25 November 2014

Pinjaman Easy RHB & Aeon Credit - Membina Rumah

Bukan senang nak senang kan? Tyka pulak bukan datang daripada keluarga yang kaya raya. Cume senang sikit la. Ade tapi tak berade. Hehehe. Meh kite nak share pasal loan. Tapi jangan la buat loan tu untuk enjoy ke ape ke. Gunakan secara berhemat and beringat. Jangan muda-muda da blacklist pulak eh. Tyka buat loan tu sebab nak buat rumah. guna Easy RHB Personal Loan. Mana nak apply ni?? Kat mana-mana Kiosk Easy ni? Cer clik sini, rhb.com.my/locator. Cara nak apply pun seeasy panggilannye. Hanya 10minit je. Tak perlu bawak apa-apa dokumen, yang penting IC tu boleh baca. Kira da cun la tu. 


Ianya semudah nameye, Easy. Memang interest tinggi, tapi untuk masa depan kami ianya berbaloi la. Nak beli rumah memang tak la. Pikir balik daripada beli umah sampai ratus ribu then bayar balik pulak sampai puluh taun. Tak mau la. Sepanjang taun nak kene bayar hutang je. Dengan rhb.com.my/loans mase bayar balik cuma lima tahun je. Pastu rumah tu da memang confirm milik kite.



Okay, untuk loan ni Tyka tak pakai nama sendiri, sebab gaji (potongan syer pekerja follow by epf slip) belum sampai tahap minimum syarat dan terma Easy Rhb. Minimum yang Easy Rhb nak ialah RM165 keatas. Tyka guna nama ayah Tyka. Before buat loan ni tak tau pulak akan kantoi dengan MBSA (story Tyka yang lepas). Ikut kelayakan gaji ayah , ayah boleh mohon sampai 50k. Tapi sebab bajet duit KWSP keluar jadi Tyka apply lah 30k je, interest 11%.  Approved  je duit kat tangan. Cash 28k ++.  Tapi rase agak menyesal pulak time tu bile dah tau ade problem ngan MBSA. Tapi tak pe la, tak de rezeki nak kuarkan KWSP tu. Still teruskan jugak niat nak buat rumah tu. Tapi kali ni, rumah tu jenis rumah MAMPU SIAP je la. Kampung style. Dengan 30k tu, rumah dapat siap sampai part ni je:-



Pasal Easy Rhb tu da setelkan. Sekarang tak cukup lagi bape riban je. Untuk sempurnakan rumah tu. Bumbung, plaster luar dan dalam, siling, masuk meter letrik dan air. Untung kat sini, wiring Tyka buat sendiri. Jimat sikitla. Kena la cari jalan lain. Kali ni, hubby try Aeon Credit Service pulak (aeon/shahalam/selangor). 



Dengan Aeon ni straight. Macam bank-bank lain. Kene ikut procedure. Diorang nak penyata gaji 3 bulan, penyata bank 3 bulan dan copy Ic pemohon. Lepas summit, kene tunggu lagi tiga hari bekerja untuk tau jawapan permohonan tu.  Hubby apply 5k je. Tu je yang layak. Dengan interest 0.80%. Buat masa ni rumah dah 90% siap. So, ni la perkongsian Tyka dengan korang. 

N/B: Ni la pengalaman untuk orang yang baru nak hidup & berdikari. Yang penting kene usaha lebih sikit la. Jangan tau nak tadah je.

23 November 2014

Dugaan & Cabaran Membina Rumah

Azam tahun ni tak terfikir pun nak buat, beli or ade rumah sendiri. Sebab sekarang pun memang dah ada. Tapi kira ni menumpang sebelah umah mak mertue la. Bekas dapur lame. Dapatla bilik satu. Rumah pun tak besar mana pun. Muat la kami empat beranak. Time raye je la yang bikin rumah comel ni nampak sesak. Hahaha. Biase la family Malaysia ni. Nak kate slim idak ler, nak kate mok pun idak le jugak. Cume mantap bak hang. Hehehe.

So bile niat hati nak buat rumah datang, bincang la ngan husband. Banyak cabaran rupanya. Dari niat, sampai ler step yang mencabar dan menguji kesabaran. Bunyi macam nak daki gunung kan. Kurang lebih je la. Allah tengah nak menguji kesabaran dan sejauh mana kite nak berusehe. That the point you must work hard and be patient.

1. KWSP

Perancanganye kitorang nak keluarkan KWSP, nak buat rumah. Jabatan yang dirujuk mestilah KWSP (Klang) kan. Tanya ape document yang perlu untuk keluarkan duit tu. Staff tu pun bagi la borang. After tanye yang berkaitan and dah tau document ape yang perlu. Kitorang pun teruskan lah step yang seterusnya.

Senarai Semak Permohonan Pengeluaran Membeli / Membina Rumah

Document Sokongan Untuk Membina Rumah
2. Pejabat Tanah (Daerah Petaling)

Pergi pulak Pejabat Tanah Daerah Petaling. Lokasinya, google/pejabattanahpetaling.

2.1. Surat Ikatan Pemegang Amanah (Trust Deed).

Atas urusan penambahan nama kat geran, procedure bagi mengeluarkan duit KWSP tu mesti ada nama pemohon atau pasangan pemohon. Owner tanah tu sendiri yang kene g uruskan. Penama yang lain tak perlu hadir. Bagi permohonan ni, dua borang diperlukan, 2keping setem hasil RM10 dan harga nak daftar tu RM60 (RM30 Pendaftaran surat amanah & RM30 bagi Pendaftran dalam hakmilik). Total kire sendiri ek. Hikhik.
Form Trust Deed

Setem Hasil




2.3. Suratan Hakmilik Tanah / Catatan Carian Rasmi.

Sijil Carian Rasmi ini boleh didapati di pejabat tanah sahaja. MTF pun tak bape nak tau la untuk ape. Nak dapat kan Hasil Carian ni bukan nya free tau. Berbayar rupeya. Harga sekeping A4 yang bercetak Hasil Carian ni berharga RM50 (tercenggang jugak la time tu).
Hasil Carian Tanah

2.4. Harta dalam Majlis Bandaran.

Part ni yang buat MTF rase hilang sabar, tapi still bersabar. Disebabkan tanah ni dibawah naungan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), sume kene ikut procedure.
** Pihak MBSA memerlukan:-

- Kami perlu melantik seorang consaltant bagi menguruskan rumah kami dari segi drawing yang disahkan oleh arkitek berdaftar.
- Sistem perparitan yang baik.
Paham-paham je la kalau kita dah upah arkitek untuk buat sume ni. Berapa pulak ongkos ye tang tu. Tanya member harga untuk pelan je RMserat. Tu member-member punya harga, kalau bukan. Haaaaddddoiii. Penat pikir. Pihak KWSP memerlukan Surat Kebenaran je. Tapi, this is MBSA. Jangan mimpilah nak dapat. Kalau Majlis Perbandaran Klang (MPK), maybe senang. Ni dia, Surat Kebenaran daripada MPK:
Surat Kebenaran
2.7. Bukti Bayaran +/- 20% .
2.8. Pelan lokasi tapak pembinaan rumah.
Dua benda ni dah dapat, tapi disebabkan kantoi part 2.4. tu benda tu hanya tinggal kenangan je la.
So, simpan je kat dalam file.

Pelan rumah MTF yang tergendala
Asal 24' x 32'
Sekarang 24' x 24'

N/B: Walaupun gagal dalam pengeluaran KWSP, alternatif lain still  ade. Nak tak nak je tu terpulang kat kita. Biar pun kene buat loan. Janji ikut kemampuan okay!! Tunggu next story pasal loan tu.




28 October 2014

Resepi: Khasiat Sup Ketam


Ketam mengandungi sejenis proten yang dapat membantu pembinaan semula platelet yang hilang akibat virus denggi. Sesorang yang terkena denggi berdarah, platelet mungkin akan jatuh ketahap paling minimum, yang akhirnya boleh membawa maut. Korunk boleh la try resepi ni nati~
Kamus~
Platelet - Sel darah (mendorong kepada pembetukan darah beku).

Bahan-bahan
 * 4 ekor ketam
* 1 biji bawang merah
* 2 ulas bawang putih
* 1 batang kayu manis
* 2 kuntum bunga lawang
* Daun sup
* Garam secukupnya

Cara-caranya:-

1. Basuh ketam sehingga bersih & toskan.
2. Hiris bawang merah & bawang putih.
Tumis bawang merah & putih, kayu manis dan bunga lawang.
3. Bila tumisan dah naik bau, masukkan air (I lebih suka guna air panas) atau air biasa.
Pastu masukkan ketam. Bagi dia berenang dalam periuk mengelegak tu.
4. Biarkan sehingga masak. Sampai ketam tu bertukar warna jadi warna oren-oren gitu.
Jangan lupe garam ye secukup rase okey.
5. Sedia dingap. Hiaskan dengan daun sup, kalau ade bawang goreng leh letak sekali.
Cadangan hidangan sajian

~Selamat mencuba~
N/B: Kepada yang diserang wabak denggi tu, banyakkan minum air kosong/putih k. Then, try le resepi ni.

26 October 2014

Resepi: Bubur Nasi ala-ala Bubur Mcd

Waktu hujan-hujan cenggini mula la teringat bubur hari tu makan kat PPUM (Pusat Perubatan Universiti Malaya). 22hb hari tu kan public (Deepavali), g melawat kawan kerja. Time on the way balik tu singgah la kat cafe. Nak lunch. Kene pulak time tu hujan. Saje je la order bubur ayam. Tengok cam lazat  and murah je. Beli semangkuk. Hehehe. Sedap punya pasai balik tu tapau lagi. Bio la orang nak kate ape pun. Kuang kuang. Hilang mood diet I. That my story before.

Petang tadi, hujan. Tuh la mood bubur je. Sebenarye malas nak masak. Hahaha. Ajak hubby g caik bahan-bahan penting tadi. Sebab, sume bahan-bahan tu xde kat umah. Yang ade hanya la beras. Haaa. Acano tu? I bagi tau kat hubby, yang I nak buat bubur same cam makan kat PPUM hari tu. Nasib la die pun rase time tu. Die tanya tau ke. Tibai je la I jawab. Tapi die ade letak somethingla. Memang sedap and beraroma. Nak tau x? Minyak bijan. Aroma die.. Peeggggrrrhhh. Menaikan selera yang memang tengah lapo ni.

Meh cini I share sikit resepi bajet I tadi tuh:-

Bahan-bahan


 Caranya:-
Basuh beras sampai bersih. Cam nak masak nasi tu. Letak air lebih sikit. Kate nak masak buburkan. Then, letak kat rice cooker. Masukkan halia 2 hiris and ayam yang bahagian tetulang tu. Nak jadikan original chicken stock sekali. Tak payah pakai da yang ready made kat kedai tu. Bio je bubur tu menjadi bubur, kalau kurang air tabah ngan air panas. Next procedure, ketuk bawang putih guna pisau ala-ala cheff tu. Pastu cincang-cincang sikit. Jangan guna lesung batu pulak eh korang. Then, daun bawang, daun sup and ayam rebus (masak asing) tu pun hiris nipis je. Cam gambo ni:-

Bahan campuran


Nah, siap sudah. Makan time panas-panas and hujan cenggini memang sedap. Tapi korang jangan lupe letak garam tau mase masak tu. Ikut taste korang k. Time makan tu jangan lupe gaul sume bahan tu. Karang tak gaul kurang kick pulak.

Serving suggestion

N/B: Cooking is simple. First trial. Menjadi kaw. Korang pun patut try and rugi kalau x try. Thanks sudi baca!

25 October 2014

Cara Mudah Buat Blog

Rase gatal tangan pulak memalam ni nak mengcreate something yang boleh dikongsikan ngan korang. Yang dah tau tu dok dediam je k. Peace yoo!

 Selama hari ni I xpernah pun terfikir nak berblog bagai ni. Selaluye memang pakai type je kalau ade pape bende yang perlukan jawapan or pengetahuan. Just click nanti Mr.Google cerite la everthing, kan.


Now, I macam nak kasi tunjuk sikit la. Amacam boleh bikin ini blog sama uuuooolllss. Kite sesame learn and do it k.


Follow this step :- 
☜ Click blogger google account.



☜ Pastikan korang ade Google Acc. untuk memudahkan step seterusnye. Kalau xde Google Acc kene la sign up first kat google sign up. Then baru la boleh create ur nice blog.



☜ Lepas da settle sume tu, korang da boleh create blog yang korang inginkan tu. Just click, New Blog.



☜ Then fill in the blanks. For the address, you all just create one web for ur blog. 



☜ Siap sudah. Selamat berblog! ™





21 October 2014

Pengalaman: Menyentuh Ular


Dupdap dupdap saat hati ni nak menyentuh reptilia tidak berkaki dan berdarah sejuk.
Cer teke abende? Haaa tau x? Ular la 🐍Eeeeuuuwww~ Mesti korang da geli kan 😜

Sejarah ni terjadi pada ahad lepas, buat pertama kali ye dalam hidup pegang dan merasai ular tu.


19hb Okt 2014
Dataran Kemerdekaan Shah Alam
Karnival Komuniti Telematch Antara MPP

First time nak pegang tu pikir banyak kali jugak la. Betul ke ni nak pegang. Kot tetibe ular ni buat hal ke. Hissshh.. Tapi dalam pale otak ni da xpikir ape pun. Yang terpikir nak jugak pegang walau ape pun jadi 👉👈 acah-acah berani 😜

Nak dijadikan cerite, ahad tu hubby ade tournament futsal jemputan Zon 21, Setia Alam. So, pagi tu sampai terus ke khemah Zon 21. Khemah @ Rumah yang dihias simple je.

Zon 21
Lepas amik baju, begerak la kami semua ke gelanggang futsal. Dalam perjalanan tu, nampak la booth ular & burung kakak tua, kolam memancing dan booth2 lain la. Sempat singah jengguk2 gitu je la. Then terus ke gelanggang. 
Sampai ja kat gelangang, tetiba perasaan teruja tu datang. Cam xsabow2 pulak nak g balik tempat ular tadi tu.
So, After hubby warm up terus bagi tau ajak die, "jom g tempat ular tadi 👉👈 Nak pegang la ular tu". Jawapan dia, " mengade, tadi tak nak" Haha nasib baik la nak, biase yer tunggu la da muncung ni panjang baru la nak turuti kehendak bini die ni 😝

Sampai je kat booth ular tu, tak tungu lame dah. Tengok je orang dah tak berkumpul kat ular tu. Haaaa thats the time (omputih tros kaw). Raseye tak de la geli sangat. Maybe ular tu bersih and da biase dipegang2 kot. Perasaan geli tu langsung da xde. Siap kene kiss pulak ngan ular tu 😘 Oppppss~ Gatey noh dia ni eh 😅Eeeeuuuuuwww.. Hahahahha…
Pertama kali bersua & bermanje
Saat kene kiss
Lastly selfv
N/B: Mencuba sesuatu yang baru untuk merasai pengalaman yang baru. Thanks speed time korang bace bende poyo ni. Hahaha 😝

Campak Belakang

Cara mohon refund kad Touch 'n Go/Plusmiles

Campak Belakang