13 November 2018

Ride: Nasi Bamboo + Cameron Highland


OX Setengah Minit 🧠
6hb November 2018
#DeepaRide
#NasiBamboo
#CameronHighland
#LadiesRide

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Bersempana public holiday last week, kami sepatutnya ke Kedah menghadiri majlis raja sehari 👫 Izrin tapi tak kesampaian oleh kerana isnin petang tu hujan kemain lebat lagi.
Sumber: Fb - Muhd Fakhiriza Menhuri (Ayie)
So, ghumah Tyka dilanda banjir yang tak berapa nak kilat 🙃 Persiapan nak p tu memang dah siap dan sepatutnya kami gerak malam tu. Apakan daya, magrib tu air memenuhi ruang tamu 😭 Terus cancle la ride malam tu. Tambah pulak member dari JB (Awan namanya) dah sampai petang tu. Kesian kat dia jejauh mai, tapi tak dapat p sebab Tyka tak  dapat p. Dah la apply cuti 2hari tapi tak dapat p ride. Bincang punya bincang, masing-masing nak buat kerja gila. Biasalah kan masa-masa cuti hujung minggu and public ni la masa untuk riadah (yang tak de deal ngan family ler 😜)
Dari JB berhujan, sampai Selangor main banjir pulak 😅
Mengajak ngukur jalan, bosan katanya~
Jam 0000 air mula surut tapi still tak boleh nak cuci rumah. Malam tu dia ikut Pika balik rumah dia kat Sg Janggut, Kapar. Bagi dia rehat-rehat dulu.

Lepas subuh, siap cuci rumah. Rehat-rehat jap. Pagi tu dah relax, rumah dah siap cuci masa untuk mengakal! 😅

Pagi Deepavali 🙏
Damai & tenang ja pagi tanpa kenderaan lalu lalang 😇
Keluar cari makan ngan Incik Hubby. Diorang??? 😂 Membuta lagi la citanya 😴 Tengah-tengah sapan duk deal apa nak buat hari ni. Awan dah craving gila nak ride 👉👈 Sian dia. Tyka lak dapat "visa" melancong 24jam 😚 Incik Hubby kata p la temankan Awan ride. Ajak dia nak ride kemana dia nak p.

Masa plan dorang mengakal nak p Lemang Toki Lepas tu ngajak Nasi Bamboo. Perghhhh tak tengok time betul memasing. Masa ngajak tu semua atas katil lagi 😪 Taip mata tertutup tu yang minta merapu 😤 Dari timur nak ke utara. Gila sey! 🙄

Kalau plan yang tu, Incik Hubby tak izinkan. So, Tyka ajak diorang p Nasi Bamboo lepas tu naik Cameron Highland. Hah memasing deal. Masa dah suntuk, motor tak sebis (service) lagi, Balik sarapan terus singgah sparepart beli EO ngan filter. Sebis sendiri ja kat rumah 🔧
Sebis dulu sambil menuggu mereka sampai
Jam 1300 on bike dari rumah Tyka. Kami bertiga ja yang "ox setengah minit", Tyka, Pika and Awan.
On bike!
Jam 1340 check in RnR Rawang. Berhenti jap sebab dorang belum sapan and makan pape cuma makan angin ja 🙈 Kang jadi pape lak payah. Dapat lahap roti dulu jadi la. Tyka tak pe sebab dah sapan 😜

Jam 1400 sambung semula perjalanan kami ke Nasi Bamboo. Jalan masa ni tenang gila, tak jem and kenderaan pun tak banyak. Bagus la kan 🤗

Jam 1459 selamat sampai kat Nasi Bamboo. Laju tak laju la cuma kurang berenti jak. Jalan memang best, trafic lancar gitew. Rasa kalau public and perayan macam ni, jalan dia nauzubillah 🙄
Check in Nasi Bamboo
Macam biasa la, Nasi Bamboo tak penah tak ramai 😅 Tapi nampak susun atur dah berbeza dari sebelum Tyka p. Makin banyak seat and meja disediakan. Deway, makanan and minuman ada charge 6% (SST) tau~ Jangan tanjat lak, kat kaunter suma ada memo pasal 6% tu 😊



Pika a.k.a Henna
Awan... Nano nano nani Hehehe
It's me, Tycar 😚
Settel makan gerak terus ke Cameron Highland. Berhenti jap kat RnR Tapah. Kami naik dari Tapah nanti turun kat Simpang Pulai.
Mengimbau tempat kejadian 🙄
Singgah Lata Iskandar
Tak sampai lagi atas dah rasa kesejukannya. Dah la glove halfcut ja 😖 Geng motor lain masa kami naik, diorang turun and mostly semua kenderaan turun, tinggal kami je bertiga yang naik 🙈

Jam 1748 check in Cameron Highland. Masa berenti ni, beku jari. Suasana tenang redup itu la kot sebab sejuk yarabbi 😍

Hacah-hacah ja minah ni 😅
Sambung perjalan sikit g p Tea House Valley 1. Sesantai jap menikmati suasana petang. 1jam jugak la kat sini.
Check-in Bharat Tea House 🍵



Pika & Awan
Tak pernah-pernah nak beli makan and minum kat sini tapi sebab poyo-poyo nak wat kenagan beli la tea 1 pot dengan kek tea hijau. Semua tong-tong. Tapi en tapi en air tak sampai 5minit dah suam 😂😅 Nampak dia punya sejuk macam mana tak. Kejap ke dah suam. Kalau lah tadi minta tea suam gamaknyer terus sejuk kot kahkah

Ketenangan! Semua dikelilingi kehijauan 😍
Santai sambil menghirup teh sejuk 😂
Jam 1900 gerak g pasar malam kat Berinchang kat area Barrington Square. Malam tu p macam tak bape meriah macam yang Tyka p masa CNY hari tu ja. Tak tau la kalau hari biasa kurang meriah ke hape kan. Tapi still ada ja kedai yang buka and pengunjung tak seramai masa Tyka p la. Kat sini cuci mata sikit-sikit. Bawak diorang beli buah tangan sikit.
Cuci mata 👀
Strawberi 🍓🍓🍓

🖱 file: Cameron Highland - CNY


Settel beli dah jom belah pulak 😅 Masa ni memasing menahan nak terkucil 🙊 Tak jumpa lak toilet kat area ni. Nak tak nak kena tahan bawak sampai ke BHPetrol Blue Valley.  Jauh? Gila la tak jauh, memey jauh ar habaq ke mu 🙄


Jam 2005 sampai kami kat BHPetrol Blue Valley. 21kilo menahan weh. Dengan kesejukkan malam tu disulami dengan gerimis mengundang 😪 Mengigil atas moto layan koner 😖
@BH Petrol Blue Valley ⛽
Jam 2145 sampai RnR Tapah. Balik ni, kitorang terpecah jap ngan Pika 😂 memasing nak lock throttle. Janji nak jumpa kat RnR Tapah, sekali dia dah melepas terus gerak ke RnR Ulu Bernam. Siot tui meninggal kan kami yang menunggu dia, dah la bateri hp dia tak dak. Hisshhh sabaw je la~ 😪

Jam 2306 baru kami berdua ni sampai kat RnR Ulu Bernam. Sampai ja, mencari orang yang hilang tu kat sekitar medan selera tu. Duk kat belakang tiang, mana mau nak kelihatan. Siap daj mencekik dulu pulak tu, kemain minah ni 🙄

Tyka sampai-sampai terus hanyut. Lelap jap sebab kepala sudah rasa berat yamatttt  😖 Tak tau la berapa lama terlelap 😴

Bangun-bangun ja, Awan ajak cari makan nak pekena mee kari special power 😋 Dia ja dua mangkuk, boleh tahan gak minah ni 🤣
Kebaraian REDCODE 🚨🚨🚨
Layan ni je la mampu. Nak telan mee kari tak masuk pulak 😅
Jam 0040 gerak balik. Rasa dah okeh masa ni. Pikir rumah ja tapi senarya pikir bantal kahkah. Last pit stop berenti kat RnR Jejantas Sg Buloh. Lepas tu kami berpecah ngan Awan kat exit KLIA/JOHOR via Elite. Awan terus gerak balik JB.
Fuel tank before shoot JB ⛽
Jam 0200 ngam sampai rumah. Memandi sat, eh sat ke? Hahaha lama sikit la. Merendam air panas 😂 Stokin jangan lupa pakai kalau nak tido dengan lena. Awan sampai rumah jam 0353. Pergggh 2jam lebih ja dari KL sampai Kluang. Kemah boh 😍 Alhamdullilah, memasing selamat sampai teratak dengan selamat 😊 Next time mengakal lagi ea 😅 Thanks y'all sudi baca entri Tyka 😘

No comments:

Campak Belakang

Cara mohon refund kad Touch 'n Go/Plusmiles

Campak Belakang