing tau~ Kemain lambat lak masa berlalu  Sempat la pekena durian sebiji, air jagung kaw meleleh. Sempat shopping batik untuk mak ayah and mertua.

Habis dari tu, tak tau dah nak buat apa, search ada lagi 1 pantai, Pantai Sabak. Pantai ni dekat dengan airport. So, ok la. senang sikit p airport kang. Misi mencari satar gak senarye. Okay, Tyka drive. Yang lain tebongkang dah. Tak leh buat teman langsung! Sampai pun rasa macam kena tipu wat kali kedua ja 🤣 Alahaiiii sebelnye la~ Lastly patah balik. Lepak dekat area Mekdi Pengkalan Chepa. Habiskan sisa masa yang ada tu. Sudah ye, jam 5petang call abang tuh suh dia amek balik kereta dia, Tyka nak lepak je kat airport 🤣 Mereput la kat KFC sampai bording.
Deway p Pantai sabak, seeee arrrggghh view indah tu~
Terpisah dekat berbanding masa p. Beza jarak 9baris kaw 🙄
Bosan lam flight tak leh on9 🤣
Alhamdullilah, selamat siap sudah penulisan saya Eh penerbangan kami sampai ke bumi Selangor (KLIA 2). Rasa ending holiday ni hambar kan hahaha. Mostly lebih untuk masa bersama lepak kat tempat orang je. Bukan salu jadi cem ni kan 🤣 Betul betul tenang punya percutian ni.
@KLIA 2 Balai Ketibaan
Korang nak tau pasal summary percutian Tyka ke? Hahaha. Dah 2kali tulis rasa macam malas lak nak masukan dalam ni. Kalau korang nak, ringan tulang nak klik klik boleh la ushar FB Tyka. Eh, bukan nak promote keh, kalau korang add Tyka tak accept pun Kahkahkah 😝
Deway, thanks sudi baca corat-coret Tyka ni. Kbaii 😘

Campak Belakang

Cara mohon refund kad Touch 'n Go/Plusmiles

Campak Belakang