18 October 2019

Ride: Karat Cafe, Ipoh

#WRWR2019 🤝🏻
28hb Sept 2019
VLog: 2019/013
#WRWR2019
#RippleRelayMalaysia
#LadiesBikers
#KaratCafe
#PassBaton

🖱 File//FB.com: WRWR - Karat Cafe

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 










Baru ada masa nak simpan kenangan kat sini. Lama tak ride memalam sambil pekena hujan lebat baqhang. Hari yang penuh padat sedat dengan aktiviti yang baik. Pengalaman baru dalam hidup selama join group/kelab permotoran.

Pagi p reja, balik sesiap p pulak meeting ngan Cip Lando (nak tau nanti klik link ni). Tengah-tengah meeting hujan lobat baqhang tapi tak pa la. Awal lagi before ride ke Ipoh kang. Setel je meeting jam 5 teruih balik ghumah, mandi solat and teruih gerak Ipoh.

Berenti isi minyak kat Petronas Kundang baru pasan dompet kat ghumah. Ingat nak redah je hahaha tapi Incik Hubby tak kasi. So nak tak nak kena patah balik ambil. Incik Hubby tunggu dekat RnR Rawang. Kenapa tak ikut sekali? Hahaha Kalau dia dah balik, tak de ye kang sampai Ipoh 😅. Paham je la trafik petang-petang kan. Nak-nak jam 5. Redho je la redah mencilok-cilok 😝 Sampai ghumah, istifar jap. Minum air, baru la keluar balik. Orang tetua kata, kalau dah keluar rumah patah balik ada something nak jadi tapi kita tawakal je la. Minta dijauhkan. Sebab tu masa sampai umah tenang-tenang 😇

Masuk je Puncak Alam, Incik Hubby call (via earphone) tanya kat mana, dia nak jalan slow-slow katanya nanti jumpa kat highway je. Tyka okey je. Tykajumpa dia kat lepas exit Lembah Beringin. Tenang je mamat tu bawak moto kat lane kiri sekali hahah bini lak cam pelesit nak ngejaw dia 🤪

Sampai kat Hentian Tg Malim, nampak jalan basah. Mungkin lepas hujan la kot. sampai situ pun ngam-ngam dah jam 7. Just isi minyak then gerak terus ke tujuan. Kuo ja dari hentian tu xtau la bape meter tah kilometer en hujan lebat. Redho iollls tau hahaha Kesejukan kebasahan secukup rasa kena. Sampai je exit Slim River beredup sat bawah flyover tu. Ngam berenti tak sampai 5 minit hujan berenti. Terus malas gila je nak ride 😫

Jalan bape meter kering sekering ye jalan tu. Tak dak hujan sampai la kat Karat cafe tu. Baju seluar pun sempat dah kering (tak la kering 100% kan, just nice la tak bertakung air)

Karat Cafe
Senarya acara ride malam ni ride kesini khas untuk acara "hand over baton" untuk Riple Relay Malaysia. Dari GiviBellas ke Throttle Riot. Kalau nak tau apa tu semua, korang leh klik link ni.

Nasib tau before acara ni, Our Iron Lady Kak Anita Yusop dah bagi awal-awal menu. Supaya senang tak payah nak tunggu lama. So, Tyka sampai makanan dah terhidang (cuma tak panas jela) Tak dak hal la semua tu. Makan duluan baru leh fikir hahaha (kebuluq wehh tambah-tambah kena hujan dah).

Karat Cafe ni nice la, pestem jugak mai tmpat yang cem ni. Kedai nampak retro, macam rumah lam gitu. Makanan hurmmm hahaha sedap! Siyesly tapi.. hmm hahha tapi kan, pedas toq. Tyka tak layan pedas sangat. Udah ghuper apa tah makan pedas tu. Suma meleleh. Macam tengah makan sambil kena marah 😅 Bagi Tyka pedas dia tak leh bincang betul, saja cari gaduh!

 
 
 

 


Karat Cafe
Alamat: 137, Jalan Sultan Abdul Jalil, 30000 Ipoh, Perak
Maps: Karat Cafe
Waktu operasi: Khamis - Selasa: 5pm-12am
Rabu: Tutup
Contact: +6013-506 5677
Facebook: Karat cafe




 Tyka tak stay sana malam tu. Jam 12 terus gerak balik. Sengaja buat perangai ox (otak) seminit. Hahaha Tak da la, esok ada kenduri. So, tak leh la nak stay back. Kekonon nak join ride gak pagi tu. Tapi apakan daya, ada hal lain. Jam 3 selamat sampai ghumah kebaraian 😴


No comments:

Campak Belakang

Cara mohon refund kad Touch 'n Go/Plusmiles

Campak Belakang