13 November 2018

Ride: Nasi Bamboo + Cameron Highland


OX Setengah Minit 🧠
6hb November 2018
#DeepaRide
#NasiBamboo
#CameronHighland
#LadiesRide

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Bersempana public holiday last week, kami sepatutnya ke Kedah menghadiri majlis raja sehari 👫 Izrin tapi tak kesampaian oleh kerana isnin petang tu hujan kemain lebat lagi.
Sumber: Fb - Muhd Fakhiriza Menhuri (Ayie)
So, ghumah Tyka dilanda banjir yang tak berapa nak kilat 🙃 Persiapan nak p tu memang dah siap dan sepatutnya kami gerak malam tu. Apakan daya, magrib tu air memenuhi ruang tamu 😭 Terus cancle la ride malam tu. Tambah pulak member dari JB (Awan namanya) dah sampai petang tu. Kesian kat dia jejauh mai, tapi tak dapat p sebab Tyka tak  dapat p. Dah la apply cuti 2hari tapi tak dapat p ride. Bincang punya bincang, masing-masing nak buat kerja gila. Biasalah kan masa-masa cuti hujung minggu and public ni la masa untuk riadah (yang tak de deal ngan family ler 😜)
Dari JB berhujan, sampai Selangor main banjir pulak 😅
Mengajak ngukur jalan, bosan katanya~
Jam 0000 air mula surut tapi still tak boleh nak cuci rumah. Malam tu dia ikut Pika balik rumah dia kat Sg Janggut, Kapar. Bagi dia rehat-rehat dulu.

Lepas subuh, siap cuci rumah. Rehat-rehat jap. Pagi tu dah relax, rumah dah siap cuci masa untuk mengakal! 😅

Pagi Deepavali 🙏
Damai & tenang ja pagi tanpa kenderaan lalu lalang 😇
Keluar cari makan ngan Incik Hubby. Diorang??? 😂 Membuta lagi la citanya 😴 Tengah-tengah sapan duk deal apa nak buat hari ni. Awan dah craving gila nak ride 👉👈 Sian dia. Tyka lak dapat "visa" melancong 24jam 😚 Incik Hubby kata p la temankan Awan ride. Ajak dia nak ride kemana dia nak p.

Masa plan dorang mengakal nak p Lemang Toki Lepas tu ngajak Nasi Bamboo. Perghhhh tak tengok time betul memasing. Masa ngajak tu semua atas katil lagi 😪 Taip mata tertutup tu yang minta merapu 😤 Dari timur nak ke utara. Gila sey! 🙄

Kalau plan yang tu, Incik Hubby tak izinkan. So, Tyka ajak diorang p Nasi Bamboo lepas tu naik Cameron Highland. Hah memasing deal. Masa dah suntuk, motor tak sebis (service) lagi, Balik sarapan terus singgah sparepart beli EO ngan filter. Sebis sendiri ja kat rumah 🔧
Sebis dulu sambil menuggu mereka sampai
Jam 1300 on bike dari rumah Tyka. Kami bertiga ja yang "ox setengah minit", Tyka, Pika and Awan.
On bike!
Jam 1340 check in RnR Rawang. Berhenti jap sebab dorang belum sapan and makan pape cuma makan angin ja 🙈 Kang jadi pape lak payah. Dapat lahap roti dulu jadi la. Tyka tak pe sebab dah sapan 😜

Jam 1400 sambung semula perjalanan kami ke Nasi Bamboo. Jalan masa ni tenang gila, tak jem and kenderaan pun tak banyak. Bagus la kan 🤗

Jam 1459 selamat sampai kat Nasi Bamboo. Laju tak laju la cuma kurang berenti jak. Jalan memang best, trafic lancar gitew. Rasa kalau public and perayan macam ni, jalan dia nauzubillah 🙄
Check in Nasi Bamboo
Macam biasa la, Nasi Bamboo tak penah tak ramai 😅 Tapi nampak susun atur dah berbeza dari sebelum Tyka p. Makin banyak seat and meja disediakan. Deway, makanan and minuman ada charge 6% (SST) tau~ Jangan tanjat lak, kat kaunter suma ada memo pasal 6% tu 😊



Pika a.k.a Henna
Awan... Nano nano nani Hehehe
It's me, Tycar 😚
Settel makan gerak terus ke Cameron Highland. Berhenti jap kat RnR Tapah. Kami naik dari Tapah nanti turun kat Simpang Pulai.
Mengimbau tempat kejadian 🙄
Singgah Lata Iskandar
Tak sampai lagi atas dah rasa kesejukannya. Dah la glove halfcut ja 😖 Geng motor lain masa kami naik, diorang turun and mostly semua kenderaan turun, tinggal kami je bertiga yang naik 🙈

Jam 1748 check in Cameron Highland. Masa berenti ni, beku jari. Suasana tenang redup itu la kot sebab sejuk yarabbi 😍

Hacah-hacah ja minah ni 😅
Sambung perjalan sikit g p Tea House Valley 1. Sesantai jap menikmati suasana petang. 1jam jugak la kat sini.
Check-in Bharat Tea House 🍵



Pika & Awan
Tak pernah-pernah nak beli makan and minum kat sini tapi sebab poyo-poyo nak wat kenagan beli la tea 1 pot dengan kek tea hijau. Semua tong-tong. Tapi en tapi en air tak sampai 5minit dah suam 😂😅 Nampak dia punya sejuk macam mana tak. Kejap ke dah suam. Kalau lah tadi minta tea suam gamaknyer terus sejuk kot kahkah

Ketenangan! Semua dikelilingi kehijauan 😍
Santai sambil menghirup teh sejuk 😂
Jam 1900 gerak g pasar malam kat Berinchang kat area Barrington Square. Malam tu p macam tak bape meriah macam yang Tyka p masa CNY hari tu ja. Tak tau la kalau hari biasa kurang meriah ke hape kan. Tapi still ada ja kedai yang buka and pengunjung tak seramai masa Tyka p la. Kat sini cuci mata sikit-sikit. Bawak diorang beli buah tangan sikit.
Cuci mata 👀
Strawberi 🍓🍓🍓

🖱 file: Cameron Highland - CNY


Settel beli dah jom belah pulak 😅 Masa ni memasing menahan nak terkucil 🙊 Tak jumpa lak toilet kat area ni. Nak tak nak kena tahan bawak sampai ke BHPetrol Blue Valley.  Jauh? Gila la tak jauh, memey jauh ar habaq ke mu 🙄


Jam 2005 sampai kami kat BHPetrol Blue Valley. 21kilo menahan weh. Dengan kesejukkan malam tu disulami dengan gerimis mengundang 😪 Mengigil atas moto layan koner 😖
@BH Petrol Blue Valley ⛽
Jam 2145 sampai RnR Tapah. Balik ni, kitorang terpecah jap ngan Pika 😂 memasing nak lock throttle. Janji nak jumpa kat RnR Tapah, sekali dia dah melepas terus gerak ke RnR Ulu Bernam. Siot tui meninggal kan kami yang menunggu dia, dah la bateri hp dia tak dak. Hisshhh sabaw je la~ 😪

Jam 2306 baru kami berdua ni sampai kat RnR Ulu Bernam. Sampai ja, mencari orang yang hilang tu kat sekitar medan selera tu. Duk kat belakang tiang, mana mau nak kelihatan. Siap daj mencekik dulu pulak tu, kemain minah ni 🙄

Tyka sampai-sampai terus hanyut. Lelap jap sebab kepala sudah rasa berat yamatttt  😖 Tak tau la berapa lama terlelap 😴

Bangun-bangun ja, Awan ajak cari makan nak pekena mee kari special power 😋 Dia ja dua mangkuk, boleh tahan gak minah ni 🤣
Kebaraian REDCODE 🚨🚨🚨
Layan ni je la mampu. Nak telan mee kari tak masuk pulak 😅
Jam 0040 gerak balik. Rasa dah okeh masa ni. Pikir rumah ja tapi senarya pikir bantal kahkah. Last pit stop berenti kat RnR Jejantas Sg Buloh. Lepas tu kami berpecah ngan Awan kat exit KLIA/JOHOR via Elite. Awan terus gerak balik JB.
Fuel tank before shoot JB ⛽
Jam 0200 ngam sampai rumah. Memandi sat, eh sat ke? Hahaha lama sikit la. Merendam air panas 😂 Stokin jangan lupa pakai kalau nak tido dengan lena. Awan sampai rumah jam 0353. Pergggh 2jam lebih ja dari KL sampai Kluang. Kemah boh 😍 Alhamdullilah, memasing selamat sampai teratak dengan selamat 😊 Next time mengakal lagi ea 😅 Thanks y'all sudi baca entri Tyka 😘

12 November 2018

VLog: Si BlueThunder-Fz 150i


Vlog_B'Thunder
#BlueThunder
#B'Thunder
#BlueLychees
#RempitInjection

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Hi uollls~
Napa vlog? Eh suka la kita yang nak buat 😂 Jokes ja. Tapi sejujurnya memang saja pun. Dengan dia lah kita kenal orang sekeliling kita macam mana, pengalaman indah/buruk, mengajar kita lebih kenal dunia dan bercuti/riadah/jelajah tempat orang (negeri selain Selangor).

PERISTIWA
Terdetiknya nak beli fz ni sebab senang nak p awayday (Tyka ni fans Selangor ❤💛). Sebelum ni p awayday guna moto adik ja, LC135. Paling jauh lc tu p awayday sampai Stadium Hang Jebat.

AWAYDAY SELANGOR VS PDRM, STD HANG JEBAT - 23 APRIL 2016
Dari rumah cerah je, sampai Dengkil awan dah nampak gelap. Ada tanda-tanda mandi hujan hari ni. Ternyata la benar 😂 Asal awayday belah selatan mesti hujan 😭
Petron Dengkil
Lepas je exit KLIA, hujan renyai-renyai, depan tu hujan berenti (jap je). Sampai Somban hujan lagi nak 😂
Baru sampai Labu
Lepas ni kalau hujan lagi redho je la. Atas moto jangan kata tak mengigil, habis lencun luar dalam dah ni 😅 Lepas tu nampak macam clear ja, sampailah RnR Ayer Keroh. Baju pun dah sempat kering ni.

Alhamdullilah, selamat sampai stadium tanpa hujan. Hujan ni pun macam drama tau dak, tangah syok-syok layan game lagi sekali hujan mai. Time ni tak dak masa aih nak lari. Bio jela, tapi hujan tu lalu je. Saja nak memeriahkan suasana kot 😅
Ending hujan ni memang dramatik sangat, dari Melaka sampai Selangor bahagia sangat. Ngam sampai kat Bt 3 hujan lebat gila aihh. Memang tak dan la nak berenti. Sebab tak dak tempat boleh berenti. Decide jalan je terus. Sampai Setia Alam elok ja kering. Korang ghaser? Lepak mamak semua ushar baik ja 😁

So, masa lepak-lepak ngeteh/ngopi tu. Sempat menyembang:
🧑:  Nak beli tak moto power sikit untuk awayday.
Tyka: Moto apakah?
🧑: 150. Nati tengok moto apa yang ada.
Tyka: Ushar la dulu. Kalau ngam, rege cun, nati proceed.

Seminggu kemudian..
🧑: Ada jumpa ni, CK 9. Harga pun murah.
Tyka: CK 9??? (muka pelik tak penah dengar 😂 #JanganKecam) Brand apa tu, tak pernah dengar pun sebelum ni.
🧑: Nimota~
Tyka: 🤔 Hmm tah. Ada gambar?
🧑: Nah ni (masa tu).
Tyka: Owhh.. Ok gak.
🧑: Tapi Yamaha ada FZ.
Tyka: Fz pulak 😏 Hmm try la ushar dulu ape best antara dua ni. Later orang decide.

Beberapa minggu kemudian...
Dah decide, amek Yamaha FZ. Tapi sebelum keluarnya fz ni senarya ada deal lain 😂 Tyka senarya nak sambung study. Nak amek course safety kat Niosh. Tapi malangnya, Incik hubby dak ijini mbak 😭 So, bagitau dia kalau tak dapat study, orang nak beli moto la dengan nada yang keciwa 👉👈 Sebagai hadiah besday yang ke teettttt 😅 Tak payah la nak tetttt sangat. Yang ke 26 😍

HADIAH
Okeh, bulan 6 hampir sampai dah. Moto nak amek pun dah decide. Sekarang no plet ja. Kalau boleh nak yang sama nama. TKA 😭 Malangnya capital tu JPJ kata lagi 30 tahun la kot. Whatttt?? Hmm iolls redho part ni.

Jom p kedai booked untuk Tyka punya befdey 🎉 Amek full loan, dari Aeon Credit. Ye, no depo. Janji payment santek. Aeon ni suka sorang yang bayar on time tau 😈 Deal punya deal loan lulus dalam masa 3 hari je. Aeon call dah boleh collect moto kat kedai. 👉👈 Tapi kita nak no plet and moto tu keluar masa befdey Tyka. Nak amek F kene tunggu bulan 7. Nak amek V tak santek. Lastly, bagi tau kedai nak no plet custom. Tyka bagi no, suh dia beli la mana-mana negeri pun tak kisah.
Laju kedai ni buat kerja, ada duit kan 💰 Memang la laju 😈 Nak tau negeri mana yang dapat tu? Hah tu hah, kat sawak sana. Miri~ Tapi ok la, Nice gak 😍

KELUAR AWAL
Motor keluar awal daripada yang dijangka. Kedai bagi ambil awal. Dia process bagi setel. Moto baru kan. Park pun dalam rumah. Kalau tak silap moto keluar sehari lepas puasa 2016 kot. Sebab masa tu memang bulan puasa pun.

13 JUN 2016
Official si BlueThunder ni dapat pas jalan 😍 Baru dapat roadtax and dah boleh jalan-jalan. Sebelum ni tak dak. Sebab tu lah paking lam ghumah 😅


Ni jandaku 😭


PORT DICKSON - 18 JUN 2016
Hari ulang tahun kelahiran Tyka 👉👈 Befdey girl pun sabtu tetap kena reja gak 😅 Nasib la halfday. Jangan kata tak dak plan. Ada! Balik ja reja terus shoot PD.
Sampai dah~
Iftar
MidNite Lepak
    Sambut befdey berdua kat sana dengan Incik Hubby. Mood honeymoon gitew ler~ Aucchh 😍 Sampai sana terus check in. Check in kat Langit Langi Hotel. Mandi-mandi nak ready p cari tempat iftar. Ni first ride jejauh as single ride. Tyka 1 motor Incik Hubby 1 motor.
No. 881, 882, 883,
Jalan Pantai Bt 1,
Taman Mewah,
71000 Port Dickson,
Negeri Sembilan
3 ⭐⭐⭐
🍴 Free breakfast - 2pax (masa bulan pose, dia open utk sahur. Tapi sayang xsempat bangun 😭)
⛲ Swimming pool
💰 Harga pun tak yahudi sgt
 Video FB: file: BirthdayRide_PortDickson

Ketiduran sesama setelah penat berjalan
STD BANDARAYA PULAU PINANG - 23 JULAI 2016
First ride awayday dengan fz. Sekali p kemain jauh nun hah ke Penang teruih~ Masok pulau weh, best~ Jenjalan tempat orang kan. Teruja sangat-sangat. Lepas habis game, check in. Masa ni check-in kat Tune Hotel ja (walk-in), nasib ada kosong. Siap-siap check in, kebuluq pulak aih 😏 Meraban la p cari kedai makan. Incik Hubby kata nak pekena nasi kandar, dah alang-alang sampai Penang katanya. Sanggup google aih~ Nasi Kandar Deen Jelutong 😋 Tyka memang tak makan kari-kari, lagi-lagi banjir terox ni 😂 Tyka rasa sikit ja dengan nasi putih dalam lautan kekarian tu, cukup dah 😅 The lucky, malam tu jumpe lak player Selangor.

RnR Tapah
Tunggu time nak masuk, tapi hujan lebat gila
Lencun pun still steady layan perangai
Jumpa lak player Selangor

🏨 Rata-rata tempat memang Tyka akan pilih Tune Hotel. Tak tau la kenapa, tapi rasanya macam ok la check in sini.
📵 Ujian ketahanan as pembonceng. Tahan ke tak tahan tu boleh tahan la kot 😅

BLUETHUNDER
Nama untuk motor Tyka. Asal usul dapat nama tu dari Incik Hubby. Dia kata letaklah "thunder". Thunder ape (dalam pale ingat tanda, rupanya thunder 😂)? Rupanya petir~ Tak tau la petir ape boleh dia kaitkan dengan fz ni. Mengikut je la. Blue tu sebab warna moto kan biru, jadi la "BlueThunder".


FRASER HILL - 7 OGOS 2016
Ni ride suka-suka hubby and adik ipar. Teringin sangat hah nak ke Fraser tu. P bertiga ja. Fz, 125z and RR. Sampai ja kat Kuala Kubu jumpa lagi 2 orang. Jadinya, 3Fz, 125z and RR. First time gak ni ride. Orang kata jangan beriya sangat. Bawak je motor macam selalu. Akhirnya sampai jugak kat Fraser Hill 8Km. Dah tak jauh, tapi jalan dia hmm.
Video FB: file: FraserHill_07082016

Sampai jugak akhirnya
Keh, kat sini ada bad memo la. Kitorang laki bini down. Hubby down masa nak naik, Tyka down masa nak turun 😂 Allah bayar cash, manjang gelakan hubby ja 😅 Nasib down bukan arah gaung, kalau tak... Innalillah la kot 😅 Tinggal nama je la. Sakit-sakit pun still boleh bawak motor turun bawah. Nak wat acano kan. Bila sampai bawah dah tengahari. Memasing dah kebuluq, berenti la makan jap. Hah masa ni la baru rasa sakit tu 😭 Sampai terpaksa call member tolong tow moto balik umah.
Lepas jatuh - kat main road Fraser
Sampai hospital - Hospital Sg Buloh
Kenangan 💔
Admit - Keen Yip SB
    
 Motor? Hmm biasa la calar-calar sikit ja. Hati ni yang calar banyak 💔

📵 Bila group tau kita down and orang baru. Diorang banyak ajaw cara-cara kendalikan motor masa koner, amek side masa koner, and macam-macamlah suggestion and tunjuk ajaw tu.

KUALA KLAWANG - 14 OGOS 2016
Kali ni dabel-ride(double). Ride dengan LDR untuk kali pertama. Walaupun tangan still lagi sakit, tak pe la kot, sebab Incik Hubby yang pandu. Ingat ride Klawang tu patah balik. Rupanya pusing terus sampai Karak sana hah. Rv Petronas Kuala Langat - Kuala Klawang - Spg Durian - Karak - Genting Sempah. Fuhhh fuhh marem kau jah~ Nak sangat kan ride. Betul-betul long distance dia bagi. Tapi enjoi. Pengalaman sangat 😍
Video FB: file: KualaKlawang_14082016
Check point 1st
Lunch time
Tea time
    📵 Ujian ketahanan as pembonceng untuk layan koner, bukan hegwey aw. Tahan ke tak tahan tu boleh tahan la kot 😅

PD BIKE FIEST - 4 SEPT 2016
Part ni lain sikit, sebab ni melibatkan event dalam dunia permotoran. Jujur ni event first Tyka and Incik Hubby join. Untuk konvoi hewey ni yang pertama jugak. Banyak belajar dari Abg Syed and kawan-kawan yang lain. Kena pandai bawak diri and belajar untuk berkawan and please jangan nak buat pangai lak 😏
1st rv - Sg Besi
2nd rv - RV PD
Peace yo!
    
TTS DURIAN BKT KAPAR (CK9) - 9 SEPT 2016
Yang ni acara makan durian. As tuan rumah kat tempat sendiri, so Tyka jumpe diorang kat Shell Duta arah utara. Lead diorang daripada Tol Setia Alam till lokasi. Makan durian free, cekik je selagi mampu.
Video FB: file: TTSDurian_09092016
Briefing time
Cabutan bertuah
Makan sampai puas
#Kenangan
GOHTONG-KKB - 11 SEPT 2016
Ride ni atas permintaan Tyka. Teringin sangat nak jejak ke Genting tu. Tapi tak sampai Genting pun. Just sampai Gohtong, lepak kat mamak (sapan), turun ke Kuala Kubu Bahru (lunch kat asam pedas Aiman Tino) naik balik Gohtong masuk Janda Baik (mandi manda) keluar Genting Sempah terus balik.
RV - BHP Gombak
Mamak Gohtong
Asam Pedas Aiman Tino, KKB
Janda Baik
CUP PRIX TEMERLOH 2016 - 25 SEPT 2016
Dah sampai Temerloh tak sah kalau tak pekena patin masak tempoyak, singature of Temerloh. Ride ni 2 dalam 1. P layan ikan patin masak tempoyak and tengok cub prix. Masa ni tak merasa lagi ikan patin Gobang Maju sebab masa tu memang penuh gila orang. Ada event kan~
Petronas Bentong
Restoran Ngeteh De Sungai
   
So, kami p kedai sebelah Petron (Restoran Ngeteh De Sungai Temerloh). Lepas lunch, solat baru gerak masuk tapak event. Balik sempat menyingah rumah kawan, alang-alang sampai kampung dia kata kan. Singgah la jap.

350KM CORNER KUALA KLAWANG - 8 OKTOBER 2016
Sebagai seorang single rider gegirl, berbanga rasanya dapat join event ni tanpa sebarang masalah. Alhamdullilah, bermula dari Kuala Langat - Kuala Klawang - Karak Genting Sempah - Gombak. Perjalanan ni sama je macam vlog Tyka 14 Ogos tu. Cuma yang ni memang event 350km corner dan disertai oleh group Y15 TTS (Test Top Speed). Konvoi ni Berakhir kat RnR Gombak pada jam 2030 (lebih kurang cem tu la).



Bila angkat camera, memasing punya style
Mega Ride & Corner
DEFENSIVE RIDING TRAINNG - 26 OKTOBER 2016
Untuk yang ni, lain sikit dari konvoi or TTS. Sebab yang ni kursus cara pengendalian motorsikal dengan baik oleh Mr Peter Hodgson (owang matsaleh deh). Banyak jugak cara-cara yang dia sampaikan berkenaan dengan cara penungangan dan situasi disekeliling kita. So, masa ride tu kene bebetul FOKUS! Walaupun kita dah habis fokus, tapi orang lain akan menjadi sebab terjadinya kemalangan. The end, berhati-hatilah. Yang ni anjuran oleh Anita Bike (ABC). Free, sebab tu sanggup apply cuti 😂 Orang nak bagi ilmu, free pulak tu en. #SyukurSelalu
     

CAMERON HIGHLAND vs PIALA MALAYSIA - 30 OKTOBER 2016
Petronas Jalan Simpang Pulai-Lojing
Ride ni kira ride yang bertindih dengan hari game piala Malaysia akhir antara Selangor mlwn Kedah dan publik holiday (wesak). Opkos la public kan hari ni sebab masa on the way ke Cameron Highland ramai hijau kuning turun arah KL. Masa p ni semua jenis moto ada and hampir 30 biji atau lebih yang join bercampur group dan cc.

Nampak tak hamba Allah tu kemain semangat ngan jersi Selangor dia
 
Sampai Cameron dah!
 

Biasa lah kalau naik CH kan, lepak layan teh, layan stobeli, layan perasaan eh 😅 Kami lunch kat Tanah Rata, lepak la kami semua dekat Tanah Rata tu.

Zuhur  - Tanah Rata
Habis lunch, kami dapat jemputan khas ke Nova Highland Resort and Residence untuk beristerihat sebentar and for hi-tea. Kebetulan, hari ni cuaca tak menyebelahi kita, eh kami. Hujan boleh dikatakan disepenjang jalan masa kat Tanah Rata.
Bersama orang besar Nova Highland Resort & Residence



Tapi Tyka tak dapat join lama, sebab nak berkejar balik nak ke stadium lak. Dalam pada hujan ni korunk rasa lepas ke? Hahaha jangan mimpi la aih~ Tyka balik berdua je dengan Incik Hubby. Sampai kat heway lak jem berderet panjang. Maklum je lah, musim cuti sekolah dah habis 😭

Ngam sampai Shah Alam sempat lagi senarye nak ke stadium tapi disebabkan dah mengembang+letih+ngantuk, Tyka ajak balik terus. Suruh Incik Hubby layan live kat umah je la. Tuh pun atas motor dah ketiduran 😴 Dah beli tiket ke belum?? Opkos lah dah nok! Yes, tiket mahal kan. RM50 kaw~ 😭

📵 Sejak dari kejadian tu dah tak berani nak joinkan aktiviti lain dengan event ride LDR ni. Mengila memasing 😭 Insap insap, insap jap je 😅

BINGIT RENDEZVOUS TITIWANGSA - 6 NOVEMBER 2016
Ride ni dapat join pun jap je. Dapat lampu hijau dari Incik Hubby, kemain suka lagi en. Gerak ngan Pika and Mirul. Lepas baik reja p la jap lepak-lepak ngan diorang. Aktiviti masa tu lepak-lepak, makan-makan, layan rev dari group yang baru datang and kebetulan petang tu artis jemputan Awie. Sempat layan jap, pastu kami p tempat lain 😅 Melayan kepala memasing, membowling la kami kat Wangsa Walk Mall.
Tapak event
Membowling jap
Sambung sampai ke malam

Pagi ahad
SELANGOR BIKE FIEST, STD SHAH ALAM - 13 NOVEMBER 2016
Setiap bike week tak dak benda lain nak buat selain lepak-lepak santai, makan-makan and ushar booth. Best ride kali ni under Storm Rider. Dapat tshirt, makan-minum and petrol.

LDR Crew

Bike & Roses
Lepas habis event Tyka tak join yang lain, sebab tak berapa sihat. So, lepas event berpecah kat Petronas bersebelahan dengan Aeon Shah Alam. Tyka p lepak kat dalam tu dengan Incik Hubby and Pika.

MEGA GATHERING 125ZR, STD SHAH ALAM - 26 NOVEMBER 2016
Ride ni join gadis Selangor Fan. Sesaja nak memeriahkan. Join ja la. Tyka jumpa diorang kat bawah fly over (NKVE), menghala ke Shah Alam.

Tak tau la nak kata cem ne pengalaman ni. Masok ja tapak event dah macam umah kena fogging 😂Ioolls ni sesak napas u. tak tahan dengan hasap bebagai tu hah~ Tapi nak tak nak lepak gak la. Kot agak-agak kritikal pandai-pandailah diorang call 999 😅 Tapi nasib semuanya under control.

Siyeslah kata memang setiap masa diorang ni main rev(rem motor) je. Gila tak takot gamak ye enjin tu janam 👉👈 Nak kecam? Kecam la~ Ni kan just cita pengalaman ja 😪

ANITA BIKERS CLUB, PANDAN INDAH - 3 DISEMBER 2016

Hat ni, jemputan khas dari Kak Anita untuk majlis pelancaran ABC (Anita Bikers Club).
Makan dulu
Penyampaian sijil defensive Riding Training
 
Majlis diadakan di Kafe Sembang Spontan, Pandan Indah. Acara makan-makan, ucapan barisan VVIP, artis ABC and pelancaran filem apa tah masa tu. Lupa lak aih 😅

FELDA KEMELAH, SEGAMAT - 23 DISEMBER 2016
 
24hb Dis- Ride sempena krismas ni lain sikit. Tak ramai yang join sebab melibatkan hari kot. Event ni anjuran Anak Felda Kemelah, Segamat (Mega Reunion). Jangan kata tak meriah, gila-gila punya meriah. Perjalanan bermula dari malam 23hb (malam). RV RnR Seremban. menunggu kelibat yang lain. Lepas semua cukup barulah terus bergerak ke Segamat.
RnR Seremban
Ingat sampai Tol Tangkak nak ke Kemelah tu dekat, sekali amek masa dalam 1jam setengah cem tu lah. Jauh sey~ Jalan advanture gila. Jalan estate memang kaw-kaw punya gelap tanpa sebarang lampu. Ngantok tu jangan kata lah 😴 Cuma kami berharap perjalanan kami selamat dibawah lindunganNya sampai la ke destinasi.
Tol Tangkak
Petron Jementah or Kemelah
Kami sampai ke Felda Kemelah dalam jam 2 ke 3 pagi. Pepagi buta mai tempat orang aih 😅 Menggangu ja. Tapi kami kan special. Kehadiran kami disambut oleh ayah angkat Abg Syed. Layanan dia baik punya bagus. Jujur weh sampai-sampai ni kebuluq senarya. Ada pulak kedai bukak memalam tu ayah belikan kami makanan. Ada yang join makan and bergosip, ada lepas makan tidur dan paling best, sampai-sampai bukak helmet, kemas tempat tidur sikit teruih 😴
Check in and makan-makan
Geng bergosip tu tidur lepas subuh, rehat-rehat kan badan. Tak ada acara apa pun, just acara biasa lah. Yang meriahnya hari esok. Hari bagi final semua game. Acara lain sesantai je hari ni.
Ready untuk sapan

Sapan pagi ni, kita pekena ja warung dalam kampung ni. Kene serbu dek kami-kami. Bagai lipas kudung tuan kedai nak melayang kami 😅 Tapi siyes best!
 

Selain ada hidangan untuk VVIP (kami letew 😝) ada juga gerai jualan lain. Meriah event diorang ni. Semua anak-anak felda. Kami je anak-anak dari bandar (lah sangat en 😅).

Petang tu lepas setel aktiviti padang, kami semua ke rumah ayah. Untuk rewang. Kebetulan hari tu, majlis perkahwinan anak ayah. Kami rewang basuh ayam, potong daging. Nak makan kan?So kena lah buat reja 😂

Malam ni acara gila! Tyka dah tidur sebab tired kan tambah pulak poning yamat sangat 😔 pagi tu tidur bapa jam je. Dah kene kejutkan dorang ajak pekena mee (hailam).

25hb Dis- Seawal 7pagi dah bangun untuk turun padang acara larian. Lepas tu terus ke acara tanam pokok kat dataran then barulah lepas tu acara padang yang final game tu. Bola jaring, futsal, takraw, tarik tali, zapin dan banyak lagi lah. Tapi sebelum larian, kami bersarapan dirumah ayah. Nak tau sapan apa? Sup tulang 😂 Makan then baru pecah lemak. Reduce balik lah cita dia 😅

Ready untuk outdoor activity
 

Hari ni Miera anjurkan kelas make up untuk rakyat Kemelah sponser by Mary Kay. Seramai 20 orang sahaja yang join kelas basic make up ni. Bukan kena bayaw pun. Join ja amek ilmu kan 😍

Langit bagaikan tidak mahu lepaskan kami semua balik. Hujan dari lepas magrib sampai lah ke malam hari. Berbelah bagi memasing nak balik. Memang ikutkan kami balik malam tu lepas makan. Tapi apakan daya, hujan berterusan. Kami ambil keputusan untuk gerak awal pagi which means lepas hujan reda. Orang yang tak sabar untuk balik is adik beradik, Chapit and Karl (nama nak omputih ja 😪) Semangat duk ketuk pintu bilik ajak balik.
26hb Dis- So, pa lagi, masa untuk sesiap la. Seingat masa tu dalam jam 4 ke 5 pagi. Siyesly persekitaran memang gelap macam masa kami sampai tu. Sampai kat tol Tangkak kol 7am. Rehat jap, pastu sambung balik perjalanan ke RnR Jejantas Ayer Keroh untuk sarapan.
Again, asal balik KL mesti sangkut jem. Walaupun nek moto. Memasing gerak balik KL sebab esok keje kan. Krismas jatuh hari ahad, bawa la kehadapan. So, memasing amek masa untuk lepak kampung lelama la kan.

PERTAK KUALA KUBU - 1 JANUARI 2017
Asyik ride dengan LDR ja, hat kali ni dipelawa ride dengan orang kampung. Dengan besar hati join je la. New year ride kata kaw~
 
Anak-anak campak masok lam keta 😅 Mama dengan papa nak ride dewean (jawa-sendiri).

Perjalanan dari Dataran Kriss Kg Budiman - Puncak Alam - Latar Highway - Guthrie Highway - Plus Highway (arah utara) - Bukit Beruntung - Rasa - Kuala Kubu - Pertak. Santai ride and happy family.
4 generasi Yamaha
LEMANG TOKI-FRASER HILL - 28 JANUARI 2017
Aktiviti hari ni senarye saja untuk sapan pagi di Lemang Toki. Tengah-tengah sapan, dapat berita geng fz dari Kelantan on the way ke Fraser Hill untuk misi 5 Puncak. So, kami yang berhampiran bersepakat untuk sambut diorang bawak ke Fraser Hill.

Pertemuan kami di laluan Raub-Fraser Hill. Tengah syok- syok layan koner, berselisih pulak dengan geng kampung. Diorang dari arah Fraser-Raub.

Sampai je atas, (clock tower) terus ke kedai makan untuk lunch hour. Lepas selesai makan baru lah berphotg kat menara tu sebelum turun bawah dan berpisah sebelum mereka meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya.

Masa ni balik kami berpisah dengan geng LDR yang lain. Diorang nak naik Genting pulak. Tyka balik dengan Pika berdua. Sampai je bawah ngam kat jembatan tu 4biji moto sesama sampai, korunk ghaser 😪 Nampak tak diorang punya skill koner turun dari Fraser level apakah 😈

Dah la balik kene hujan pulak. Lencun iolll nok. Nak tak nak redah je la. Alhamdullilah selamat dah sampai ghumah 😍

Video FB: file: LemangToki2_FraserHill_5Puncak_FZBC
LARKIN-TG PIAI - 11 FEBUARI 2017
Touchdown Std Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos, Larkin
11hb Feb- Kali ni ride berdua ja dengan Incik Hubby untuk game Selangor vs JDT (awayday). Anak-anak tinggal dengan mak Tyka. Gerak dari umah kul 6 pagi, lepas usai subuh. Sampai RnR Seremban kul 7 pagi. Laju tak laju la. Santai je. Lepas sapan terus gerak ke JB. Seingat Tyka, sampai kat Stadium Larkin rasanya before zuhur. Sekali COD tiket, kalau game antara Selangor ngan JDT ni agak payah sikit. Pasai pa? Tiket tu hah. Risau habis ja. That's why la minta tolong kawan dari belah sini tolong belikan. Kang sampai dari jauh tak dapat masuk stadium lak.

Sempat lunch dekat restoran area stadium ja before check in. Kul 2, terus check in rehat-rehat before turun balik ke stadium. Check in mana? Tempat biasa la~ Tune Hotel kan hado 😅 Nak gerak ke stadium pun tak jauh sangat dah. Dalam 6 ke 7km ja.
Sebelum check in stadium
Habis layan bola kebuluq lak. Merayap lah cari kat area Danga Bay. Makan kat Medan Selera Tepian Tebrau. Jalan-jalan sekali cuci mata. Malam minggu kata kan. Dah kenyang jom balik bilik rehat~

12hb Feb- Macam biasa lah. Kalau ke Larkin ni tak pekena sapan kat Kacang Pool Haji (Bomba) ni tak sah rasanya. Kali ni mai, restoran dah renovate. Santek ja view dia 😍
Menu sarapan kami
Tengah-tengah sapan sajalah mengajak Incik Hubby ke Tg Piai. Dua kali mai sini tak dapat g. Tak kan lah naik motor pun tak nak g kan (buat muka sodeh 😅) Dia kata search la dulu tengok kat mana tempat tu. Kalau arah balik KL bolehla singgah. Senarye macam lah arah balik KL, tapi dia yimpang sikit kebawah (kat maps nampak sikit, cer p sana) 👉👈

Lepas sapan terus balik hotel untuk check out. Terus gerak ke Tg Piai. Dari Tune Hotel Ke Tg Piai amek masa dalam 1jam lebih~

Akhirnya! Sampai la jugak kat sini. Yeaahhh~ Tapi masa sampai ni air tengah pasang besar.
 
So, tak leh masuk. Nak masuk kene redah air laut yang deras mengalir keluar la. Rugi pulak dah sampai tak dapat masuk dalam kan. Take time sikit bagi reda baru boleh beli tiket masuk dalam.
Tiket masuk RM5
 Beg dengan kasut tumpang kat makcik yang meniaga kat luar. Masuk dalam chill-chill ja kaki ayam. Disebabkan air deras and angin kuat, Pandai-pandai korunk la jaga diri ea~
Road to Southermost Tip of Maidland Asia
The Southermost Tip of Mindland Asia, Taman Negara Tg Piai
Lewat petang baru gerak balik KL. Puas hati dapat p sana. Ada masa nanti boleh repeat lagi 😍 Masa deway balik KL ni, gtau Incik Hubby, nak sangat pekena char kuey teow viral Kuala Pilah. Sampai Melaka jam 1800 lebih, search map tak da la jauh sangat kan. Exit Ayer Keroh, jumpa lak geng adik beradik Melaka. Tegur, nak p mana. Bila bagitau nak p Kuala Pilah diorang tak bagi sebab dah nak magrib. Jalan tu selekoh padu punya. So, kami magrib kat rumah dia. Kul 2000 gerak balik KL dengan dia sekali (sampai sekarang tak merasa lagi 😭).

WILAYAH INT.  MOTOFEST KUALA LUMPUR - 26 FEBUARI 2017
Hari kejadian ni bersempena perasmian baju group kami, LDR (Long Distance Rider). Sebelum ketapak event, main rv kat Shell Titiwangsa bagi penyerahan tshirt group (1st batch). Alhamdullilah, sambutanya woow 😍
Lepas setel penyerahan tshirt, kami terus bergerak ke Masjid Negara bagi menunggu ketibaan group lain.
Shell Titiwangsa
Masjid Negara
 
LDR_Long Distance Rider
Masuk perkarangan tapak event
Ketibaan semua group
Perkarangan tapak event
Kami di WIM 2017
 Lepas habis event memasing mengajak Kole Klawang nak melayan koner la, nak memandi la. Layan je la~
Kebetulan hari kejadian ni befdey Topex. Mendapat la dengan nek & tok dalang ni. Nek dalang tu hah si tudung pink. Disokong oleh tok Tapai 😅 Maka terjadi la memori ketepek (by Adyb) kat kepala si Topex 🤭
Sambutan sederhana untuk befdey boy, Topex
Deway balik ja hujan. Ngam la kat area Langat ni hah. Dah lencun, kebuluq lak kan. Pekena la chicken chop RM5 🍽 Jadilah, sedap gak 😋
First time jumpa ustaz ni, dia pelawa ajak selfie. Memalu masa tu, sekarang dah kenal 😈
PUTRAJAYA - 13 MAC 2017
Aktiviti hari ni, sebagai bekap bedio kenangan Syed💜Miera. Jadi lah ada lam bedio diorang as kenang-kenangan kan 😍

#SyedMieraTillJannah

BATU CAVE - 19 MAC 2017
Ride ni mengiringi pengantin, Afeq💜Munirah. Senarya tak dak la ride ke hape. Just p wedding dia ja 😅
#AfeqMunirahTillJannah

GO'BANG MAJU TEMERLOH - 2 APRIL 2017
Ni seken ride join kampung selepas pertak nuyer tu. Ride ni memang mai sini nak pekena ikan patin ja. Tak dak benda lain. Memandangkan hari tu nak p sini tapi penuh, jadi kita join lah hari ni. Tengok kesedapan mana satu kedai paling kick 😈

Macam biasa la. Last rv mesti kat BHP Gombak kalau nak menghala ke pantai timur ni. Hari ni dabel ride 😅 Macam malas pulak nk pulas throttle. Suh Incik Hubby la yang bawak. Ngam sampai sana memang untuk lunch treat. Sampai-sampai ja selfie sesikit (yelah tu sikit 😪) pastu baru masyk dalam cari seat.
Sebelum mencekik kasi selfie jap~
Jangan lupa tapau sikit untuk orang umah (makayah) 😍

Balik punya time ikut jalan dalam, sebelum kuo kat Karak. Nak merasa layan koner memasing kan. Hmm orang tua salu pesan, jangan suka sangat nati dapt duka! Nah ngam pulak ride kali ni tak dak luck~
Dua orang rider kecundang, overshoot 😔 Apa boleh buat. Janji memasing selamat. Moto nati boleh restore 💔 Pedih tengok owner, sakit lagi tengok motor 🙈 Rider 125z, dihantar ke sepital. Rider blade just dapat rawatan pesakit luar ja.

📵 Setiap konvoi pasti ada ceriteranya 📒

STD HANG JEBAT MELAKA - 9 APRIL 2017
Hari ni lah, majlis perkahwinan SyedMiera & EikaHubby. Berlangsung di Stadium Hang Jebat Melaka. Pergerakan dari KL ke Melaka berleadkan Abam Uddin. Perjalanan selamat sampai ke destinas yang di tuju.

Sebelum sampai ke stadium, kitrang santai dulu tunggu time and yang lain tiba kat Petronas Ayer Keroh. Semoga majlis dan hubungan mereka diredhoi Ilahi 😍
Habis majlis macam bese la, berphotohsoot la kekami semua 😅
Adyb+Tyka


IJOK-BENTONG - 23 APRIL 2017
Ni special invitation dari makcik Tyka. Dia minta group Tyka arak pengantin ke dewan.
Mana-mana yang free join la event ni. Ramai tak ramai pun ada la dalam 20 buah moto.
 
Setel berarak memasing minta aktiviti lain. Pelan punya pelan ok, dari Kuala Selangor ngajak bukan mau dekat-dekat. Nun hah kat Bentong 🤦🏻‍♀ Ngajak berendam kat Air Terjun Chamang.
Layankan je la permintaan diorang tu. Bergerak dari Bestari Jaya - Latar - Kepong - Gombak - Karak - Bentong.
Sakan memasing ea 🙄 Part balik paling best. Dah la sejuk mandi sungai (tak tukar baju).
 
Keluar je dari air terjun hujan kemain lobat lagi 😂 Padan muka! Tersadai memasing kat tepi jalan~

TAIPING-PULAU PINANG - 29 APRIL 2017
Kali ni ride jemputan majlis perkahwinan adik Abam Tapai & Kak Izzati. Yang ni pun kami sebagai mengiringi pengantin ke dewan.

Bergerak malam sabtu ke Parit Buntar.
Tak sah kalau ride spenda tak basah
RnR Tapah - kuyup time
Check in rumah MIL Tapai
Homestay - Gednite
Gedmonink dari Parit Buntaq
Sarapan pagi kat rumah Tapai
Majlis perkahwinan adik ipar Tapai

Tol Taiping - nak bergerak ke Pulau Pinang

Dalam feri
Dalam feri - tingkat atas
Resit bayaran
Ni bukan ride dengan LDR tapi ni ride kami berdua ke KLIA 2. Untuk perjalanan kami ke Sarawak (awayday). Sebelum gerak ke airport, saja la lepak santai ke UIA, Gombak. Habiskan masa jap sebelum check in airport.
Lepak UIA Gombak
Seingat Tyka, waktu berlepas dari KLIA 2 masa tu jam 0700 something la. Sebab risau lewat sampai airport tu yang gerak awal. Lagipun saja nak naik moto parking kat airport and tak nak susahkan ayah hantar kami. Kalau nak tau pasal parking moto kat airport boleh baca kat sini atau kat tajuk atas tu~

THREE COLOR-STICKER
Setiap orang mesti ada keinginan untuk makeup motor kan~ Macam tu jugaklah Tyka. Walaupun copy design orang, tetap jugak nak buat 😈
Sebelum dan Selepas
Cadangan ni telah dicampak oleh seseorang. Tyka tengok pun nice, So procced je la and Tyka buat bersempena dengan event MGFZRM Terengganu vol.1. Kalau korunk nak buat boleh lah contact abam ni, Modizz Creative
Harga? Harga okeh la, tak bape nak yahudi. Mampu milik lagi~ Berapa? RM400 tunai

MEGA GATHERING FZ15Oi & R15 TERENGGANU - 29 SEPT 2017

29hb Sept- Hari yang dinanti-nantikan bagi semua rider telah tiba. Perjalanan kami bermula dari umah masing-masing (opkosla kan) ke main rv, BHP Gombak. Masa dalam kul 10 malam. Selesai ja pendaftaran rider yang join ride malam tu, sedikit kata-kata dan nasihat serta bacaan doa agar dilindungi perjalanan kami pada malam tu.

Seramai 70 buah motor (kurang lebih, lupa dah) yang join konvoi dari arah KL pada malam tu. Kami banyak kali pit stop untuk lebihkan perhatian kepada geng GTK (Geng Tank Kecik) sebab tak semua rider dari kalangan FZ. Ada rider LC, Y15, dan Ninja.

Kami bermalam dan berehat kat RnR Perasing sebelum menyambung perjalanan pada siang hari. Kul 9 pagi pergerakan disambung kembali ke destinasi. Lebih kurang tengah hari baru kami sampai ke tapak event.
Ketiredtan - RnR Perasing
Masa perjalanan ni, ada la tragedi yang tak diingini berlaku. Apa dia? Hantu? Tak la~ Kemalangan melibatkan 2 orang yang down akibat jalan beralun ketika menunda sebuah motosikal yang rosak. Jentera yang rosak sebanyak sebuah (pergi) dan 4buah (balik).  Apa boleh buat, sesama senang, sesama lah susah kan~

Sampai kat tapak event kami dah berpecah kepada 2 kumpulan sebab terpisah kerana kepandaian and memandaian orang lain uantuk lead konvoi.

Biasa la kat tapak event, salam kenal-kenal. Volume 1 kan. Cer teka sapa tetamu jemputan VViP. Sapa yang tak kenal dengan Kak Anita yang mengelilingi dunia dengan FZ150i. Solo ride tau~ Beliau bercerita sedikit tentang kenangan beliau ketika mengembara ke tempat orang. Tabik la kat dia!
Setel acara, cabutan bertuah dan acara lain.
Bincang sebelum ke homestay

Masa untuk gerak ke homestay. Need to recharge weh~ Dah tak terpikir nak merayap meraban kat memana dah. Tau nak checkin ja.

Mawar Homestay (masa booking)
Leeza Homestay (signboard)
Jalan Tok Jiring,
Kuala Terengganu
  

30hb Sept- Hari santai-santai kami before petang tu gerak balik KL. Pagi tu kami di jemput sapan kat Felda Wilayah Kuala Terengganu. Disponser oleh Wan Tenggiling and family. Masa sapan ni la, kami selit sekali aktiviti cabutan bertuah version LDR. Hampir semua rider dapat hadiah. Hadiah utama sebiji block Espada 68. Set-set kelajuan la sapa yang dapat tu 😈
Lepas sarapan - Felda Wilayah Kuala Terengganu
Lepas sapan, acara bebas. Ada yang p service moto, merayap, beli buah tangan, cari kopok/penyu, cari jodoh eh~

Tyka p balik tapak event. Jalan-jalan kat pantai. Sebab lepas zuhur dah nak gerak kan. So, habiskan la sisa-sisa masa yang ada kat sini.
Santai kat pantai
Atas pentas
Before jam 12 dah kena ada kat homestay. Sampai homestay, dorang kata nak lunch dulu. Nak masak-masak makan sesama, pulak~ Ok collect la sikit untuk bahan masakan. Lepas makan duk kemas-kemas sampai ke petang. Hah jangan tak caya lak! Ni la LDR. Dah nak start mengila.

Lastly perjalanan kami bermula lepas magrib lebih kurang jam 8 and kebetulan lambat sikit sebab ada sebuah motor rosak and perlukan ECU untuk hidupkan motor dia. Kami terpaksa menuggu bantuan dari pihak tuan rumah. Setel dapat barang tu kami meneruskan perjalanan balik ke KL.
Kenangan terindah sedut minyak GTB (Geng Tank Besar)
1hb Okt- Bubye Terengganu till we meet again (kiss) dah jadi midnite ride balik KL masa ni. Kitorang sampai kat tol Bentong kul 7pagi. Hahaha barai tak barai la. Hari isnin pulak. Ingat jalan balik Shah Alam clear, tuh pun jem terox (phuuuh) Sampai rumah lewat sikit sebab kena menyimpang ke tempat lain dulu atas urusan "seri paduka baginda".

AIR TERJUN CHAMANG VS LEMANG TOKI 1 & 2 - 22 OKTOBER 2017
Ni ride 1st untuk Ladies Fz. Ikut pesiden(president) dia teringin nak pekena lemang toki. Sambil tu Tyka ajak berendam kat Air terjun Chamang la. Bukan jauh pun, satu jalan jugak~

Sapan pagi kat Lemang Toki 2. Masa ni rendang ayam habis dah. Nak tunggu pun lama. So, decide lepas mandi nak pekena Lemang Toki 1. Lemang Toki 1 ni Tyka pun baru pestime sampai. Salu p Lemang Toki 2 ja sebab malas nak beratur panjang. Ni pun dah tengahari panjang gak beratur.
Sempat selfie atas jambatan gantung
Selfie duluan
Siap-siap makan bergerak la kami semua ke air terjun. Mandi la semua sampai kecut jari tangan tu hah. Udah naik mandi memasing kebuluq kan. Ni la saatnya ke Lemang Toki 1

JELAJAH UTAGHA - 11 NOVEMBER 2017
 
Hokey part ni senarya idea Tyka and Henna. Saja la nak ride p utara and kebetulan Yah Kola kene transfer keje kat Pulau Pinang (home town: Perlis). Alang-alang kami buat la ride "Jelajah Utagha" (mengiringi Yah balik Perlis).
RnR Rawang
11hb Nov- Ride macam biasa, midnite~ Sejuk kan. Tapi tu la, kene fokus lebih banyak. RV kami untuk utara macam biasa ler, RnR Rawang. Tak ingat gerak ni kol bape. Rasa lebih kurang 10 malam cem tu lah. Tapi siyesla, ni la ride spender basah woii! Dari Umah dah hujang rerintik, sampai heway Latar berhuhuhu jela berterusan ke RnR Rawang.
Deway, ride ni Pika tak join sebab tetiba mak dia jatuh sakit and truely nak cancled ride ni macam berat pulak. Last minit mak dia admit lak. Pika pun dah ready nak gerak and Tyka pun dah deal dengan leader disetiap negeri (Pulau Pinang, Kedah, Perlis last sekali Perak).

Pergerakan ni diketuai oleh adik beradik owang Porlih, Abam Fairuz and Abam Amy. Ride kali ni bukan bese-bese sebab yang lead abam GTK jeklod (tak tau bape mm ). Yang lain Fz, Ninja and 250SL. Kami berpisah dengan Topex dekat exit Taiping dan adik beradik dekat Gunung Semanggol.

Pulau Pinang - Sampai kat Petron Gunung Semanggol (RnR) tunggu ketibaan Adyb, Hariz and geng PFZC. Sampai sini ja dah kul 2lebih, lepas Adyb sampai kami terus ke mamak. Lapaq toq. Udah kenyang mikior lak mana nak landing. Nak rest jap. Dapat idea, nak tumpang rumah company kat Jawi. Nasib kosong sebab site baru je habis kat sini. So dapat la tumpang, kebetulan lock suma Tyka ada copy. Hahaha. Bahagia hidup ioolll hari tu~ Dah Jom tido!

Kang pagi sebelum geng-geng Hariz sampai, kitorang p sapan and repair moto mana patut sebab lepas ni join konvoi iringi pengantin.
Rumah campany - Jawi
Ready untuk eskot pengantin
Dah jumpa pengatin - Wish bahagia till jannah ea 😍 (nama pengantin lupo 😅)
Dari Penang ni kami akan terus gerak ke Sungai Petani, Kedah. Lepak-lepak dekat Jeti Sungai Semeling. Layan dari yang kelencunan luaq dalam ni hah. Tido, makan, jalan-jalan tengok view sekeliling tempat. Nice weh!
I 💜 SP
Dekat sini berpisah kami dengan Adyb sebab dia ada kerja esok. Dia terus shoot balik KL sorang. Lepas magrib sambung perjalanan terus ke Jitra, singgah jap ke kedai Padhil "Si Teruna Kampung" (hahha) Makan-makan and rehat jap sebelum sambung jalan ke Perlis lak.
Perjalanan kami ker Porlih ditemani oleh Effy and Booby. Sampai ja kat Pekan Perlis kami berpecah lak dengan Yah. Dia balik rumah dia, kami terus ke homestay kat Berseri. Al-Hamra Homestay tuan empunya homestay ni milik mokcik adik beradik. Tak jauh pun dari rumah diorang. Ngam mid nite sampai sini. Masa untuk tidur~

12hb Nov- Segar bangun pagi ni dah kat utara Malaysia (hehe) Pagi ni benda yang 1st buat p ushar makanan special orang Porlih. Sapan pagi kat 1 gerai kat jalan ke balai polis. Nasi lemak, roti canai, laksa, pulut ayam and kueh-kueh. Eh cita pasal pulut ayam ni, puaka doh makanan ni. Please datang PERLIS jangan lupa cari benda ni. Rugi korang kalau tak pekena ni! Siyesly, Tyka masa beli tak makan sebab dah kenyang gila. Nak tau makan masa bila? Masa ontewway balik KL (nages) Kat RnR Gunung Semanggol.
Homestay @Berseri
Aktiviti lepas sapan, kemas apa yang patut, jemur kasut baju yang lencun. Siyes doh perjalanan ni memang lencung, tak dan nak kering pun. Setel semua tu, kitorang round-round kampung orang diiringin dengan Yah and geng Fz Perlis. Kitorang nak ke Padang Besar (25minit). Lepak2 kat sana, makan-makan, shopping sikit. Balik je dari sana hujan lagi (redho je la nak) Balik homesaty tido la ape lagi. tunngu hujan berhenti baru gerak balik. Tapi before balik, memasng nak singgah Gua Kelam. Alang-alang dah sampai kan. 20minit perjalanan ja.
Padang Besar, Perlis
Gua Kelam, Perlis
 Kul 7 gerak balik KL, tapi kena singgah Perak. Untuk jumpa dengan FZ Perak. Singgah kat Taiping. Mgam sampai kat tol Taiping kul 10 malam. Sampai-sampai ja dah ramai group diorang tunggu kami.

Tol Taiping
Segan ja 🙈 Terus gerak p makan kat Southern Western Food. Ngam midnite terus shoot balik KL. Last pit stop rehat and tido kat RnR Tapah. Okeh, kami berpisah dengan Yuztad kat sini.

Dinner - Souther Western Food
Menunggu yang lain sampai RnR Tapah

13hb Nov- Sambung perjalanan balik KL dari Tapah Kul 9 pagi. Jalan terbaik, clear terox. Sampai kat Hentian Rawang Kul 10 pagi. Jangan tak caya. Memasing layan "redline", "cuttOff" segala nya la 😂 Setel lepak-lepak maka berpisahlah kami di sini yang tinggal bape kerat ja 😅
RnR Rawang
Alhamdullilah. Selamat sampai rumah
ANITA BIKE WEEK NEW YEAR 2018 MELAKA - 1 JANUARI 2018
31hb Dis- New year tahun ni, kami sambut kat Melaka. Bergerak dari KL pagi. Sampai kat Pantai Klebang dalam jam 11 cem tu lah. Masuk perkarangan tapak event macam biasa la. Lepak-lepak and cari makan bukan cari pasal aw 😅 Event ni berlangsung kat tepi pantai, pe lagi. Memasing santai-santai kat tepi pantai sampai ke petang.

Anita Bike Week - Melaka
With Kak Anita

Pantai time!
Masjid area UTC
Dah sampai ke petang, memasing nak stay sini untuk fire works. So kena la stay kat sini 1 malam. Kerja Miera untuk booking homestay yang berdekatan untuk kami berehat sampai ke esok siang.
Dinner asam pedas   &    Homestay
Malam sebelum ambang tahun baru kami p makan kat asam pedas area Bandar Hilir. Sampai-sampai ja dah hujan. Sampai la ke ambang tengah malam 😭 No fire works yang ada fire fire heart 💔 Nak gerak pun tak leh. Dekat kul 1pagi still hujan, nak tak nak kene gerak. Dah tired sangat. Balik homestay.

1hb Jan- Pagi macam bese lah, cari sapan kat tempat orang. Chill-chill jap sebelum gerak balik KL.
Pangai sebelum balik - war dulu (ML)
Cari sarapan
Time for say bye Melaka

Sebelum terjadinya kenangan
Ni ride kedua untuk tahun 2018. Kali ni join group Incik Hubby ke Sungkai pekena Nasi Bamboo. Tapi balik dari sini, hmm dapat musibah 😭 Boleh la klik kat tajuk tu kalau nak baca. Malas nak cita kat sini, sis ta kuad~ 💔
Tinggal Kenangan FZ Agusta Tri-Color
Ride 1st selepas recover
Special ride ni khas untuk gathering sebelum puasa. Yeah, request by some one tu yang kangen nak hangout dengan familia. So, kita try make he wish came true.

Plan asal nak ke Sg Chilling, tapi disebabkan masa tu ada kes lemas la ape la, tak jadi la. Tukar ke Sg Pertak. Tak jauh senarye dari Chilling tu. Cite full dia kat tajuk, sesudi la klik ea 😚
Video FB: file: LDR_Pertak_Waterfall
Video UTube: file: LDR_Pertak_Waterfall_part1
Video UTube: file: LDR_Pertak_Waterfall_part2

PORT DICKSON - 1 MEI 2018
Tunggu ketibaan yang lain @RnR Seremban
Cuti-cuti ni plan ride dedekat je lah~ Dorang ajak p layan PD. Sesi suai kenal group LC Familia Crew. As wife, kita temankan je la Incik Hubby bersuka ria. Agak krik-krik kita gerak next location la 😂
RV - RnR Seremban
Cukup ke crew terus bergerak ke Port Dickson.
Taklimat sikit pasal event hari ni
Dengar taklimat ea~
Santai-santai lepas makan
Lepas lunch dengan diorang, Tyka gerak p Lukut. Join LDR_Familia memancing.
Sebelum sampai sini, awan memang cun punya gelap. Dah sampai Lukut, baru hujan mai. Nasib memang baik kan~ Tapi sampai ke malam nak tunggu hujan ni berhenti tapi tak jugak berhenti. Redah je lah~
Dapat daun ja? Yang sorang dapat anak ikan je?
Selfie sat
😍😍😍
Sebelum hujan turun
LEMANG TOKI 2-JANDA BAIK-LUKUT - 1 JULAI 2018



Lemang Toki 2- Ride ni, ride suprise. Memula tak mo p, tah acano tah tergerak lak nak p. Tapi make sure kalau nak buat suprise cem ni korang kena la datang awal dan jangan la nak acah-acah diva. Nak orang tunggu korang lak en 😪 Main activity hari ni memang nak pekena lemang ja.
RV - BHP Gombak
Bergerak ke Lemang Toki
Ketibaan - Lemang Toki 2
    

Janda Baik- Dah kenyang ngajak lak p Janda Baik. Lepak suasana kampung. Kat sini just lepak santai pekenan makanan goreng-goreng, sup tulang and cendol.
Bergerak ke Janda Baik
Santai kat Janda Baik
Lukut- LDR kalau buat ride tak mengila memang tak sah la~ Dari timur ni ngajak pulak ke selatan. Ada-ada ja perangainya. Nak tau ke mana? Ke Lukut la kami. Memancing kat Jeti Mahmod. Part ni memang memasing kena balik rumah amek rod and beli umpan.
Gerak naik kereta



Nampak tak awan gelap tu~
Part ni mancing tak lama sebab awan dah gelap gila. Angin kemain kuat lagi. Lepas magrib semua pack barang siap nak gerak balik dah. Tapi sebelum gerak balik, ada acara lain (next destination). Tapi part ni Tyka tak join sebab esok anak-anak nak sekolah. Ngam je keluar ke jalan besar, hujan lebat + angin kuat.

Nilai- Yang lain ke Nilai, Ajiem Bikers menghadiri majlis rumah (kedai) terbuka. Thanks jemput kami 😍

Midnite run eh~ Midnite ride
Hat ni moto dah fully recover dari accident awal tahun. Tapi ni seken ride lepas moto siap. Ride kali ni pun follow group Incik Hubby, Mega TTS LC 135 kat Teluk Batik, Perak. Ni midnite ride gak. Gerak dari RnR Rawang kul 1pagi terus ke exit Sungkai. Sampai Teluk Batik ngam kul 5pagi. Ngantok terox nok 😴 Kalau nak baca detail, boleh tekan kat tajuk tu 😊

PURPLE-SPRAY 💜
 Okeh, boleh katakan setiap tahun tukar wajah 😭 Bukan kehendak Tyka, tapi apakan daya. Sudah suratan takdirku begini. Last year, 3color. Tahun ni Tyka pilih purple berkonsepkan original kilang 👉👈 Dah malas nak pikir lebih dah. Bio je lah cem tu.

Masa pembikinan ni agak lama sebab yang buat ni pekeja Tyka, kene tunggu dia tak dak reja baru buat. Janji siap before Mega Gathering sudah. Wat lek Wat peace 🤓
Benda penting dalam drama kali ni
#Day 1


#Day 12


#Day 25

#Day 27
 
Motor tak boleh start katab (retifier) ok, maybe coil magnet punya hal
#Day28
Ready to MGFZRM with my B'Thunder
Siap pasang tank pad
Kalau korang berminat nak custom ikut design korang, korang boleh hallow Abam Aziz. Hasil keja tip top 😍 Harga tak yuhudi hokey 😍

FB: Abdul Aziz Azizan
Whatsapp: Paksu Aziz

MGFZRM V.2 - 8 SEPT 2018


Mega Gathering Fz150i & R15 Malaysia ni dah masuk tahun ke 2. Kali ni dianjurkan di Perak, Bt Gajah. Untuk mega kali ni, Tyka bertemakan standart view. Just tukar warna ja. Warna purple menjadi pilihan hati Tyka. Kalau nak tengok story boleh la tekan kat title atas tu 😊

KARI KAMBING 40 HARI - 14 OKT 2018


Latest ride a.k.a special ride untuk merealisasikan salah seorang crew kami yang kempunan nak pekena KK40 ni hah~
#RideSantai #LockThrottle 😝





 ********** T H E 👣 E N D **********

Campak Belakang

Cara mohon refund kad Touch 'n Go/Plusmiles

Campak Belakang