22 August 2018

Review: Family Mart-Iftar


Iftar - Setia Alam
21hb Ogos 2018
#FamilyMart
#EcoArdence
#Salam AidilAdha1439H

بسم الله الرحمن الرحيم

Bersempena hari wukuf, 9 Zulhijjah iaitu semalam (21hb Ogos 2018). Tyka ambil kesempatan untuk puasa sunat. Setahun sekali kan and esoknya raya 😊 Baru la ada nikmat kan 👉👈 Sapa yang tak tau esok raya apa, meh Tyka stalet dahi dia 😈

Esok kan Hari Raya AidilAdha aka Raya Haji, tuh pun tak tau ke 🙄 Normally untuk sesorang yang berpuasa, mesti dah terpikir en nak buka (iftar) apa kan nanti. Jangan kata korunk tak penah rasa lak benda ni eh 😪

🐐 سلامت هاري  راي عيد الأضحى 🐮
Dari tengahari dah terpikir nak makan steamboat untuk buka, tapi kedai yang Tyka salu p rasa ye tutup. Sebab esok kan dah raya. Untuk confirmation Tyka suruh Incik Hubby PM kedai tu tanya, ternyata sangkaan ku benar. Kedai tutup. Nak tau kedai apa? Kat mana? Check it out 👇

UMANG UMANG BBQ & STEAMBOAT @ BKT KAPAR



Bagi Tyka and family, tempat ni recommended sangat kalau nak layan bbq & steamboat. Banyak kali p sini. Event iftar company, geng-geng wasap group atau sesaja reward diri memang akan p sini kalau nak layan steamboat.

Steamboat tempat-tempat lain pun ada, tapi beza dia harga, sup, adunan rempah dalam hidangan and sos. Pelayan ramah, tuan kedai jangan kata la 👉👈 (#takbodekhokey). Kat sini yang paling special is Kambing Igau Malam 🐐 Kalau p sini dapat makan ni pun jadi dah 😋


Hidangan kalau tinggal sikit diorang akan top up. So jangan risau, korunk telan la selagi mampu. Tapi jangan la sampai membazir, tuh kan amalan saiton 😈 And korank akan dicharge kalau makan tu lebih banyak.

Kalau korunk mai sini kompom tak kecewa la 😅
Umang-Umang BBQ & Steamboat
🏁 Lot 5466, Jalan Sekolah,
     Kg Bukit Kapar
📱 +601128169501


FAMILY MART @ SETIA ALAM
So, ni pilihan kedua, Family Mart. Memang dah lama nak p sini, cuma masa ja tak dak. Ni la masa yang ada kita try apa yang best and ada kat "Family Mart" ni.

Salah satu outlet dalam Selangor selain Klang, Sunway, PJ dan Subang Jaya, Setia Alam pun ada termasuk dalam senarai outlet family mart. Nasib memang baik, tak payah p jejauh 😅




Apa yang special kat family mart ni, ada jual oden, makan and minuman dari Jepun dan ais krim dia. Ais krim ala-ala mekdi (Mcd). Siyesly sedap. Korunk patut try.


AIS KRIM 🍦
Masa p ni just ada 2 flavor ja, Hokkaido Melon 🍈 dan Matcha 🍵

🍵 Matcha pulak (nama dia dah macam nama panggilan kawan lak 😅 dey macha), sebenarnya green teh weh 😅 Kalau korunk yang gila green teh boleh la layan ni. Tyka layan 2/10 ja, lebihnya swap dengan Incik Hubby 😂


🍈 Hokkaido melon tu tak rasa dia macam rockmelon atau tembikai susu. Tapi dia lebih ke buah rockmelon (kalau tak tau jugak p google buah dia ghuper acano 😝). Hokkaido ni sedap. Siyes tak tipu 😋
1 cone - RM2.74.

Sebelum ni flavor yang ada cheesecake dan fresh vanilla. Tak tau napa tak dak kat sini, tak dak stok atau memang tak dak lagi pengeluaran (habis promo).


ODEN 🍡🍡
Oden ni stik yang cucuk-cucuk tu. Which means, bebola tu. Tuh yang dipanggil "oden". Harga untuk setiap stik lain-lain. Alah, macam makan yong tau fu kat pasar tu 👉👈

Untuk iftar tu, Tyka layan ketam je.  Tetibaa lak masa makan teringat someone kata kat Tyka, "muka merah padam macam ketam kene bakaw" 😂

Hokey, Tyka amek:
1. Tomyam soup + crab cake : RM2.83
2. Jumbo king crab x 1 : RM1.70
3. Lobster ball x 1 : RM1.13
4. Chhicken ball x 1 : 0.57
😋 Total - RM6.23


SIEW MAI 🍥🥠🍘
Dim sum pun sedap gak, 3pcs/set. Korunk boleh pilih nak yang mana. Tyka amek chicken, mushroom and thai style dumpling.
1set - RM4.81

CRABSTICK MAYO SANDWICH 🥪
Part ni memang nak puji la, roti memang soft gila walaupun terletak dalam peti ais. Isi dalam padu, ade telur, salad and crabstick tu banyak. Puas makan.
1set - RM4.91

Hidangan lain yang ada kat family mart:
  

Kalau korunk nak try, boleh la search:
FamilyMart Setia Alam
🏁 Jalan Setia Prima B U13/B,
     Setia Alam

ECO ARDENCE @ SETIA ALAM
Sebelum masuk waktu berbuka, sempat la jugak merayap p Eco Ardence. Repeat ahad lepas punya event tak dapat join yang lain lepak 😭 Dapat masuk tawaf seround ja, pastu ada hal terus balik 😖
 

Hari ni la masa kesempatan tu. Just tak jalan jauh sangat la. Kat tasik sambil tunggu masuk waktu.
 
Kalau nak santai-santai dengan family, boleh la bawak mai sini. Kalau nak beli umah pun boleh gak. Fuhhh~ Tyka tak layak, layak tengok ja 😂


Nak mai sini tak susah pun. Exit tol Setia Alam, depan tu ja dah nampak terpampang Eco Ardence punya susur masuk 😊

Hokey tu ja storimori Tyka 😊 Nati sampai ketemu lagi ya 😉 Thanks and daaaa 😘


No comments:

Campak Belakang

Cara mohon refund kad Touch 'n Go/Plusmiles

Campak Belakang