Me Time 😍
19hb Ogos 2018
#LadiesFzMalaysia
#LDR_Familia
#Fz150iCrew
#FzHuluSelangor
Sapa kata naik kereta tak leh join konvoi motor. Set je mana nak stop lepas satu tempat ke satu tempat. Asal mau ja~
Aktiviti ahad lepas sebenarye just untuk berjimba kat waterfall ja. Tak tau pulak berantai sampai ke wayang. Daripada outdoor sampai ke indoor 😅 Ni lah kami-kami bila dah bertemu. Selagi tak malam or ada hal selagi tu la on saja 👉👈
AIR TERJUN KEMENSAH @ TERATAK ANGAH
Lama dah teringin nak p sini. Tapi nak p tempat yang viral tu. Hmm masa mai belum buka lak. Nak tau pe yang viral? It's BBQ Lamb Kemensah. Tapi tak kesah la memana pun. Janji dapat have fun rite?
Awal diorang ni sampai. Semangat katakan 😝 |
Ok cita pasal Teratak Angah ni, tempat ni nice la. And untuk pengetahuan korunk, ada ja port-port mandi lain yang okey. Just park your bike/car and walk-in and debuusssh ~
Ketibaan Kami-Kami 😍 |
1 2 3 say cheese, selfie! |
💜 Berayan 90 💜 |
Mokcik Bawang 😝 |
Ladies Fz |
Masa berendam~ |
Berhadapan dengan pintu masuk |
Selfie manjang, masuk airye tak jugak 😅 |
Bayaran masok kat Teratak Angah ni macam yahudi sikit bak kata kawan Tyka 😂
Sorang masuk - RM3 (muda/tua/kanak-kanak senang kata lapisan umoq)
Parking kete - RM5
Tapak - RM20 (tapak mana nak parking ikot suka aih)
Pondok - Tak tanya lak 😝
Hero-hero Tyka kemain excited kaw~ Yelah dah lama kan tak layan air terjun ni hah. Kali ni p dengan anak-anak, mak and adik tanpa Incik Hubby. Mak pun dah kenal dengan kawan-kawan lain.So, selesa la dia nak bersembang bagai. Mana Incik Hubby? Dia p mancing kat Pulau Ketam dengan ayah. Sebab ayah tak dak la, bawak mak berjimba sekali and saja nak show kat dia mana anak bertuah dia salu p ride satu hari tak reti nak balik 😂😁
Keluar pagi mesti balik malam, kalau tak malam pun mesti awal pagi. Jarang-jarang je balik bawah kol 10malam ni 😅
BUKIT NANAS @ TAMAN EKO-RIMBA KUALA LUMPUR
Lepas mandi kita buat santai hikking kat tengah-tengah bandar KL ni. Ingat KL ni ada bangunan-bangunan tinggi ja ka~ Jangan kata kat tengah ibu kota ni tak dak hutan lak. Ada tau, Taman Eko Rimba KL.
Boleh tahan dia punya luas, pancit gak la memula 😂 Stamina out teruih masa kat tower A. Nak tau napa out? Sebab excited sangat. Tak tau lak kemain panjang lagi rupanya benda tu 😭 Menguji betul, dengan air tak bawak 😭😭😭
Kebetulan ngam pulak tudung dengan gambar tu 😅 |
Masuk dalam ni tak dak bayaran. Yes, it's FREE. Boleh p bebila. Dibuka untuk kunjungan dari 7pagi hingga 7malam. Pakai heels pun boleh ja daki, senarya dalam hati dah nak cabut. Macam bahagia lak berkaki ayam. Tapi tak pelah~ As long anak-anak bukan jenis buas, mama dia still boleh melaram walaupun muka dah merah padam ke"tired"tan 😂
Kalau tak silap la, tower-tower tu semua dari A sampai H. Jambatan gantung tu dikenali sebagai Conopy Walk. Korunk akan meniti perjalanan dalam lebih kurang 200m cem tu la. Perjalanan korunk ni akan berakhir dipintu berhadapan dengan Menara Kuala Lumpur.
On Bike to Kafe Sembang Spontan |
KAFE SEMBANG SPONTAN @ PANDAN INDAH
Memasing dah penat, letih, barai, lapaw. Yes lapar! Sebab lepas air terjun mana ade singgah mana-mana untuk makan. Jam pun dah kul 3petang. Mau tak lapar. Jom p lunch kat Kafe Sembang Spontan. Kat sini tempat Kak Anita Yusof punya port santai. Ni kali kedua mai sini. Lepas makan dapat la santai-santai jap and solat.
ECO ARDENCE @ SETIA ALAM
Setel rehat, teka plan apakah lepas ni? Bersurai and balik umah memasing? Hahaha jangan mimpi la~ Next destination is Setia Alam. Nak lepak petang kat Eco Ardence. Tempat ni baru kat Setia Alam selepas Setia City Mall. Tak jauh dari tol Setia Alam korunk akan nampak susur masuk ke Eco Ardence. Selain layan air pancut, korunk boleh buat photoshoot outdoor untuk wedding or pre-anything korunk punya suka la. Ada cabin yang menarik and tempat shopping, Jaya Grocer.
SETIA CITY MALL @ SETIA ALAM
Lepas ke Eco Ardence, menapak lak ke SCM. Cadang-cadang nak layan bowling. Kat SCM ni selain outdoor activity korang boleh shopping kat dalam mall. Ada wayang (GSC), bowling (Ampang), family KTV, zone game and banyak lagi la~
Ampang Super Bowl
Golden Screen Cinema
Dengar cerita ade offer dekat semua panggung kan. Jarang X On~ Rupanya ada juga term dia 😔 Promo dari 2hb Ogos hingga 26hb Sept 2018. Harga rata RM10 disemua panggung dalam Malaysia kecuali 10 panggung harga rata RM8. Dengan tema: Sayangi Malaysiaku (teken sini utk lihat promo).
Disebalik tabir selfie 😅 |
Tunggu masa nak check-in |
Tamat sesi nonton - The Darkest Mind |
MAMAK @ SETIA TAIPAN
Mencekik sebelum bersurai. Ada yang nak balik Slim River, Rawang, Shah Alam, PJ and Jeram. Memasing telah pun selamat sampai ke destinasi dengan selamat 😍
Puas berjalan satu hari ni, dari pagi sampai ke malam. Sesekali bak kata orang. Bukan salu kan 😅
No comments:
Post a Comment