22 October 2019

Ride: Mee Udang Lembah Beringin

Route E1 🦞
10hb Okt 2019
VLog: 2019/014
#RouteHunter
#MeeUdang
#NasiGorengUdang
#LembahBeringin
#HujanAutoKansel

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم



Akhirnya, dapat jugak sampai. Kali kedua ni, kira nak g gak walau apa pun jadi. Hujan pun hujan la 😅 Yelah, sekarang kan musim hujan kan. Kalau dah keluar rumah hujan tak pa, ni belum keluar dah hujan malas la 🤭 Alhamdullilah, cuaca malam ni baik. Berangin sempoi ja. Sejuk kaw-kaw.

Korang kalau nak mai sini, make sure contact dulu owner. Jangan pakai redah je. Kalau redah kena rezeki ok la, ni kena tutup. Kan dah punah harapan. So, kalau nak nice-nice better contact owner tanya niaga ke tak hari berkenaan. Simple bukan!

Ride malam ni tak berapa ramai sangat, yang join mana yang free ja. Yang tak free kami macam biasa la, paham jak, Nak nak malam jumaat kan, Eh ! 🙈














 

 

 Sampai jak, customer tak bapa nak ramai sangat. I like it! 😂 Tenang ja nak makan tak sesak sangat. Menu yang Tyka tau ada 2 je la. Satu mee udang satu lagi nasi goreng udang. Udang memang padu. Besar. 1 hidangan ada 6 ekor udang. Harga bagi Tyka rasa ok la. Nice dengan harga hidangan. RM16 untuk menu tu.














Kami pelangan terakhir, posing sakan tak hingat 😂 Dah tak da orang kan. Pe lagi, make perangai la 🤪 Sempat la jugak tolong owner kemas meja (senarnya nak buat tapak paking moto depan kedai 🤭). Bukan salu en 👉🏻👈🏻 Nasib cuaca malam cun gila, syukur 🤲🏻





Mee Udang Lembah Beringin
Alamat: No 12A, Jalan Kenari 13B/1, Lembah Beringin,
44100 Kuala Kubu Bahru, Selangor
Waktu operasi: Rabu-Sabtu: 630pm - 12am
Ahad-Selasa: Tutup
Contact: +6016-204 4332


18 October 2019

Ride: Karat Cafe, Ipoh

#WRWR2019 🤝🏻
28hb Sept 2019
VLog: 2019/013
#WRWR2019
#RippleRelayMalaysia
#LadiesBikers
#KaratCafe
#PassBaton

🖱 File//FB.com: WRWR - Karat Cafe

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 










Baru ada masa nak simpan kenangan kat sini. Lama tak ride memalam sambil pekena hujan lebat baqhang. Hari yang penuh padat sedat dengan aktiviti yang baik. Pengalaman baru dalam hidup selama join group/kelab permotoran.

Pagi p reja, balik sesiap p pulak meeting ngan Cip Lando (nak tau nanti klik link ni). Tengah-tengah meeting hujan lobat baqhang tapi tak pa la. Awal lagi before ride ke Ipoh kang. Setel je meeting jam 5 teruih balik ghumah, mandi solat and teruih gerak Ipoh.

Berenti isi minyak kat Petronas Kundang baru pasan dompet kat ghumah. Ingat nak redah je hahaha tapi Incik Hubby tak kasi. So nak tak nak kena patah balik ambil. Incik Hubby tunggu dekat RnR Rawang. Kenapa tak ikut sekali? Hahaha Kalau dia dah balik, tak de ye kang sampai Ipoh 😅. Paham je la trafik petang-petang kan. Nak-nak jam 5. Redho je la redah mencilok-cilok 😝 Sampai ghumah, istifar jap. Minum air, baru la keluar balik. Orang tetua kata, kalau dah keluar rumah patah balik ada something nak jadi tapi kita tawakal je la. Minta dijauhkan. Sebab tu masa sampai umah tenang-tenang 😇

Masuk je Puncak Alam, Incik Hubby call (via earphone) tanya kat mana, dia nak jalan slow-slow katanya nanti jumpa kat highway je. Tyka okey je. Tykajumpa dia kat lepas exit Lembah Beringin. Tenang je mamat tu bawak moto kat lane kiri sekali hahah bini lak cam pelesit nak ngejaw dia 🤪

Sampai kat Hentian Tg Malim, nampak jalan basah. Mungkin lepas hujan la kot. sampai situ pun ngam-ngam dah jam 7. Just isi minyak then gerak terus ke tujuan. Kuo ja dari hentian tu xtau la bape meter tah kilometer en hujan lebat. Redho iollls tau hahaha Kesejukan kebasahan secukup rasa kena. Sampai je exit Slim River beredup sat bawah flyover tu. Ngam berenti tak sampai 5 minit hujan berenti. Terus malas gila je nak ride 😫

Jalan bape meter kering sekering ye jalan tu. Tak dak hujan sampai la kat Karat cafe tu. Baju seluar pun sempat dah kering (tak la kering 100% kan, just nice la tak bertakung air)

Karat Cafe
Senarya acara ride malam ni ride kesini khas untuk acara "hand over baton" untuk Riple Relay Malaysia. Dari GiviBellas ke Throttle Riot. Kalau nak tau apa tu semua, korang leh klik link ni.

Nasib tau before acara ni, Our Iron Lady Kak Anita Yusop dah bagi awal-awal menu. Supaya senang tak payah nak tunggu lama. So, Tyka sampai makanan dah terhidang (cuma tak panas jela) Tak dak hal la semua tu. Makan duluan baru leh fikir hahaha (kebuluq wehh tambah-tambah kena hujan dah).

Karat Cafe ni nice la, pestem jugak mai tmpat yang cem ni. Kedai nampak retro, macam rumah lam gitu. Makanan hurmmm hahaha sedap! Siyesly tapi.. hmm hahha tapi kan, pedas toq. Tyka tak layan pedas sangat. Udah ghuper apa tah makan pedas tu. Suma meleleh. Macam tengah makan sambil kena marah 😅 Bagi Tyka pedas dia tak leh bincang betul, saja cari gaduh!

 
 
 

 


Karat Cafe
Alamat: 137, Jalan Sultan Abdul Jalil, 30000 Ipoh, Perak
Maps: Karat Cafe
Waktu operasi: Khamis - Selasa: 5pm-12am
Rabu: Tutup
Contact: +6013-506 5677
Facebook: Karat cafe




 Tyka tak stay sana malam tu. Jam 12 terus gerak balik. Sengaja buat perangai ox (otak) seminit. Hahaha Tak da la, esok ada kenduri. So, tak leh la nak stay back. Kekonon nak join ride gak pagi tu. Tapi apakan daya, ada hal lain. Jam 3 selamat sampai ghumah kebaraian 😴


Pandangan Subculture Dari Sisi Rider

IMAN-SubCultre-Bikers 💬
28hb Sept 2019
VLog: 2019/012
#IMANResearch
#BikersMalaysia
#LANDOZawawiBrotherhood
#BMKL
#VRiderMCMalaysia
#EaternBoober
#LadiesFZMalaysia
#ROTS
#KCXSosialOffice

🖱 File//FB.com: IMAN-SubCulture

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 


Tika senarye telah terjebak secara tidak sengaja. Ada satu posting Lando yang kawan Tyka tag, dengan harapan Tyka boleh p. Setelah dia (Cip Lando) reply komen kat fb, dia minta kita "PM" dia kalau nak mewakili ladies bikers. So, Tyka ambil yang positif untuk ambil pengalaman join talk-talk ni. Group bikers yang join tak ramai, dalam anggaran 7 ke 8 sahaja (sebanyak kerusi kat opis cip 🤭



Tarikh asal persidangan (kononye) minggu sebelum 28hb ni, iaitu 22hb. Dia publish pun tak lama. Rasa macam ramai yang bersuara tapi tak berani. Hahaha sejujurnya Tyka pun tak berani. Gila kaw nak ngadap cip tu. Walaupun penah jumpa before ni (MGFZRM 18, Perak) gentar tu tetap ada. huhu

Perjumpaan tu berkaitan isu keganasan bagi sudut pandangan seorang penunggang motor. Sebelum ni IMAN ada buat dengan lain kumpulan. Senang kata ni just untuk tau pandangan kita je la. Pandangan orang kan lain-lain. So, dari situ dia mungkin boleh tau apa pandangan kita terhadap keganasan.

Style cip senang je. Satu soalan dia tanya ke semua orang baru dia pindah ke soalan yang seterusnya. Tak dak pun satu orang yang tak menjawab soalan tu. Hahahakira bagus jugak la sistem tu. Tau ke tak, jawab jujur ja.

Perbincangan tu disulami dengan hujan lebat diluar pejabat cip. Sambil bincang sambil pala hotak mikioq cem ne la nasib ride sat g. Hahaha. Kemana?? Tyka nak ke Ipoh untuk acara pas beton #WRWR (klik sini).

Jam 5 tamat la sesi perbincangan kami dengan IMAN. Ngam pulak hujan baru berenti. Tak dan aihh nak ngeteh sesama sebab kita nak shoot terus ke Ipoh.





Ride: Mega Gahtering Fz150i & R15, Tangkak Racing Track

Mega Ride 🛵
14hb September 2019
VLog: 2019/011
#LDR_LongDistanceRider
#LadiesFzMalaysia
#LDR_GTK
#MGFZRMJohor

🖱 File//FB.com: MGFZRM 19, JDT

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Tahun ni ke selatan pula kita untuk meraikan ulang tahun ketiga penganjuran MGFZRM. Tahniah kepada tuan rumah, Johor. Hari event tahun ni jatuh hari sabtu. Memandangkan tempat event tu tak berapa nak jauh. Kami ride balik hari je (bajet 🤭).












LDR❌Ladies FZ Malaysia
Ride tahun ni bergabung ride dengan Ladies Fz Malaysia. Rv utama, RnR Seremban. Jam 6pagi berkumpul, tayar golek 630pagi. Sebanyak 30 buah motosikal yang join ride ke Tangkak Racing Track ni.

















Dalam jam lebih kurang 825pagi, kami selamat sampai di Plaza Tol Bukit Gambir. Berhenti jap sebelum bergerak ke kedai makan untuk sarapan (mencari jugak senarye 😅).







 
Restoran Khayra KakLong
Rezeki kami dapat kedai makan yang makananye "fresh from kuali" kaw and rezeki buat owner dapat pelangan ramai pagi tu, Alhamdullilah 😍. Tanjat sis tu dengan kehadiran kami 😅 Tapi makanan bukan jenis untuk sarapan la ni terus jamak makan tengahari 😝 Boleh la dari tak de en~
Setel makan terus gerak ketapak event.



Restoran Khayra
Alamat: 219-5, Jalan Raya Besar Bukit Gambir, 84800, Tangkak, Johor
Contact: +6014-635 0930

Tangkak Racing Track
Tepat jam 1000pagi kami semua selamat tiba dipekarangan tapak event. Sesampai je, acara trek dah bermula.








Tangkak Racing Track
Alamat: Jalan Industri B3, Kg Gerisek, 84500 Gerisek, Johor



Kari Kambing 41 Hari
Ngam sampai 1230 memang cun untuk makan lunch. Tak ramai yang follow ke kari kambing. Diorang pilih untuk santai, rehat-rehat and chill dengan geng dari group lain. Bukan salu kan dapat lepak tepuk tampar sesama and bukan salu jugak dapat g Kari kambing ni en 🤭
 


Kari Kambing 40 Hari
Alamat: No. 215, Kg Hj Ghafar, Bt 5 1/2, Jln Yong Peng, 83730 Yong Peng, Johor
Waktu operasi: Setiap hari: 0730am-0300pm
Contact: 019-6272 243 / 014-6372 243 / 07-7583 129


Dalam ride kalau tak ada ceritera and benda lawak memang tak sahkan 😅 Memula ceritenya, konon nak balik awal. Takot kena tinggal alasannya. Sudahnya tersadai kat petrol pump menunggu kami tiba. Kiranya ada 2 group masa balik ni yang nak gerak awal.
ModiXStendet. So, stendet ni gerak dulu dengan sebab "stendet" ahahha Fikir punya fikir, bukak punya bukak, siap tukar plug tau and test ride pun dah tapi still motor tu tak leh go jugak. Boleh p pun dalam kelajuan 50km/j je. Berhuhu. Cadangan diambil untuk bukak check mana patut. Ngam tengah bukak cover airscoop and seat PUNCA dah jumpa. Punca tu bodoh-bodoh je 🤪 Tersumbak peket cabel tie dekat lubang air filter. Mana maunye go klu cem tu. Sebu jak motor

Trobek:
Jantan Gagah: Minta cabel tie, aku nak ikat visor ni. Klepek-klepek tadi mabur (terbang) pulak (lock visor helmet dia).
Gadis Fz: Nah! Cepat sikit, nanti diorang tinggal aku pulak.
Jantan Gagah: Ye ye kejap la (sambil letak je peket tu bawah seat lepas amek). Dah jom!
Gadis Fz: Terus tutup seat and berlalu pergi.
***10minit yang lalu*** Ketibaan group kedua.
Gadis Fz: Bang, boleh tolong tengok motor tak? Motor tak go la 50/60 je.
Pomen Lc: Jap, isi minyak jap.
                 ***** Terus check lepas isi minyak setel *****
*****Alkisahnye*****

Perjalanan balik diteruskan ketapak event ▶️























 
Dalam jam 6:00 petang kami semua bergerak balik ke KL/Selangor. Tiada hala tuju lain kecuali yang berpecah ke destinasi lain memandangkan isnin kan cuti ganti. So, memasing "me time" la~

10:00 malam kami semua selamat sampai ke rumah. Puas ride hari ni tapi penat amat. Maybe sebab jerebu kot. Jadi lemas gila and betul2 penat. Tak macam salu ride 2hari. Rasa ride balik hari ni macam ride 3hari 3 malam ja 😝

Bye MGFZRM 2019 See you at 2020

Campak Belakang

Cara mohon refund kad Touch 'n Go/Plusmiles

Campak Belakang