29 June 2019

Celebration: Prawn Valley Farm, Hulu Langat

BelatedBirthday 🎂
18hb Jun 2019
VLog: 2019/008
#BirthdayGirl
#TykaTurn29th

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Salu kalau makan untuk acara penting mesti layan western la, seafood la tak pun mereput je kat rumah 😅 Tengok pada rezeki la. Tak salahkan kalau kita sambut dengan yang tersayang. Kali ni sambut befdey Tyka berdua jak. Bukan sebab tak mo bawak anak-anak tapi sebab dorang tak makan makanan cem tu. Kira bazir je la kalau bawak en 👉👈


Jumpa kat fb pasal udang ni. Teringin la jugak nak makan and rasa sangat tapi harga tu kira hurmmm nak kata mampu milik tak boleh sebab ada orang yang tak berkemampuan bila nak makan cem ni. Nak nak ada anak ramai kan. Ni kira harga mampu makan sekali sekala wat rasa ja, bagi Tyka la 😅



Nak p sini, Incik Hubby dah risau ja sebab mahal kan. Dia tau, Tyka ni bukan jenis mentekah darah buffet ni. Dia je yang makan banyak. Dia dah offer 2 3 tempat lain. Disebabkan nak jugak and bedey gurl, dia layankan je la permintaan wife dia ni. Jangan risau la, bedey gurl lanja ☺ Just teman Tyka makan je Hihihi Kalau tak mo teman tak pe, kang g dengan orang lain baru tau 😝

Hokey, special dekat sini korang boleh main 1 cabaran. Cabaran melepasi "steel bar" yang ada kat sebelah kaunter tu. Semua ada 4 tahap and setiap tahap tu ada hadiah yang bakal korang terima. Cuma tahap 1 hadiah dia special la, ucapan ringkas "Sila Cuba Lagi" kahkahka opsss Tyka lepas tahap berapa?? Hahaha Tahap 2 jak. Sangkut atas bawah depan belakang 🤣

Tahap 1 - Ucapan "Sila Cuba Lagi" dengan gelak tawa kengkawan and owner (chill chill sudey).
Tahap 2 - Menang 1 Voucher Memancing Udang Galah (1jam).
Tahap 3 - Menang 1 Ekor Udang Galah Gergasi.
Tahap 4 - Menang 1 Buffet.
** Terbuka bagi yang berusia 18 tahun ketas shj.
Kaunter
BBQ Buffet 🍢🍱
Untuk hari biasa macam lepas-lepas raya ni, tak perlu booking, walk-in ja. Harga untuk seorang:
i. Dewasa: RM68
ii. Kanak-kanak: RM35 (5-11tahun)
** Had masa - 2jam (max)
** Lebih masa akan dicas mengikut jam
iii. Tambahan untuk steamboat: Rm30
iv. Birthday person (macam Tyka hari tu): 50% discount
So, kat sini kena la makan dengan berhemah and tak leh membazir. Kalau korang didapati membazir, setiap makanan lebihan seperti sos dll akan dia cas 100gm - RM30. Masa kami makan tak ramai sangat, cuma 2 couple termasuk kami and 1goup (3orang lelaki). Orang lain ada gak tapi duk mengail udang kat kolam.
Hidangan buffet

Sila baca memo & beringat masa makan keh!
Freshhh wehhhh 😋
😋
Makanan untuk buffet kat sini banyak, mampu tak mampu ja nak mentekadarah 😂 Kat sini teknik masakan steamboat and grill. Ramai mai sini kejar grill banding steamboat. And rasa grill dia lagi natural and lagi sedap. Dekat sini tak guna dapur yang guna kuali tu. Diorang guna  arang and bukan dapur gas. So, teknik masakan yang sihat la 😋

Korang boleh tangkap udang galah and ketam fresh kat tepi korang then terus tengek atas bara tu 😅 Make sure udang and ketam korang dah mati keh. Kang mengelenjan lak atas bara tu, dah tergedik gedik korang nampak ketam tu lari and udang tu loncat loncat 🤣 Cara nak matikan dia, celup lam ais yang pihak kedai dah sediakn kat tepi dapur korang. Siyesly rasa manis yang fresh dengan arang tu lagi sedap, siyes memang sedap 😋 tapi tak leh g salu, boleh mendatangkan penyakit gaooouuutt nati 😂 Sesekali boleh la and kalau rasa diri tu sihat tanpa sebarang penyakit 😍
 
Udang and ketam akan ditambah setiap 40minit. So, get ready la untuk tangkap and bakar. So, kalau makan untuk 2 jam dapat lah 2 kali merasa yang fresh.

 
🦐 River Prawn Fishing 🎣
Yang ni pulak kalau korang nak merasa mancing udang sendiri. Ada 2 kolam kat sini. Hat ni mampu tengok je la. Bukan pandai pun mancing udang ni  😂  Tau makan ja werrk
Harga untuk mancing udang:
1 jam - RM30
2 jam - RM50
3 jam - RM68
Rod (sewa) - RM4.00
Umpan - RM10-RM20
Kolam B
🏁  Prawn Valley Farm - Galah Malaysia, 
Lot 100, Jalan Sungai SOP, Bt 14,
Pekan Hulu Langat, 
43100 Kuala Lumpur
Hubungi
📱 018-281 4918

No comments:

Campak Belakang

Cara mohon refund kad Touch 'n Go/Plusmiles

Campak Belakang