Sate Kajang - X'Mas 🍡🎄
25hb Disember 2018
#FamilyOuting
#MRTSgBuloh
#StadiumKajang
#Publictransport
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
24hb Dis: Kebetulan malam tadi p mancing, biasa lah esok public kan. Memasing mood over night la. Amek pulak pakej, masuk 2000 balik 0400. kahkah mereput la dalam tu ngadap kolam + ngadap rod + bangau 😂 Ekh Tyka tak bangau hokey. Wat masa ni rod baru Tyka tak membangau lagi 👉👈 Dapatlah naik sekoq kacu, jadila dari tak dak en 😅
Sejujurnya ni la masa dengan family. Habiskan masa cuti sekolah dengan diorang walaupun bukan ke tempat educate janji dapat buat diorang happy together dah la. Lepas sapan terus sesiap nak p. Jam 1215 kami siap keluar umah dah.
Arjuna Beta |
Melayan kerenah |
Kami naik dari stesen pertama MRT iaitu Sg Buloh. Untuk pengetahuan korang, ni first time kami naik MRT. Jarang sangat-sangat la layan public transport ni 🙈 Kira public transport ni macam flight and ferry. So, anak-anak Tyka da de pengalaman naik flight & train, ferry je belum. InsyaAllah, one day nati Tyka akan bawak diorang.
Check in MRT Sg Buloh |
Pasal parking fee pulak, korang masuk parking kena akses by touch 'n go tau. Kalau korang guna touch 'n go yang sama untuk tap masa naik MRT, bayaran parking korang adalah RM4.3O sehari, sehari tau.
Lampu: 💚 - Petak kosong
❤ - Petak ada kenderaan
💙 - Petak parking khas OKU
Pembelian tiket (untuk orang yang first time macam kami ni), korang kena beli tiket (koin) kat automachine atau korang boleh guna kad touch 'n go. Make sure baki cukup je. Tak cukup kat automachine tu korang bole ja top up.
4orang (return) = RM49.60 |
Harga untuk sehala dari Sg Buloh ke Stadium Kajang berharga RM6.20 sahaja 😊 Baloi la rasanya dengan harga, kepantasan & keselesaan yang ada pada MRT ni. Perjalanan dari Sg Buloh terus sampai ke Kajang. Korang tak perlu risau nak kena tukar-tukar train. Wat lek wat chill ja dalam tu.
MRT perjalanan dari Sg Buloh ke Kajang mempunyai 35 stesen hentian dengan perjalanan memakan masa dalam lingkungan 1jam 20minit tanpa kesesakan 👉👈😂
بسم الله الرحمن الرحيم |
RESTORAN SATE KAJANG HJ SAMURI
Tepat jam 1540 kami selamat sampai kedestinasi, stesen Stadium Kajang. Jauh tak nak ke sate kajang? Kahkah jauh berbatu tar tu 😝 Tak jauh pun lahai~ Sebelah stesen ja ni. Melintas jalan sampai dah. Tak perlu teksi/grab bagai tu. Guna kaki ja lintas jalan dah sampai, just make sure jalan clear baru lah lintas.
Sampai sudeh~ |
Incik Hubby kata, p Kajang beli seliper ja~ |
No comments:
Post a Comment