30 September 2018

Backpackers: Sabah - KK & Kundasang


Backpackers 🎒👣
23hb - 26hb Sept 2018
#HappyFriendshipvesary
#2ndAnniversary 

   بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Setelah lama merancang, akhirya dapat juga sampai kat Bumi Dibawah Bayu ni. Excited? Of course ler~ Nak share ni itenerary masa kat sini kot korunk boleh buat rujukan kang. Deway, travel ni tak guna memana ejen atau travel tour keh. Semua sendiri. Search - Learn - Go!
 KLIA - KKIA 🔎
23hb Sept 2018 (hari kejadian)

Ride dari Setia Alam - KLIA 2 (petrol 97: RM10 / 65km)
🛵 vs ✈
Perjalanan nak ke airport ni kita p dengan moto ja. Senang nati balik tak yah nak calling sesapa suh pick up. Bukan jauh mana pun, dalam 65kilo ja. Lagipun kan backpackers pedehal la sangat 👉👈

Incik Hubby dan anak-anak Tyka hantar p kem sosial satu malam kat  Gold Cost Int. Morib 😅

Walaupun check-in online, jangan lupe re-print boarding korang. Buat kenangan 👉👈 / Bergerak ke Gate yang da ditentukan 🚪
Lunch set: RM20 (saving RM4)
Boys outing vs Girls outing 😍
Perjalanan dari KLIA 2 ke KKIA makan masa 2jam 30minit.
Sampai sudah dikawasan Sabah / Ambil buat rujukan
الحَمْد لله, selamat dah touchdown kat bumi dibawah bayu ni walaupun delay 10minit. Tunggu apa lagi bah? Rak lu pape roger 😝 

Touchdown jam 1710. Sampai ja kena lepas emergresen dulu. Dapat slip, make sure jangan bagi hilang hokeh! Korang boleh stay kat Sabah ni selama 90 hari ja dari tarikh slip tu dikeluarkan. Kalau lebih tak tau lak jadi ape en 😅 

Settel semua, terus call ejen kereta 😅 Kereta tak dak nanti nak merayap cem ne en 😂 Dah jangan bazir masa. Dapat kete terus kan aktiviti dan masa dengan baik 😅

Kota Kinabalu 🔎

23hb Sept 2018 (hari pertama)

1. Masjid Negeri Sabah
Tempat pertama tuju sebelum aktiviti or tempat lain is Masjid Negeri Sabah. Btw, masa kat Sabah ni still ja sama macam semenanjung tapi kat sini awal dalam 1jam lebih cem tulah. Senang kata, magrib kat sini 1815. Jangan kene kejutan masa lak kat sini 😅 Tyka yang dah tau pun terperanjat masa tu 😂 Nasib sempat asar orang tu~

Masjid ni terletak di Jalan Tengku Abdul Rahman, Sembulan, Kota Kinabalu. Masjid ni terletak tak jauh dari KKIA dan Philipine Market (semua market-market).
Lepas solat magrib / Sunset lepas magrib
📍 Jalan Tengku Abdul Rahman
88100 Kota Kinabalu

Tg Aru Beach 🌊
Ni antara tempat yang sampai tapi separuh jalan ja. Tengah-tengah nak sampai sekali jem terok kau. memang iolls patah balik la. Ngam depan tu roundboard 😩 Dengan harapan nak singgah masa deway p epot kang, sekali tinggal kenangan je la nak oiii~

2. J & J Hotel, KK (berdepan dengan KK Market) 🏨
Saja booking hotel kat sini sebab dah lewat petang and tak dan nak redah ke Kundasang terus. So, malam ni boleh la merayap kat sesini ja. Lagipun esok pagi kita punya program still kat KK lagi. Tak perlu la nak ulang alik en. Aktiviti utama lepas check in is mandi 😁😂 Lepas tu baru boleh pikir nak buat apa tapi nak merayap sangat pun tak boleh sebab esok aktiviti mencabar~ Kepala rasa macam nak ke bantal ja da ni 😴😴😴

📍 Lot 3 Blok K,
Sinsuran Complex 1,
Jalan Sinsuran,
88000 Kota Kinabalu, Sabah
Hubungi
📱08-8266 919
💻 Agoda:  J & J Hotel

3. Kota Kinabalu Central Market 
Mengambil masa 14 minit daripada KKIA dan berdepan dengan hotel kami. Memang sengaja cari yang dekat dengan pasar, senang nak merayap nati 😅😅😅 Tapi parking pulak kemain susah, nasib tawaf sekali je dah dapat.

Dekat sini, pelbagai jualan yang boleh didapati. Dari makanan, cenderhati dan barangan kering dan basah harian. Jujurnya, Tyka tak merayap sangat. Penat dah terasa senarya. Turun tu just nak makan ja 😅 Ada la jalan sampai Pasar Malam Sinsuran KK pastu patah balik p Pasar Philine cari makan.
Ni lobster. 100gm = RM18 (siap masak)
📍 Jalan Tun Fuad Stephens,
Kota Kinabalu
Maps/Waze
🚪 Everday from 6am-6pm

24hb Sept 2018 (Hari kedua)

Salam subuh dari KK and done check out J&J Hotel
Subuh-subuh dah merayap 😁
4. Jesselton Point  ⛵
Entrance Jesselton Point
Sini la tempat untuk ke pulau-pulau atau ke Labuan. Selain dari tu tak pulak Tyka tau 😅 Tak sempat p tanya orang. Kena beli tiket kat sini untuk ke Taman Marin Tun Abdul Rahman. Banyak kaunter kat sini tapi masa sampai satu kaunter pun tak bukak lagi. Kaunter bukak jam 0600 bergerak ke pulau start jam 0830.


Cita pasal kaunter ni ada sikit lawak. Before p, search blog semua suh p kaunter  10. Bila bulan 9 dekat nak p search blog diorang kata kaunter 6 tapi masa Tyka p, Tyka p kaunter 1. Ada tuah disebalik ni tau, luck sangat and rezeki awal pagi tu la kot 😍
Selamat pagi dari Jesselton Jetty
Sempat sarapan sambil tunggu jam nak jam 0800
Dah kenyang buat pangai 😂
Disebalik cerita pulau ni, Tyka just nak 2 pulau ja sebab pulau kan~ Sama ja, lagipun tak nak la nati terpenat sangat sebab Tyka sorang yang drive. Tah acano dekat-dekat time nak jalan pakcik tu minta kitarang follow 3 pulau. Tyka terus jawab, kalau pakcik payung saya ON je 😁 Pastu dia kata ON jom! Tyka lak rasa krikk-kriik. Siyes ni pakcik. Iya betul. Cepat la~ Memang tak toleh belakang and tak sempat pikir apa dah tapi siap main "colet-colet" ibu jari 😅 Kami dapat free 1 pulau 😍 Yeahhh~
Nilah pakcik kaunter 1 tu 😍 (kalau korang p, sampaikan salam kat dia ea 😅)
Ready check in dalam speed boat
Kalau ikut trip kaunter 1, pertama diorang akan bawa kitorang ke PulauManukan, Pulau Mamutik then baru Pulau Sapi. Kalau ada yang nak ke Pulau Gaya, tu dia akan hantar last sekali. Tapi Pulau Gaya tu macam jarang-jarang je orang p. Biasa 3 pulau tu ja.

Harga Pakej 1 Pulau - RM 23.00
               2 Pulau - RM 33.00 ✔️
               3 Pulau - RM 45.00
               4 Pulau - RM 53.00
Terminal fee - RM 7.00 ✔️
Life Jacket - RM 10.00 ✔️
Mask Snokel - RM 10.00
Fins - RM 10.00
Beach Mat (tikar) - RM10.00
Conservation fee (bayaran masuk kesemua pulau) - RM5.00 ✔️ (bayar masa sampai kat pulau pertama)
1 person: RM 55.00 (f.o.c 1 island)

📍 Jesselton Point
Hubungi
📱08-8235 787
🚪 Everday from 6am-2am

5. Pulau Manukan  🌅
Masa diambil dari jeti ke pulau ni dalam 14minit je. Tak jauh mana la pun. Trip island kami ni kami berkongsi dengan pinoi-pinoi dari Philipine. Diorang semua gegirl 6 orang + kami 2 orang.
Pulau Manukan
Check in 1 island!
Korang akan dikenakan RM5 - bayaran sekali untuk masuk kesemua pulau pada hari yang sama.
Lokasi pulau
Peace yo!

Peace from water
Selfie dulu sebelum ke Pulau Manukan
Iolls ja yang posing kat dopan ni hah. Hat lain semua kecut 😂
6. Pulau Mamutik  🌅
Perjalanan ke Mamutik ni 6 minit ja dari Manukan. Masa kat Mamutik ni duk santai ja kat tepi pantai. Dah puas lepak baru la sambung berendam~
Check in Pulau Manukan!
Sambung berendam
7. Pulau Sapi  🌅
Last island amek masa dalam 10 minit ja. Pulau ni best sikit sebab air dia cetek and mendatar. Cetek tak cetek sangatlah~ Untuk insan yang tak cukup inci macam Tyka ni cetek dia paras-paras dada ke leher cem tu la.
Check in Sapi Island

Berendam kasi puas
Bye Sapi till we meet again 😘


Check in jeti~
8. Masjid Bandaraya Kota Kinabalu "The Floating Mosque"
Masjid ni Tyka guna untuk mandi dan solat before gerak ke Kundasang. Masjid ni adalah masjid ke dua selapas Masjid Negeri Sabah yang terletak di Sembulan. Jarak antara dua masjid ni 8.3km (17min). Tarikan yang ada kat Masjid Bandaraya KK ni, masjid dia macam terapung gitew dan view dia memang mengadap laut~ Nice giler!
Masjid Bandaraya Kota Kinabalu
📍 Jalan Teluk Likas,
Kg Likas,
88400 Kota Kinabalu

9. Menara Tun Mustapha 🗼
Story sikit la pasal menara ni, yang Tyka tahu lah. Menara ni asalnya Bangunan Yayasan Sabah. Menara berbentuk bulat dengan ketinggian 30 tingkat.
📍 Maps/Waze

10. Gerai Lokan Bakar/Kelapa Bakar
Sampai sini pun dah lewat petang. Lokan pun dah tak banyak tapi still ada yang singgah makan. Korang kalau nak mai sini, jangan salah search lokasi lak. Kitorang memula search dia bagi masuk dalam kawasan kilang tah mana-mana tah! 😤 Mengunji kesabaran betul maps ni. Dah la tengah kebuluq~ 😈 Eh bukan maps tu tapi tukang set tu. Ada ke dalam kilang. Gila ke hape! 😡

Senarai harga dinner jamak lunch kami 😇
Lokan bakar: RM15
Sayap: RM 10/6pcs
Nasi Goreng Kampung: RM4
Nasi: RM2
Kelapa biasa: RM4
Kelapa sejuk: RM5
Check in Lokan Bakar - Lapaw weh~
Tunggu lokan bakar siap, kita makan sayap dulu. Kat Sabah tak panggil kepak, dorang pangil sayap tau~
 📍 Maps/Waze

Setel makan sambung jalan ke Jambatan Tampurali. See nampak dah Gunung Kinabalu hampir sunset dah

11. Jambatan Tampurali  🌉
Dengar cita, ada cerita disebalik jambatan ni. Jujur tak tau 🙈 Tapi kalau google mesti dapat jawapan dia kang. Masa sampai sini ngam ja azan magrib. Tunggu sat dalam kete lepas je azan terus keluar sebab nak kejar magrib and masa nak ke Kundasang kan. So, tak de la nak buat perangai sangat. Singgah amek gambar sunset pastu solat kat Masjid Tampurali then sambung balik jalan ke Kundasang. Nak ke Kundasang @ hotel kami amek masa dalam 1jam cem tu lah 🙄 Semalam orang last check in, hari ni pun sama 🙈

Pemandangan Jambatan Tampurali
Mendaki Jambatan
View sunset
📍 Maps/Waze

📎 Tips
Cita sikit la pasal jalan kat Kundasang ni. Jalan dia ni mencabar and totally dengan selekoh. Kalau orang yang dah biasa ngadap jalan macam ni, إن شاء الله boleh handle (with care 😂) Kalau yang dah biasa pun kene gak hehati #JanganBeriye. Selekoh dia lebih kurang Jalan Tapah - Cameron Highland atau KKB-Fraser Hill tapi luas sikit macam koner Kuala Klawang (nampak tak dia punya detail seorang rider mengulas 😂)
Jalan ikut lereng bukit gitew~ Kebetulan malam tu bulan penuh, pemandangan memang cantik gile. Nampak pulak gunung tu sebelah kami je 😍 Nak amek gambar memang tak leh, dia kena mata sendiri yang melihat bukan dari lens camera. Ertinya, korang kena p sendiri 😂😂😂

12. J Residence Nabalu (Hotel/Chalet) 🏨
Perjalanan yang memakan masa 1jam (kenyang dah ni tido, ekhh puas orang sebelah kalau bantai tido 😝 tapi nasib dia mengerti 😅)

Masa untuk check in. Ada sebab kenapa Tyka booking 2 hotel tau~ And korang kena tengok jadual flight korang and activity apa yang korang nak buat. Ada orang akan direct dari airport terus ke Kundasang, ada orang akan stay dulu kat KK baru p Kundasang and ada orang akan p Kundasang - KK - Kundasang - KK kaya noh ulang alik 😅😅😂
 
Tyka orang last yang check in kat hotel ni 😂 Ada masalah ngan timing pulau tu. Tak pe la, dah selamat sampai pun. Deway, untuk hotel yang online booking diorang akan minta duit depo RM50 depand kat hotel tu dia charge berapa la. Nanti check out diorang akan pulang balik~
View sekitar hotel

Hotel ni memang tak ada pakej sarapan, tak ada air-cond, tak ada kipas tapi ada satu dapur berhampiran dengan bilik kami. Kebersihan bilik ni dijaga rapi. Tiap hari diorang bersihkan dan top up tollories and coffee 3 in 1. Kalau lain hotel, diorang akan letak jika perlu tapi J Residence ni diorang tambah by day. Walaupun benda tu kami tak usik, dia akan tetap tambah 👍👍👍

📍 Jalan Kinabalu Park,
Kota Kinabalu
Hubungi
📱012-869 6969
💻 Agoda:  J Residence Hotel

Kundasang 🔎

25hb Sept 2018 (hari ketiga)
Awal pagi lagi lepas subuh dah siap-siap nak kuar. Rasanya kami dua la yang paling awal siap 😂 Kejar timing punya pasal katekan~
Sempat sarapan sebelum gerak / View bilik kami
13. Gunung Kinabalu "Kinabalu Park
Siapa yang tak tahu pasal GK ni, Tyka stalet (starlight) dahi dia 🙄 Btw, tempat dia memang ketenangan kaw. Jauh dia kesibukan kota. Memang macam tak nak balik KL dah klu cem ni 😝😝  Bayaran masuk seorang RM 3. Kereta boleh bawak sampai kaki gunung tapi kalau nak jalan kaki paking kat bawah 😝

Jam 0630 kami dah kat Kiau Gap View. Siyesly tak dak orang masa tu, kami dua ja. Pesta sakan atas tu bergambar tanpa ganguan 🤗 Atas ni line 4G mencurah-curah weh 📶 Tak pikir dah sejuk 😖Sejuk-sejuk pun nak gak stay atas tu upload post kat fb 😂
Dari sini pun dah boleh nampak Gunung Kianbalu~ Sejuk dia mengigil, angin kuat gila!
Gemonink dari Gunung Kinabalu

Kenangan sangat 🤗
Ni masa kat area pintu masuk ke Gunung Kinabalu
Bayaran masuk sini, dewasa RM3.00, Kanak-kanak RM1.00 tapi tiket tu jangan la pi gatal-gatal nak buang tau sebab nati nak guna kat Hot Poring.

📍  Maps/Waze

14. Desa Dairy Farm 🚜🌻🐄
Bayaran masuk sini seorang RM4.70 dan bermacam aktiviti boleh korang buat dalam tu. Tengok lembu, bagi lembu makan, tengok proses perah susu dan bermacam lagi lah~
Check in Desa Dairy Farm! Nampak tak kat belakang tu view apa? 😊😇
Ni la Nuzelan ye, dak-dak wecet mai dah 😝 I means, New Zealand. Ni la nuzelan Malaysia. Make sure mai sini before 10am tau~ Tapi lagi awal lagi bagus, boleh la tengok proses perah susu lembu, bagi lembu makan.

Sampai je sini, no word to say la. Tetiba je mood hindustan mai. Acah-acah Bajrangi Bhaijaan 💃💃💃

Make sure bawak duit lebih sikit sebab kat sini tak terima kad debit ke visa ke master suma tu, CASH only okeh 💸

Pizza (full chiken sausage) RM19.10 & Gelato yogurt RM5.30
Benda wajib kena try susu. Ada dua perisa coklat and asli. Tyka beli tak nak kecik-kecik sekali beli terus 1liter (Fresh milk: RM 6.10 & Choco milk: RM7.00). Mineral water RM 1.60 😂 Tyka try yogurt and piza 🍕🍶🍦

Ni jamak lunch terus la kot. Beli bukan slice terus sebulat gitu kaw 🙈 Sheeedaaaarfff aw sumeryerrr 😋🙊

View coklat dah nice kena kat view Tyka harey~ Duk muncung mood off 💔
Cafè
Sesi bergambar sebelum ke next destination
Berjalan atas pagar 😅😂
📍 Kundasang
Hubungi
📱 08-8889 562
🚪 Everday from 8am-5pm

15. Poring Hot Spring 🌱💦
Perjalanan dari Desa Dairy ke Poring ni makan masa sejam jugak lah~ Korang akan lalu pekan Ranau. Masuk sini tak perlu bayar lagi. Tunjuk je tiket Kinabalu Park tu 😂😁 Masuk free ja~


Kat sini memang masa untuk santai-santai jak
View sekitar Hot Poring
Celup-celup kaki jak

Dah jom p melayan anak ikan lak eh, ikan kat sungai~

🚪 Everday from 8am-6pm

16. Tagal Fish Spa Sg Moroli  👣🐟
Perjalanan nak ke Tagal ni, Tyka dapat jalan shortcut dari jalan nak ke Poring tapi jalan tu kategori offroad la 😁😅 Cepat 19km (29 minit) dari jalan utama sejauh 25.9km (31minit).
Sebelum masuk, masa kat parking dah kene bayar sesiap tau~ Dewasa RM 5.00, Kanak-Kanak RM2.00 - Untuk celup-celup kaki ja. Kalau mandi RM10.00. Kamera/Hp: RM 3.00/group. Patut try ni, bukan selalu dapat rasa moment cam ni.

FYI, Tagal Fish Spa ni berjiran dengan Sabah Tea tau. Korang boleh p Sabah Tea dulu atau Fish Spa. 
Tiket masuk with no giliran.
Warning!
Kalau nak ikan mai kat korang banyak, beli la makanan ikan, sepeket doposen je.
Makanan ikan sepeket doposen jak
Sesi bermain dengan anak ikan, eh ikan ja 😂
🐟🐠🐋🐡🐬
Tu baru anak ikan 😂 Eh, jokes ja weh 🙈
Korang dihadkan kat dalam air tu selama 15mimit je tau. Cukup time nanti dorang akan seru no tiket korang tu. Bagi-bagilah orang lain lak~ 😂😁
Masa dah time~ Jom p pekena secangkir tea lak! ☕
📍 Tagal Sg Moroli
Kg Luanti Baru, Ranau
Hubungi
📱08-8876 988
🚪 Sunday -Friday : 0830 - 1700
Saturday : Closed

17. Sabah Tea

Bukan dekat CH ja ada ladang teh tau. Kat Sabah pun ada gak. Sekali satu jalan mampir je la layan pemandangan 😍 Kat sini tak dak nak singgah cafe ke apa. Just nak bergambar ja 🙈



I 💜 Sabah Tea
📷📷📷
Nak sangat lompat tapi sempat pk tinggi ni, tawakal harap jatuh tak dak apa jadi la, alhamdullilah selamat touchdown (kdebuk!)
📍 Jalan Ranau/Sandakan,
Kg Nelapak
Hubungi
📱08-8879 220
🚪 Everday from 7am-8am
💻 Web: Sabah Tea

18. Pekan Nabalu
Kehijauan sangat 🍃
Lepas Sabah Tea terus direct kesini sebab ikut kan ni aktiviti hari kedua tapi dah sampai sini lewat memang tak dapat ape la.
Kedai sini buka dari jam 0700 hingga 1800 something la. Shopping kat sini murah sikit banding kat KK (area market semua tu). Tyka tak beli banyak pun tapi benda wajib untuk family is baju and frigde magnet 😊
Ushar-ushar jap
Kat sini sempat la dinner sekali sebelum balik hotel. Deway, kat sini pun ada look point Gunung Kinabalu tau. Kot rasa tak dapat nak naik atas, boleh usha dari bawah je la. Cuma tu la kabus tebal menutupi puncak GK tu. Yang nampak cuma bentuk gunung tu ja~
Look point Nabalu view
Sebelum sunset kami gerak balik hotel. Acah-acah nak tengok sunset dari bilik, jadah ye sampai hotel sunset kemana yang ade sunsilk 😂😂😅
View dari tepian jalan
Balik hotel pun dah magrib. Jiran pulak sakan berjalan tak balik lagi ada yang dah keluar cari makan malam. Kami? Lepak bilik rehat-rehat, kemas barang esok nak balik dah 😇
Kemas je bilik lepas balik berjalan 💜💜💜
Dah memalam tak de aktiviti dah. Duk membawang ngan jiran sebelah 😂 Dari semalam lagi. Jiran sporting pe dehal kan. Orang Selangor jugak (asal Kelantan) Husband & wife diorang.
Cemilan malam
26hb Sept 2018 (hari keempat)

Check out 🚪
Ready nak check out tunggu office buka 😓

Bubye dari kami, team Selangor 😘
J Residence
View dari office J Residence 😍
Done check out! Bye~
Last kenangan 😍😊💜
Singgah pekan Nabalu jap. Tunjukkan tempat kat diorang sekali singgah cuci mata and last tengok gunung.
Gedmonink dari Nabalu point view 📷
P gunung jap~
Time to berpisah sudah~ See u soon sis 😘
Buah tangan dari Nabalu 😍
19. Polumpung Melangkap View Camp Site, Kota Belud  ⛺
I 💜 Polumpung
Setel pisah terus gerak ke PMVCS. Tempat ni agak kedalam sikit lah~ Eh bukan sikit banyak jugak lah.
Tapi kan sebelum nak sampai kat sini senarya minyak kete tinggal 2bar. Ntah kenapa tah lah~ Perasaan kat sini gusar sangat. Rasa 2 bar tu jauh lagi boleh p, tapi sebab risau kat tempat orang tak sedap hati lak 💔😭 Tapi keras hati gak nak p Polumpung ni.
Yelah 1 jalan kan nak balik, singgah la sekali~ Masuk dalam tu tawakal je la. Bila sampai sana tanya orang kat sana dia kata ada jual. Fuhhh lega tu tak terkata la 🙈 Dah boleh memandi ngan happy kaw 😝😝😝 
Entrance view~
Bayaran masuk sini sorang RM 3. Tak kisah masuk nak look around ke shake nearby ke eh macam wechat lak 👉👈 tetap bayar RM3. Pagi tu sebelum nama kami, ada 2nama lain. Satu dari Johor, 1 dari Selangor. Tapi mana tah, tak nampak lak 👀
Jom explore PMVCS


Tak buang masa terus ganti baju. Tak dapat berendam lama, dapat celup-celup kaki jadi la. Ada gak kenangan ke sini kan~ Air laut da, air  sungai ikan dah, air panas dah now air sungai dari aliran Gunung Kinabalu. Blackground memang cun, Gunung Kinabalu 😂



I'm here 🚩
Love Rock 💜🤘
View camp site ⛺
Bye PMVCS 😘
Group Tadika Kemas mai buat aktiviti luar
Kekampung sebelah dok cari petrol 👉👈 Dapat jugak akhirnya. Siyesly pemandangan nice gila la~ Kalau la p semalamye kan best 😅😅😅
View GK dari jambatan / Borneo Bayau Flying Fox
Ni lah kedai yang ditunjuk oleh orang kampun, Yeaaahhh~ Maceeehh eh uollls. 1 tong bape liter tah tu RM 10.
Last jump kat KK (permintaan Pika) Senarnye risau kalau jatuh, mau berguling jauh 😂
Setel isi minyak masuk je dalam kete orang tu macam kena "santau" apa tah. Boleh lak bantai tido biarin gua drive kesorangan! Sampai hati siot 😭 Tapi bagus jugak, bahagia layan koner sensorang 😂

📍 Kg Melangkap Baru,
Kota Belud
Hubungi
📱012-871 5576
🚪 Everday from 7am-6pm

Sebelum sampai KK singah lagi sekali kat Jambatan Tampurali. Kali ni nampak la aktiviti siang diorang. Macam pasar pagi setiap hari. Tutup jam 1200 macam tu lah~ 



Sempat bergambar lagi sekali diwaktu siang tambah sekali lunch. Restoran kat tepi jambatan tu ja, Restoran Umi.

Selesai makan, nak gerak balik KK hmm dapat "buah tangan" pulak. Cehhh bertuah betui tah bila masanya dia round pun tak tau la 😪😪😪
"Buah tangan" 🙄
The end tempat last yang patut singgah jadi hilang ingatan. Tak singgah terus. Sampai airport baru ingat. Kejam!!! Tyka pikir tuh tak dak rezeki ja 😔
Lagipun hujan lebat kemain lagi. Risau ada papa kat jalan, tu yang terus tak singgah memana. Sepatutnya deway balik ni nak singgah Tg Aru and Sabandar Lesuire Rides (Cowboy Town) #TakKesampaian

Dari Jambatan Tampurali sempat la p singgah ke KK market tu. Pika nak beli sikit barang. Ditemani hujan yang lebat, perjalan ke market selamat tapi agak lambat sikit la~ Dekat 1jam setengah jugak lah.

Setel shopping singgah lak Masjid Negeri. Kemas beg sebelum shoot KKIA. Owner kereta pun dah tunggu kat sana. Selama kat sini ni barulah jumpa hujan lebat sama pulak kat semenanjung. Hujan rahmat mungkin 😍 Sampai airport jam 1444. Menunggu jugak la kat sini sebab flight 1745 😪
KKIA - KLIA 🔎

Dah sampai airport nak wat pe lagi awal-awal ni? Terus check in je la. Lepas emergresen semua duk lepak kat balai perlepasan sampai la waktu penerbangan. Rupanya gate yang sama ni berkongsi dengan waktu penerbangan yang lain and airlines yang lain.
Bosan weh / Hampir sunset dah tu
Check in 🚌
Yessss dapat duk tepi tingkap~
Bye KK till we meet again noh~😘
Tengah syok 😴 Pika kejutkan hisshh. Pre-order: RM 10.60
Alhamdullilah, selamat touchdown KLIA 2 😊
Cabin crew 😍
Ada orang dah tak sabar nak jumpa kat rumah, sanggop mai amek kita kat airport
Kereta Sewa 🚘
Depan & Belakang (4 hari - RM 240)
Sisi Kanan & Kiri
Pengambilan & Pemulangan (perjalanan 4hari: KK - Kundasang = 408km : Petrol = RM70)
 
📍 Kereta Sewa Sabahan.com
Lorong Bunga Semarak 3,
Taman Mega Ii,
88200 Kota Kinabalu,
Sabah, Malaysia
Maps/Waze
Hubungi

Itenerary Sabah - Kundasang (4h3m)







Tarikh Tempat Bayaran (RM) Depo  Jarak (KM)  Remarks
23rd Sept KKIA (Sabah) Pick up kete
Masjid Negeri Sabah  -  6.0 Solat Asar & Magrib
Tg Aru R/bod  -  3.0 Patah balik jem terox!
Shell Tg Aru         50.00 1.8 Isi petrol
J & J Hotel         20.00 4.0 Check-in
Market (Philifine,         90.00  -  Dinner, Jalan kaki
Kraft, Pasar Mlm 
market depan hotel
Sinsuran, dll)

24th Sept J & J Hotel  -  Check-out
Jesselton Point         50.00 2.0 Layan pulau, harga seorang
i. Manukan Island           5.00
Gerak: 0830
ii. Mamutk Island
balik Jeti: 1500
iii. Sapi Island
Masjid Bandaraya  -  4.4 Ganti baju, mandi & solat
Kota Kinabalu
Menara Tun Mustapha  -  3.6 Saja cuci mata
Gerai Lokan Bakar         20.00           15.5 Lunch + dinner
Jambatan Tampurali  -            15.9 Saja cuci mata
Masjid Tampurali  -  0.5 Solat Magrib
J Residence Hotel         50.00           51.8 Check-in
25th Sept Nabalu Park           3.00 0.4 Nak ke Kiau Gap View
Kiau Gap View   -  3.2 Tengok GK hampir dekat
Desa dairy Farm           4.70           15.0 Tengok lembu
Poring Hot Spring  -            38.5 Layan air panas, masuk guna
tiket Kinabalu Park
Tagal Sg Moroli           8.00           19.3 Layan ikan, Masuk-Rm5
Camera-Rm3
Sabah Tea  -  2.0 Saja cuci mata
Shell         10.00           19.9 Isi petrol
Mount Kinabalu Lookout  -            32.9 Saja cuci mata
Shopping + dinner
J Residence Hotel  -            12.4 Rehat
26th Sept Mount Kinabalu Lookout  -            12.4 Saja cuci mata
Polumpung Melangkap           3.00           26.7 Saja cuci mata
View Camp Site, KB Memandi air terjun
Bayau Flying Fox         10.00 1.4 Cari petrol
Jambatan Tampurali  -            43.3 Repeat bergambar
Lunch + dapat saman (parking)
Philifine Market  -            35.8 Beli buah tangan
Masjid Negeri Sabah  -  4.1 Solat + Kemas barang
KKIA (Sabah)  -  9.2
                                ********** B Y E K O T A K I N A B A L U S A B A H **********

Done claim "buah tangan"
Kalau korang rasa geram and teringin, p cepat booked air ticket p sana. Tak rugi, janji korang pandai manage time korang. Tapi jangan compare sangat dengan orang lain and trip sendiri. Sebab kadang semua tu berkait kuat antara korang punya masa (santai atau memang jenis slumber je macam Tyka), cuaca dan keadaan semasa masa tu.
*************** T H E * E N D ***************

Campak Belakang

Cara mohon refund kad Touch 'n Go/Plusmiles

Campak Belakang