#AkuRedGiant ❤💛
16hb Disember 2018
#SelangorFA
#SelangorFan
#StadiumShahAlam
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Plan lain selain p Perak,
Kazen Ride ke Nasi Bamboo Sg Klah. Ni lah plan tambahan, hadir diri untuk collect kad "
Red Giant Team Card 2019". Pemilikikan kad ini sebagai tanda sokongan kami untuk Selangor FA.
|
Red Giant Team Card 2019 |
Apa yang istimewa tentang kad ni? Ada 5 keistimewaan pada kad ini:
- Insurans Kad pasukan anda mempunyai lindugan insurans kecemasan peribadi 24/7 diseluruh Malaysia.
- Pemegang Pas Bermusim Kad pasukan Red Giants anda adalah kunci kepada Stadium Shah Alam untuk setiap perlawanan tuan rumah musim ini. Pastikan anda membawanya bersama anda untuk setiap perlawanan bagi tujuan akses ke stadium dan menonton perlawanan Red Giants (PEMEGANG PASS VIP DAN TERBUKA SHJ).
- Tiket Perlawanan Beli tiket perlawanan anda secara atas talian dan biarkan Kad Pasukan Red Giants mengendalikannya. Anda hanya perlu lakukan ialah Kad Pasukan ada bersama anda untuk mengakses stadium pada hari perlawanan.
- Pembelian dengan Rakan Penaja Hanya perlu kemukakan Kad Pasukan Red Giants anda di kaunter atau masukkan no ID anda ketika berurusan dimana-mana kedai rakan kad untuk menikmatidiskaun yang hebat.
- Kedai Rasmi Red Giants Nikmati diskaun 10% untuk barangan eksklusif FA Selangor hanya di kedai rasmi Red Giants.
Untuk maklumat lanjut berkaitan
terma dan syarat.
Bagi pendaftraan diatas talian, promosi bermula pada 7hb Disember dan boleh collet pada semalam (16hb Dis 2018). Kad boleh diambil di stadium pada tarikh yang di tetapkan atau pergi sendiri ke pejabat FAS. Dengan harga mampu milik, RM20.
Untuk yang tidak berkesempatan mendaftar macam Tyka (kan.. jangan pelik sangat) korang boleh daftar masa kat stadium juga semalam atau yang tak berkesempatan datang ke stadium semlam korang boleh check out web site
FA Selangor. Kat sana boleh daftar online. Masa daftar kat stadium ada 2 pilihan untuk collect kad ni:
1. Pejabat FAS✉️ Persatuan Bola Sepak Selangor FAS
Tingkat 1-28,
Yayasan FAS Business Avenue,
557, Jalan Perbandaran,
47301 Kelana Jaya,
Selangor Darul Ehsan
☎️ 03-7803 7054
2. Lain-lain: Poslaju
Tak fikir panjang, terus tick
poslaju ✔️
Kahkah 😂 Ada bayaran tambahan sebanyak RM10 untuk postage. Bukan apa, pejabat tu kan waktu urusan pejabat, Tyka lak kerja waktu pejabat. Mana mungkin nak berlarian amal kesana. Ada yang mudah, kita mudahkan jela. Tak gitew 😝 Yang collect kad semalam hanya Incik Hubby je la. Tyka mampu temankan dia ja.
Yang beratur tu jangan tanyalah panjang ye macam mana tapi tak seteruk dan seramai hari pembelian tiket final dan semuanya dalam kawalan lagi. Rasa sistem still sama macam pembelian tiket. Harap one day dapat cara untuk diselesaikan tu.
Sementara tunggu Incik Hubby Q tunggu kad dia, Tyka melepak tengok freestyle timbang bola ni hah. Ingat dari Selangor ja rupanya ada yang mai dari Korea and Jepun. Terbaik boh!
|
Top 5 - 🇯🇵 vs 🇲🇾 |
|
Barisan player Selangor FA 2K19 |
|
Bila kau suruh Incik Hubby capt gambar be like 🙄 |
|
Lepas kene tegur be like 😑 |
|
Lepas kena ugut. Jadi pulak! hmm 😪 |
|
❤💛
|
|
Jersi ke-3 2019 |
|
Jersi 2018 |
|
Jarang p stadium 2018 tapi nak gak collect buat kenangan 😍 |
|
Mari-mari |
Settel collect, layan game antara Selangor Selection vs Dugong All Star. Dorang bermain dalam hujan. Siyes dah lama sangat tak masuk Stadium Shah Alam lelagi masuk dari pintu "home".
|
1st half |
|
Bila Artu buat perangai |
|
Miss she so much 😘 |
Balik semalam dalam keadaan kerintihan kehujanan. Perut lapaw weh, sempat la menyinggah kat Mr Steak House. Nasib tak kuyup ja 😅
|
Sebelum makan baca Bismillah, lepas kenyang kita blah 😂 |
No comments:
Post a Comment