27 February 2019

Ride: Route 59 CH, Route 185 Ipoh

PitStop - CH - CNY 🍓
04hb Feb 2019
VLog: 2019/002
#Relaxing
#Repeating
#FamilyOuting

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Happy Chinese New Year! Gong Xi Fa Cai, Xin Nian Kuai Lee 🐖  # 2019 🍊
Sama seperti tahun lepas, atas permintaan MIL, kami "beraya" ke sini lagi pada tahun ni. Bukan tak dak tempat lain nak tuju tapi dia saja nak merasa ala-ala kat obersi. Sesejuk gitew~

2019 ni, ada pertambahan ahli baru dalam family Incik Hubby. Tyka dapat "beras" baru 😅 Eh biras la 👉👈 Okey la, kira meriah holiday kali ni 🎉
Menantu lama vs menantu baru 😉
Homestay still sama maca tahun lepas, kat Barrington Square. Dua orang adik ipar Tyka orang gomen, dapat la umah harga staff and sewa sekali 2 buah rumah 🏠

4hb Feb 2019: Bermula la hari perjalanan kami. Kami gerak 3 buah kereta and sebuah motor. Ada motor senang nak merayap, mencelah dalam jem kang 😅 Korang jangan stress lak, tenang-tenang je keh 😝

Bukan korang tak tau, CH time cuti-cuti ni memang padat, ketat, sendat dengan pengunjung. Tempat paling melekat tak gerak-gerak (lambat la nak gerak) is area tempat pemes like, Tea Valley, Kea Garden, Lavender Park, Tanah Rata and Brinchang.

Malaysia Local Route (pit stop)
Tahun ni dapat la merayap sampai ke ucapan Selamat Datang Ke Cameron Highland. Tu pun ada motor, kalau tak de, tak de la mimpi jadi nyata nak merayap sampai ke sana tu hah 😅

Sebenarya Tyka dalam misi nak jelajah pit stop yang ada kat Malaysia ni. So, memana tempat yang Tyka rasa ada Tyka akan singgah. Yang jadi mangsa of course ler Incik Hubby, dia kena temankan Tyka untuk complete kan misi ni 👉👈

Dari homestay ke Route 185 tu ambil masa around 50km dalam sejam perjalanan untuk motor, kalau nek keta sendiri paham sudah la 😅 Nak sampai ke cabin ni kalau dari arah Tanah Rata (belah kiri) korang kena melepasi terowong then layan 3 4 koner sampai la kang. Kalu nak pape pertanyaan korang boleh contact Abam Along - 0125231900.
i. Route 185, Ipoh (cabin)



Masa gerak balik, ada la jumpa jemmed tapi tak terasa jemmed ye sebab kami nek motor 👉👈 Waktu ni rasa menyesal je, sweater tak bawak pulak. Mengigil atas motor. 

Lepas dari Route 185 gerak pulak ke Route 59, Tanah Rata. Kat Tanah Rata ni ada 2 pit stop. Korang akan nampak kat tepi jalan ada banner "Route 59" tapi owner yang berdaftar kata route tu tak sah sebab dia tak berdaftar. Kalau korang nak mai Route 59 ni, tempat dia kat bangunan Medan Selera (GF) berhadapan dengan OCBC bank tapi korang kena berjalan ke bahagian belakang kedai. Baru korang akan jumpa atau sebelum nak mai call la dulu Abam Noor tanya tempat tu - 0132991555 okeh 😉
ii. Route 59, Tanah Rata (cafe)

iii. Route 59, Tanah Rata (car wash)
Ni yang Tyka kata tak berdaftar tadi~ Kita as hunter support ja memana yang baik. Masa sampai sini kedai dah pun tutup. Tak dak la rezeki nak tau or dapat buah tangan diri sini 😞
Setel pitstop ni terus balik homestay, tuh pun dekat jam 2000 dah. Sebelum naik, sempat la cuci mata kat pasar. Beli jajan untuk dinner 😋

Bagi Tyka la kan, kesejukan CH tahun ni macam kurang la. Tak macam last year. P sini sama gak bulan Feb (CH part #1) and Tyka ada p masa bulan Nov (Ox  minit) hari tu. Masa Feb tu, dalam umah tak bukak kipas pun. Ni kali kipas salu on 😅 Masa bulan Nov tu lak, sampai je kat stoberi (Jalan Tapah - Tanah Rata) dah dapat rasa kesejukkan. Masa jejalan area CH jangan kata la sejuk dia macam mana. Beku jemari nak pulas throttle pun susah woo 😫
5hb Feb 2019: Hari kedua kat sini. Ikutkan hati senarya malas gila nak keluar. Kompom stuck jemmed tapi biras Tyka ngajak gak kuo. "apalah dah sampai jejauh nak duk teperuk je. Jom-jom kita g Taman Sedia" moh la kita g, dia drive tak pe la 😂

Taman Agro Al-Mashoor
Ngam sampai sana dah waktu lunch. Lunch kat CH ni len macam sangat. Tak pekena nasi langsung 😅 Sat g sampai homestay melantak nasi la pe lagi 😂🙈
Mana lagi sorang? Lagi sorang p ikot pak cik dia

Family Kak Ngah suka lepak kat Manshoor. Last year Tyka p, singgah bergambar jak. hhaha tak dan nak berhipster bagai 😅

Tiny boutique Habitat (Kg Taman Sedia)
 
Lepas melantak cuci mata. Siyesly p last year tempat ni tak ada apa. Maybe masa tu dia dalam perancangan kot. Mai tahun ni dah smart tempat ni tapi owner dia belum buat marketing pasal tempat dia sebab banyak lagi  under construstion walaupun senarye da almost siap. Dah boleh check in pun senerya. Owner jemput kami masuk untuk bergambar, pe lagi memasing teruja la 😍
🏁 Geranium Homestay
Tiny boutique Habitat (Kg Taman Sedia)
Hubungi
📱 016-215 3244
Maryam Zai Adabi
Abdul Rahman Hussain

Sambung merayap lak kat YZ Agro Farm & Cafe.

Jam 1400 dah sampai homestay. Rehat-rehat jap eh rehat la sangat, siap tebongkang memasing 😝 Saving tenaga petang kang baru turun cuci mata pape yang patut. Pasar kat sini seawal jam 0900 pagi diorang dah bukak tapi lebih ke setup kedai la. Agak-agak dalam lepas zuhur macam tu kedai dah dikunjungi dengan pengungjung dan kedai pasar tutup dalam jam 2300 lebih. Jam 0000 pasar ni dah clear, yang tinggal hanya la sampah sarap ja 😑

Aktiviti malam akhir macam bese la, mengemas and packing kain baju. Sok pagi tak de la mengelabah. Sini check out jam 1200 lewat 1jam tambah RM15.00
Setel kemas, rehat-rehat je untuk hari esok dan energy drive dari CH ke Selangor.

6hb Feb 2019: Hari Terakhir, maka habis la trip percutian kami di Cameron Highland ni. Mogo panjang umur nati dapat lagi jejak kaki badan semua ke sini, ان شاء الله

Seawal jam 0800 kami dah check out ini sebab tak nak sangkut jem. Kuo awal sebab nak elak jem dekat area Tanah Rata and highway kang. Alhamdullilah perjalanan kali ni p and balik lancar tanpa sangkut dalam jemmed terox 🤗

Seperti bese, ini la tempat fav Tyka salu stop untuk beli petai. korang jangan tak tau, sepanjang perjalanan turun ni, Tyka ada tanya petai satu (apakah yang besar tu nak panggil tu) kemain mahal nok. Before ni beli yang besar tu rm50 je. Hari tu duk tanya RM120 dengan alasan CNY, apaklah! Memang tak beli aihhh.

Kat kedai ni yang besar tu baru RM60 lepas tawar-tawar 😅 tapi tak beli la. Banyak sangat pulak kang. Tyka beli yang kecik sikit harga dalam RM25 ja siap extra doyan lagi. Sedap la doyan ni. Isi tebal hmmmmm daaappper 😂😂😂

Masuk je highway, jalan clear. Syukur sangat. Dorang cuti panjang nampak gayanya 😅 Balik pun macam biasa la, pekena mee kari Ulu Bernam. Nak makan kat RnR Tapah memang tak la. Kemain meriah lagi tengok 😅

Jam 1400, selamat sampai ghumah, الحمد لله Sambung rehat lagi, esok nak kerja! Bye gais~
Tengkiu sudi baca kenangan Tyka 😘

No comments:

Campak Belakang

Cara mohon refund kad Touch 'n Go/Plusmiles

Campak Belakang